Pages

Khamis, 22 November 2012

Peparu Goreng Berempah

Assalamualaikum. 
Petang tadi terjumpa peparu lembu dalam peti sejuk. Peparu ini Encik Suami bawa pulang masa Hari Raya Aidil Adha tempohari. Lamanya.... sampai terlupa nak masak! Akhirnya Amie putuskan untuk rebus kesemuanya dan goreng saja. Tak sempat nak cari resepi peparu goreng, buat sajalah mana yang patut dengan apa sahaja bahan yang ada asalkan boleh diterima tekak.


Peparu Goreng Berempah
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram peparu lembu (anggaran Amie) - rebus hingga lembut 
1 tangkai daun kari
 1 sudu makan serbuk rempah kari daging
1 sudu makan kicap manis ABC
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar / tumbuk (jangan terlalu halus):
1 sudu teh biji jintan putih
1 sudu teh biji jintan manis
1 sudu makan biji ketumbar
2 cm halia
4 ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Hiris nipis peparu yang telah direbus.
2. Perap dengan kesemua bahan di atas kecuali minyak selama 20 minit.
3. Goreng hingga garing.

21 ulasan:

  1. Maknanya ada banyak barang dalam petiais tu ya? sampai tersorok paru tu. Mujur tak expired.

    Saya tak pernah la perap dgn banyak bahan camtu. Selalunya, kalu anak-anak nak paru, saya perap dgn bawang putih dan lada hitam then goreng garing. > ni cara orang malas. hehehe...

    BalasPadam
  2. Salam k.amie,
    sedapnya....sy suka mkn paru...tp asben ngan anak x minat mkn bhgian dlm nie....klau sy teringin nak mkan tu...kdang beli je...nak masak....cam x berbaloi....tp sy suka paru greng berlada....mkn ngan nasi panas....mmg sedap lah !

    BalasPadam
  3. Kalau beli nasi lemak kak Zai suka berlaukan paru goreng.

    BalasPadam
  4. Amie..anak sulung ummi suka paru ni, kalau goreng garing2,laju je makan nasi.

    BalasPadam
  5. Nsb baik selongkar kalo idok jadi ais paru dlm pesbok tu hihihi....
    Mas suka paru grg smbal or grg mcm tu je...grg mcm akk buat tu pun suka gak tp lg suka kalo akk hulur sepinggan kt mas skrg heheheeee....

    BalasPadam
  6. Mak saya suke masak makanan ni, tapi saya x biasa makan bhgian dalaman haiwan . Nampak sedap sgt ~

    BalasPadam
  7. salam syg kak amie..fav sy jgk ..tp ank x makan..biasa beli jew klu tringin..:))

    BalasPadam
  8. morning amie..ada nasik lemak tak hehe..pekena dgn paru goreng ni..walahh

    BalasPadam
  9. sejujurnya saya tak tahu masak paru.. tp suami suke makan kalau beli nasi lemak.. kene rebus dulu yer.. tq yer kak kongsikan resepi ni.. membantu sgt.. bile nak buat nanti..

    BalasPadam
  10. ni kalo meratah memang tak hengatlah Amie.. mkn ngan nasik lemak best kan..

    BalasPadam
  11. hehe..sy x minat peparu ni..tp hubby suka..;)

    BalasPadam
  12. amie.. nani datang nak sket paru.. boleh? sekeping pun jadi lah.. :)
    ke abis dah masuk perut amie ni?
    paru kat umah nani ni, tak bape nk laku.. asben makan.. nani cuit2 je.. anak2 langsung tak sentuh.. so kalau nk makan kat kedai je ler.. tk penah masak sendiri.. hehehe

    BalasPadam
  13. Azieazah,
    betul tu...
    sebelum ni tak pernah goreng peparu,he he heh cuba-cuba saja tu...

    Asyifa,
    anak & suami pun tak berapa minat peparu, tapi sebab dah ada peparu tu... cuba goreng mana tahu ada yang nak makan.

    Kak Zai,
    kenyal2 liatkan rasa dia kak Zai...

    BalasPadam
  14. Whitecappucino,
    Amie pun suka juga tapi jarang ada peparu di rumah....

    Ummiross,
    he he heh nampaknya anak2 kami makan sedikit saja Ummi, yang sulung langsung tak makan peparu...

    Mas,
    inilah buktinya orang rajin... sampai nak jadi ais benda tu dalam ais box he he he heh...

    BalasPadam
  15. Kasih,
    memang sedap ratah-ratahkan...

    Nur Aisyah,
    tak semua orang suka atau boleh makan bahagian dalaman haiwan...

    MP,
    suka peparu goreng ye... meh datang dapur... ada lagi ni MP.

    BalasPadam
  16. Zila,
    anak-anak kami pun tak berapa nak makan, tapi benda dah orang bagi, masak ajelah he he heh..

    Cik Manggis,
    memang sedapkan CM makan dengan nasi lemak!

    Nuyui,
    terima kasih Nuyui... jemput!

    BalasPadam
  17. Masya,
    he he heh... kami pun jarang masak peparu Masya, tapi kalau nak goreng memang biasanya kena rebus dulu.

    Sheila,
    nampaknya kalau meratah ni Amie sorang2 ajelah Sheila... mehlah temankan ratah2!

    Nens,
    tidaklah berminat sangat Nens... sikit2 bolehlah, sekali-sekala gitu...

    Jassnani,
    suami bawa balik, bukan dia nak makan, jadi biasanya kalau dia bawa balik peparu..memang lama sangat baru nak dimasak!

    BalasPadam