Assalamualaikum.
Atas permintaan anak-anak, sekali lagi Amie buat Ayam Panggang Rosemary. Kali ini Amie sediakan mengikut resepi sepenuhnya, yang Amie ambil dari DAPUR IBUNDO. Sumber resepi adalah dari tuan yang sama iaitu dari dapur Wana - POTRET KASIH. Makan malam kami sudah tentulah seekor ayam panggang dengan 10 biji kentang seberat 1kg!
Inilah rupa kejadian Ayam Panggang Rosemary atau lebih terkenal dengan nama Rosemary Grilled Chicken hasil air tangan Amie. Kelmarin Amie hanya gunakan bahagian peha, tapi hari ini gunakan ayam bulat pula. Seronok sangat bila anak-anak kata rasanya sangat lazat! Terima kasih sekali lagi buat Wana dan juga Ibundo yang telah memanjangkan versi Ayam Panggang Rosemary ini. Memang Amie menderhaka sedikit dari resepi asal kerana Amie gunakan jus lemon seperti Ibundo dan juga sedikit serbuk pati ayam. Kalau Ibundo gunakan Knorr, Amie pula gunakan Maggie. Amie juga gunakan air ayam yang bercampur rempahan menjadi sos seperti yang Ibundo sarankan.
Minta izin aduhai Wana & Ibundo untuk Amie panjangkan resepi yang lazat ini di sini untuk tatapan rakan-rakan pencinta resepi.
Resepi : Rosemary Grilled Chicken
Sumber : DAPUR IBUNDO & Wana - POTRET KASIH
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar (bundo ganti dengan rempah allspice)
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan (bundo guna serbuk pati ayam knorr)
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis (bundo guna lemon)
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang - Amie tambah menjadi 10 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah pun boleh
sedikit mentega - untuk sapu atas ayam
Cara:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam. (Bundo masukkan dalam bessen dan tutup dengan foil)
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
Pesan Ibundo:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.
Alhamdulillah.... Ayam Panggang Rosemary masak sempurna sebelum Maghrib menjelang tiba dan kami seisi keluarga menikmatinya sehingga ke cebisan daging yang terakhir.... hanya tinggal tulang sahaja yang akan menjadi habuan kucing!
Amie tidak menyahut apabila anak-anak menyarankan supaya Amie buat lagi Ayam Panggang Rosemary..... siap dengan kentang dan juga sosnya!
wah Kak Amie...skrg ni memjg tgk buat ayam panggang sje...berdiet ehhh...hehe...kecur pula tgk ayam sekor gitu...sedap dbuat ratah jugak ni...
BalasPadamsalam amie, bestnya nmpk ayam tu posing...ingatkan nk mintak, rupanya udah habis bah....hihihii
BalasPadamdapnya kak..anak n huby zila mmg fav masakan rosted camnie:))
BalasPadamsalam Mie..
BalasPadamakak je belum terpanggang lagi ayam ni entah lah bila nak beli ayam sekoq dok beli paha je sbb budak2 kt umah suka paha ja manjang
rasa nak tarik je sebelah peha ayam tuh masuk mulut... hihihi
BalasPadamrasa nk koyak2 jer paha ayam tuh...pastu makan smbil pejam mata...fuhhh nikmat...
BalasPadamAduh sedap nya ni
BalasPadamWowee!! rasa nak cubit jer peha ayam yg montok tu... menggoda i !!
BalasPadammak uiiii.....
BalasPadampepagi masuk sini terus meleleh air liur...saya tak pernah panggang ayam lagu ni lagi, izinkan saya copy recipe, boleh? mana tau kalau rajin bole try utk raya aji nanti...didulukan ngan ucapan timekasih ya ami...
amie, timekasih sudi berkenalan ngan saya...
Huwaaaa yummiehhh nya ayam tu..
BalasPadamKak Amie, terliur sungguh lah tengokkkkkkkk nampak lazat sangat
BalasPadam
BalasPadamamboi tak cukup peha seekor dipanggang ye kak....
macam teringin lah buat ...
assalamualaikum.. amie...
BalasPadamwahhhhhhhh.. ayam golek rosemarry ye.. sedap ni.. mmg selalu nampak org wat.. nani penah wat ayam golek skali.. guna oven.. time tu baru beli.. tak tau ler nape.. dekat 2 jam baru nak masak sekor.. betul ke? mmg makan masa lama.. ?
sedapnya kak amie
BalasPadamtina kalau ayam panggang ni, mmg lah peberet setiap masa
lama gk dana tak membakar ayam nih kak...
BalasPadamkak amie.. keluar lah air liur lihat nya
BalasPadammau buat juga tapi kapan yah.. nyam..nyamm
Amboiiii..ayam panggang jer ni.. Berturut2.. Naz nak kentang tu sebiji ye.. Suka makan kentang...
BalasPadamAduiii, kak amie ni kan, selalu buat saya terliur...semua resepi akk best2, yang ni memang menarik, nnt nak cuba jgk : )
BalasPadamtergodanye la tgk ayam ni...:)
BalasPadam*kalau xkeberatan nk mintak alamat, sy nk pos kad jemputan kawen :)..ni email sy, noornazihah83@yahoo.com
tq..
thanks share resepi ni..mama akan usahakna utk mencubanya..
BalasPadamresepi dah salin kat henset. skrg jugak nak buat.. baru beli oven malam tadi hahaha.. tu yg semangat! tq share resepi :)
BalasPadam