Assalamualaikum.
Amie kongsikan menu ringkas yang Amie warisi daripada MIL. Keluarga sebelah Encik Suami memanggilnya BELACAN. Kalau kesuntukan masa atau kurang selera makan biasanya MIL akan mengolah hidangan ini. Dan sebenarnya BELACAN ini bukan hanya dihidangkan untuk keluarga, malahan di tempat kenduri juga adakalanya disediakan. Mungkin ada sesuatu yang istimewa disebalik nama BELACAN itu yang memang terkenal dalam masyarakat Melayu Cocos Lahad Datu.
Resepi : Belacan
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin - toskan sosnya, dan hancurkan isi sardin
1 biji telur
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm belacan
secubit garam / perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih, bawang merah dan belacan hingga lumat di dalam lesung.
2. Masukkan isi sardin bersama secubit garam dan perasa pilihan.
3. Pecahkan telur dan gaul sebati bersama bahan di dalam lesung.
4. Panaskan minyak dan bentuk mengikut acuan sudu atau ikut citarasa untuk menggoreng adunan tadi.
5. Goreng hingga masak.
6. Ketika menghidang, bolehlah perahkan jus limau kasturi di atas BELACAN tadi.
Amie hidangkan BELACAN bersama ulam-ulaman seperti lobak merah dan kacang manis celur. Tidak ketinggalan, Amie gorengkan tauhu, tempe dan juga terung.
Sebagai pelengkap, Amie panggang ikan cencaru. Amie ratah-ratah sahaja lauk-pauk di atas ni... terima kasih MIL, kerana sempat meninggalkan BELACAN yang istimewa ini. Teringat kalau ke kampung, biasanya MIL sediakan BELACAN bersama ikan patin masak asam pedas cara Cocos!
Banyak sedap wo...bila la dapat merasa...
BalasPadamKak Amie..uniknya masakan belacan ni..masa mieza tgk tajuk mieza igtkan kak amie buat belacan..rupanya masakan ni dinamakan belacan..mesti sedap gabungan ikan sardin dan telur dan belacan itself...
BalasPadamDan asam laksa tu kan...sedap sgt..baru semalam suami mieza dok cakap nak makan laksa...
Salam kak amie... jakun je tun baca. hihi... tun pun ingat kak amie wat belacan :)
BalasPadamLa....ingtkan k.amie buat belacan....rupanya nmanya belacan....mcm sedap plak....:-)
BalasPadamAssalam kak amie,memang unik rcp ni.Kalau jdkn lauk mkn ngan ns sesuai x?ke kn wt kudapan cam mkn ikan celup tepung tu?
BalasPadammemang unik!
BalasPadamRahel,
BalasPadambila2 jak Rahel...nanti gue hantar ya.... tunggu di Takada!
Mieza,
mula-mula dengar BELACAN dari MIL dulu pun kakak ingat belacan apa, bila tengok cara MIL buat, baru faham apa maksudnya.
Kena buat asam laksa juga dik Mieza weiiii...
Tun Telani,
he he hehh orang Cocos dah ada hakcipta namanya BELACAN, jadi kakak ikut namakan BELACAN juga.
Asyifa,
BalasPadammemang sedap Syifa, lagilah makan time perut kosong, dengan sepinggan nasi panas dan lauk berkuah!
Lina,
waalaikumussalam....memang dimakan dengan nasi ni Lina. Kalau buat kudapan terasalah macam makan belacan pulak he he heh...
Faa,
resepi tinggalan bonda mentua ni...
Hahaha tmpt ni mmg belajaq ilmu baru la
BalasPadamSerious 1st time tahu pasai ni ngeeee
Unik namanya, tentu unik juga rasanya, ya Amie. Rupanya, macam beef burger pula.
BalasPadamNampak sedap tu Amie, ummi tak pernah makan lagi. Ummi ni peminat sardin, rasanya boleh je ummi makan belacan ni.
BalasPadamNampak sedap tu Amie, ummi tak pernah makan lagi. Ummi ni peminat sardin, rasanya boleh je ummi makan belacan ni.
BalasPadamdh lama x singgah blog kak amie,masalah komputerlah kan...
BalasPadamingatkan belacan yg jual kt kedai tu,,eheheh...wah penuh 1 pinggan tu,sedapnyer lau ada depan mata,lagi2 kalau org malas nk msk cam saya nie...
ini untungnya berkahwin dengan org yg berbeza budaya... boleh belajar resepi yang tak pernah kita tau kan.. nampak sedap 'belacan' tu amie..
BalasPadamAyu,
BalasPadammemang banyak benda & ilmu dalam dunia ni ye Ayu he he heh...
Ayah Temuk,
memang unik Ayah, rupa beef burger tu Amie yang ubahsuai, rupa asal sebenarnya BELACAN ni macam jemput-jemput @ cekodok.
Ummiross,
memang sedap Ummi, boleh bubuh sukatan bahan ikut suka, kalau nak pedas boleh tambah cili padi, kalau tak mahu masin, kurangkan belacan... jangan lupa temannya sudah tentu nasi putih panas & sayur berkuah!
Myda,
BalasPadambetul tu Myda... untuk yang tak tahan lapar tunggu masak lama-lama, bolehlah cuba buat BELACAN ni.
Madiha,
alhamdulillah... ada hikmah di sebaliknya, memang banyak perkara Amie belajar dari belah suami.