Pages

Ahad, 9 Disember 2012

Red Velvet Cheese Cup Cake

Assalamualaikum.
Nampaknya petang minggu beransur menghilang, kerana malam mula menjelma. Sebagai perkongsian di petang Ahad yang masih mendung dengan sesekali diiringi bunyi guruh berdentum, Amie paparkan hasil air tangan Amie sebentar tadi. Bersama si bongsu yang rajin menemani Amie di dapur, kami berjaya menghasilkan 24 cawan Kek Baldu yang lazat walaupun hiasannya tidaklah secantik mana, comot dan terpele'ot sana sini.


Rakan-rakan blogger yang lain sudah mahir menghasilkan kek baldu, tetapi Amie baru mempelajarinya kelmarin di The Baker's Shop. Selain Red Velvet Cheese Cup Cake, kami juga berkesempatan untuk belajar cara-cara menghasilkan Blueberry Cream Roll dan juga Haw Flake Cheese Layer Cake. Orang kata kalau setakat menghadiri kelas tetapi tidak melakukannya sendiri, ilmu tersebut lambat-laun akan hilang. Jadi,  buat permulaan Amie memilih resepi yang paling mudah dengan menghasilkan Red Velvet Cheese Cup Cake. Bagaimanapun Amie menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan sukatan memandangkan semua bahan disukat dengan timbangan berat termasuk telur, mentega cair atau minyak jagung sebagai pilihan. Begitu juga dengan bahan cream cheese icing, daripada cream cheese, gula kastor, UHT krim putar dan mentega semuanya menggunakan sukatan gram.


Amie cuba praktikkan di dapur tetapi hanya guna sukatan gelas dan sudu sahaja kerana kelmarin Amie sempat mengagak kalau berat 80 gram atau 40 gram, sukatannya lebih kurang 2 sudu makan atau 4 sudu makan. Alhamdulillah percubaan Amie menjadi, tetapi Amie tidak paparkan resepinya di sini kerana ini percubaan pertama Amie. Kalau kelmarin, adunan tepung yang digunakan sebanyak 500 gram, tetapi Amie cuba buat setengah adunan sahaja sebab memikirkan hasilnya akan menjadi banyak dan tidak habis dimakan. Rupa-rupanya anak-anak dan Encik Suami makan sampai habis. Sedap! Memang sedap! Apalagi cream cheese icingnya yang lazat itu!


Okey tak? Ada rupa kek baldu yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain tak?



In shaa Allah pada masa yang lain Amie akan tingkatkan usaha untuk belajar mendeko supaya nampak lebih kemas dan cantik. Maklumlah... saya mak budak baru nak belajar he he ehehh....

19 ulasan:

  1. Saya pun plan nak buat hari ni. Bahan semua dah ada cuma kerajinan saja yg takde.

    BalasPadam
  2. As salam K.Amie,
    amboi...minum petang dia rvc tu...mewah nmpk...hehe...sy buat cekodok pisang je....:)

    lama x baking2 kek nie...rindu pun ada....

    BalasPadam
  3. Hazila,
    lepas belajar kelmarin terus beli bahan, hari ni cuba praktik...takut hilang ilmu pulak he he heh

    Asyifa,
    waalaikumussalam... inilah hasilnya masuk kelas masakan kelmarin, baru nak kenal dunia baking membaking ni Asyifa...

    BalasPadam
  4. Tahniah Amie cantik sungguh hasil nyer tu isk kalau ler dekat mau gak D5 mintak 1... :D

    BalasPadam
  5. saya memang suka RVC, x hingat kalo mkn....tau2 dh berketul2 huhu

    BalasPadam
  6. Eh, saya pun baru ja buat red velvet cupcake petang tadi ! :D Hehe samalah kita

    BalasPadam
  7. wah Amie dah try rvc ni akak je belum mencuba lagi hahaa nak cuba jugak ni..

    BalasPadam
  8. salam, saya lagi blum prnah mencuba red velvet ni, nk try sehari ke sehari tapi masih x mnjadi, entah bila la nak merajinkan diri, nmpk sedap gitu..

    BalasPadam
  9. Delima,
    alhamdulillah... kira masuklah ajaran cikgu masakan tu ye he he he hehh

    Khairiah,
    memang sedaplah... selalu kalau buat muffin berminggu2 tak habis, ni keluar je oven anak-anak dah serbu.

    Alia,
    nampaknya hidangan petang kita sama ye Alia...

    BalasPadam
  10. Kak Nooriah,
    mesti cuba kak... jangan tak cuba...

    Kak Am,
    ikutkan hati memang malas nak buat, tapi takut terlupa... jadi buatlah juga walaupun sekali ini...

    BalasPadam
  11. cantik cup cake ni...tentu sedap sgt..saya bab2 baking tak pandai...campur terlampau rajin la tu ...:)

    BalasPadam
  12. sedapnyer red velvet..lama dah tak buat..

    BalasPadam
  13. nampak sedaplah amie. Bundo merancang nak buat kek ni dah berminggu dah tapi belum berkesempatan je nak buat.

    Pasti sedap kan kek tu mie..

    BalasPadam
  14. WOO..MEMG MENYELERAKAN KAK AMI..HIDANGAN KAK AMI MMG BUAT SY ASEK TERLIUR JEK..HUHU..SEDAP2!

    BalasPadam
  15. demam2 ni nak tumpang manja dgn akk la... nak sebiji red valvet tu blh? akk suapkan ye hihihi....

    BalasPadam
  16. saya tak berapa suka red velvetni entahler tak berapa kena ngan tekak ni kot...
    maalumler suka yang coklatjer...

    BalasPadam
  17. Whitecappuccino,
    suka makan waktu keluar oven WC sebab tak sabar nak ngap he he heh

    Sha Ahmad,
    kalau datang rajinnya nanti boleh buat Sha.

    Ibundo,
    betul Bundo, kadang2 kita ni merancang tapi jadinya belum pasti...

    BalasPadam
  18. Nens,
    suka-suka je ni Nens... belajar benda yang tak mahir.

    Mas Sani,
    alolooo sian dia... marilah Kak Amie suap dia ye cayangggg... moga cepat sembuh.

    Cho Zila,
    saya nak buat macamana kalau Cho Zila tak suka....

    BalasPadam
  19. ehem cantiknya cake tu..mesti sedap rasanya..

    BalasPadam