Assalamualaikum.
Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pengunjung budiman. Bagi sesiapa yang menyambut ulang tahun pada hari ini, sudah tentulah tarikh ini begitu istimewa sekali kerana bersamaan dengan tarikh 12 Rabiulawal yang membawa cahaya kepada seluruh umat manusia di dunia ini.
Hari ini Amie kongsikan hidangan sarapan pagi yang mengenyangkan buat kami sekeluarga hingga ke tengahari. Amie sediakan Roti Paratha (Pratha) dengan 3 jenis penciciah iaitu Kari Parpu atau Kari Dal, Sambal Tumis Ikan Bilis dan juga Tumisan Sardin. Roti Paratha tu roti beli, hanya perlu dipanaskan di atas kuali non stick saja. Amie hanya buat pencicahnya sahaja. Amie berkesempatan menyelidik sedikit tentang roti paratha ini dan menurut Wikipedia, nama roti paratha ini sebenarnya terkenal di Singapura dan bentuk serta rupa roti paratha sama dengan roti canai. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkannya berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Okey... sekadar untuk menambah pengetahuan saja ye...
Amie gunakan resepi Mamak Haji untuk menyediakan Kari Parpu atau Kari Dal sebagai pencicah roti parataha ini. Menurut Mamak Haji, keizinan diberi untuk mengubahsuai resepi yang dikongsi oleh beliau mengikut selera masing-masing. Jadi, ada beberapa bahan yang Amie tambah di dalam resepi ini.
Resepi : Kari Parpu / Kari Dal
Sumber : Mamak Haji
- 250gm kacang parupu/dal.
- 1 cawan santan - Amie gantikan dengan susu cair
- 3 cili hijau dibelah dua.
- 1 sudu kecil halia dicincang.
- 3 biji cili kering - Amie tidak bubuh
- 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
- 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
- 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
- 1/2 sudu kecil (tsp) biji jintan manis.
- 1/2 sudu kecil (tsp) Garam Masala (sekiranya ada).
- 1 sudu kecil (tsp) gula.
- secubit Astafeida – sekiranya ada - Amie tidak bubuh
- Garam secukup rasa.
- Minyak untuk menumis.
- Amie tambah sebiji bawang besar cincang.
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak kacang parpu dengan 2 cawan air, masukkan serbuk kunyit, dan serbuk cili. Sekiranya tak cukup air semasa memasak boleh tambah air sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Setelah masak sempurna, ketepikan.
2. Panaskan periuk atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk menumis. Bila minyak panas masukkan cili kering, biji jintan putih dan manis, dan sekiranya suka boleh masukkan daun kari sedikit serta halia cincang. Bila biji rempah mula meletup, masukkan cili hijau.
3. Masukkan “serbuk astofeida” sekirana suka pada baunya tapi Mamak Haji tak galakan orang Melayu gunakan astofeida kerana ia berbau sampai ke peluh badan. Astofeida ini berbentuk serbuk yang diperbuat daripada bawang putih. Awas jangan sampai hangus tumisan anda nanti pahit pula kari anda. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi ke dalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunan rempah-rempah tadi.
4. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki. Pada masa ini juga, sekiranya anda suka bolehlah masukkan sayur-sayuran (labu air), kentang, tomato, dan karot. Biarkan kentang masak sempurna. Masukkan garam secukup rasa. Perhatikan Mamak Haji suruh masukkan garam diakhir ubi kentang masak kerana garam akan melambatkan ubi kentang masak. Sekiranya garam dimasukkan diawal masakan, kita tidak boleh tentukan jumlah garam yang diperlukan ia semasa cair dan selepas bertukar menjadi pekat. Dengan sebab itu masukkan garam di akhir setiap masakan.
5. Masukkan santan dan tentukan kepekatan kari yang anda kehendaki. Biarkan ia dimasak 5 minit lagi sehinga mendidih untuk tidak cepat basi. Keluarkan dari dapur dan hidangkan. Kari parpu ini amat sesuai menjadi kuah pencicah untuk roti canai, capati, tosai atau roti potong. Khasiat parupu yang tinggi protein itu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada ingin menjaga diet dalam makanan.
Untuk menambah kelazatan hidangan Amie tambah Sambal Tumis Ikan Bilis.
Encik Suami pula teringin pencicah Tumisan Sardin. Wokey... Tumisan Sardin juga siap!
Sedap! Memang sedap! Siapa kata Roti Paratha dimakan bersama pelbagai bahan pencicah tidak sedap? Setakat ini belum pernah dengar lagi... he he he heh... Terima kasih buat Mamak Haji yang baik hati berkongsi resepi Kari Parpu / Kari Dal yang istimewa ini.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul Amie
BalasPadamsampai 3 jenis cicah.... sedappp...mmg suka dg roti paratha...masa di Msia mmg selalu ada stok dlm peti ais...senang cicah apa2.
nengok entry donut kat bawah tu....bestnya Amie dpt belajar....mcm2 jenis ada....semua nampak menarik..
Slm maulidurrasul Amie. Org semenanjung tak sah kalau takde sambal dlm kuah dal, kan? Rajinnya amie.
BalasPadamni kuah campur..sedapnya kalo makan roti paratha tu dengan kuah campur ni buat banjir. perghh..hehe
BalasPadamroti parata mmg sedap, lagi haluss :)
BalasPadamsalam maulidur rasul
BalasPadamSedapnyerrrr.. :b
BalasPadamAssalam, Amie
BalasPadamParatha tu kira = canailah, kan? Ayah rajin juga membeli yang sejuk beku, yang bila dipanaskan serupa dengan jenis yang Amie tayangkan. Kalau di"gu"kan dengan tumisan sardin, lagi mengancam. Sebenarnya, dalam gerobok dah lama tersimpan tepung gandum sebab ada angan-angan nak buat benda tu. Tapi, belum datang juga si mood walau dah selalu datang ngomelan "tepung dah tumbuh kulat!"
salam maulidur rasul amie..rajinnya sampai 3 kuah!! hehe..link Mamak Haji tu info dia mmg menarik..selama ni tak tau pun asal usul Kari Parpu..yg tau mkn je..tinggg!
BalasPadamSalam Maulidur Rasul Kak Amie cayang ^__^
BalasPadamYana suka sgt roti paratha..mmg sntiasa kna ada dlm esbox..mmg sedap mkn dgn sambal sardin..klu terlebih rajin sikit boleh bt kari mcm k.amie ^_^
Kak Mie, ada lagi tak kari parpu tu... mengancam laaa
BalasPadamwahh.. sedapnya paratha dengan 3 pilihan cicahan yg sedap2 belaka. kalau suami madihaa tentunya dhal menjadi pilihan pertamanya.. madihaa pula akan pilih sambal sardin.. hehehe..
BalasPadamSlm kak amie.. 1st time dgr perkataan parpu tu. hihi...
BalasPadamtun kalau roti paratha mmg suka campur2 kuah dhal dan kuah kari.
kak...enak ei...kat freez tu tinggal sekeping je,boleh buat sarapan utk sorang je, tunggu time anak2 sume gi sekolah...hehe..anak bujang sulong yg suka sgt makan roti ni..kita klu buat kak..takde kuah2..terus ngap je..
BalasPadamsedapnya
BalasPadamyg paling tak tahan sardin dan ikan bilis tu, wahhhhh meleleh air liur, hat parpu tu tina tak berapa minat
assalam amie..sedapnya amie..acik selalu beli yang frozen je..
BalasPadamSalam Kak amie..wahhh rajin tul akak sampai 3 pilihan pencicah...klu kat depan mata saya ada pilihan, ketiga-tiga pun saya pilih....Lagi2 time paratha pasih panas2...
BalasPadamsalam maulidur rasul kak amie.. wah.. bestnya bersarapan dgn roti paratha dgn 3 jenis cicahan.. yummyy..
BalasPadamEmmhh Yummy nampaknye,lezat pula harumnye,,,,,
BalasPadamSalam
BalasPadamCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
BalasPadamPuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570