Assalamualaikum.
Alhamdulillah... bertemu kembali di pagi Rabu yang ceria, walaupun cuaca agak mendung tapi tetap terasa nyaman! Semoga rakan-rakan pengunjung sekalian dapat menjalani rutin harian dalam suasana yang menggembirakan. Terima kasih sekali lagi kerana terus sudi bertandang ke Amie's Little Kitchen.
Kali ini Amie ingin paparkan hidangan berupa desserts dari dapur STORIES OF LIFE - NICE MAMA FOREVER yang sudi berkongsi pelbagai variasi air tangannya di MERIAHNYA DUNIA MASAKAN, sebuah kumpulan yang Amie tubuhkan di Face Book untuk berkongsi pelbagai menu dan resepi. Rakan-rakan blogger masakan yang berminat bolehlah letakkan link blog masing-masing dalam kota komen di DI SINI Empunya blog ini lebih dikenali sebagai atie @ ejay atau nama sebenarnya Norhalimawati Mat Husin merupakan ibu kepada 3 orang putera-puterinya yang masih kecil dan comel-comel belaka!
Desserts merupakan hidangan penutup, atau lebih mudah dikenali sebagai hidangan pencuci mulut dalam kalangan masyarakat kita. Namun begitu, desserts yang terdiri dari kepelbagaian variasi ini sudah semestinya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri termasuk cara hidangan, bahan yang digunakan dan sudah semestinya kerana kelazatannya, lemak manis secukup rasanya dan juga faktor dingin atau sebaliknya. Jadi, siapa yang dapat menafikan tentang daya tarikan desserts? Amie sendiri mengakuinya, kalau ke mana-mana majlis, sekiranya ada hidangan desserts, memang itulah yang mencuri pandangan mata terlebih dahulu!
Siapa tak tergoda dengan Oreo & Kiwi Fruit Cream Cheese Dessert?
Bagaimana pula dengan sepotong Apple Crumble Pie?
Ini pula Creamy Oreo Blueberry yang mengundang selera!
Atie juga bermurah hati berkongsi resepi dengan Durian Crepe!
Oh! Ada Mango Sago...... nyaman tekak!
Puding Coklat Penambat Hati dengan warna berkilat yang menawan!
Mini Pavlova pun ada!
Strawberry Panna Cotta.... nampak sejuk!
Puding Laici Dangdut.... kena berdangdut dulu baru boleh menikmatinya!
Puding Kastard Bersagu yang nampak sungguh enak!
Puding Mangga Berkiwi... tak cukup makan sepotong!
Puding Sagu Pelangi yang menarik!
Trifle.... yummy!
Puding Tembikai pun ada.... lembut warnanya!
Puding Karamel Lapis Coklat... ni kita boleh potong dan bahagi sama rata! He hehehe...
Terima kasih Norhalimawati Mat Husin kerana sudi berkongsi pelbagai hidangan dalam MERIAHNYA DUNIA MASAKAN. Teruskan usaha perkongsian ini ye Atie... Kak Amie nampak Atie sudah mula menghantar penyertaan resepi untuk Malaysian Food Fest (Kelantan Month). Happy Cooking Atie! Kak Amie sungguh kagum dengan kesungguhan Atie, walaupun anak-anak masih kecil, tapi Atie bijak mengurus masa terutama di dapur. Kita tambahkan koleksi dunia masakan tanahair supaya lebih meriah ye Atie.
meriahnya tgk desert tu semua.....
BalasPadamkak amieeee...malunya aiiii hihi
BalasPadamAsyifa,
BalasPadamtu laaa kannn... siapa tak tergoda he he heeee.
Atie,
he he heeee... cantik & sedap2 la dessertsnya.... ni yang kena kongsi2 ni Atie... terima kasih ye tie...
semuanya nampak sedap2..
BalasPadamtudiaaaa.. terliur la kita tengok... alahaiiii.. nak buat malas.. tak sesabar tuannye tu.. kalau masuk dapor tau nak cepat2 siap je..
BalasPadamAssalamualaikum kak hemmm menarik sekali manu pencuci mulut atie tu...semua sdp2 belaka...tq share
BalasPadamYaAllah..mmg best gilak ni kak amie..nens pon kalo dessert2 ni mmg sukaa...;)
BalasPadamsuma pun menarik...enak dilayan time cuaca panas..
BalasPadamkak amie sihat?baby tak kacau mama dia ke?
Walaupun n3 ni tak berkaitan ngan baby,nk kata jugak...anak kak amie sangatttttt comel
sedapnyeeee nampak dessert tu semua. kami baru je makan kiwi semalam (makan camgitu je).klau tgk N3 ni semalam sure bt yg paling atas tu
BalasPadamterliurnya tengok desserts ni Amie, ummi memang suka sangat desserts, sampai kecur air liur ni.
BalasPadamAkk ingat amie yg buat tu suma..org dlm patang duk diam2..rehat. Klu nk add je fb tu x leh ya amie..akk x mau joint malu..amatur..tp akk nk lah tgk hasl2 yg mengancam selera tuh.
BalasPadamIbundo,
BalasPadambetul tu... menggoda selara!
Jassnani,
hasilnya memang cukup berbaloi Nani he heh.
Sheila,
waalaikumussalam... seronok dapat kongsi2 resepikan Sheila.
Nens,
BalasPadamhe he ehh... habis diet ye Nens kalau nampak desserts ni.
Lina_pg,
sihat alhamdulillah... baby tidur je waktu siang, malam berjaga asyik menyusu badan. Terima kasih Lina... anak-anak kita sama2 comel kan he hehh.
Rostina,
yang paling atas tu sesungguhnya sangat memikat kan Ros!
Ummiross,
BalasPadamtu laaa kan Ummi... Amie pun pantang nampak desserts!
Mawar Merah,
terima kasih sudi jenguk-jenguk... tanpa pengunjung siapalah kami he heeh.
semua sedap..hmm..xleh nk ckp apa dh hihii
BalasPadammemang menggoda...
BalasPadamtks follow saya, saya follow sini yer :)