Pages

Isnin, 8 Oktober 2012

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Assalamualaikum.
Sekarang ni tengah hujan! Kena cepat-cepat siapkan entri, nak masuk tidur sebab badan pun letih semacam! Tapi sebelum itu nak cerita dulu tentang Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas, salah satu hidangaan makan malam kami sekeluarga. Amie cuba masak resepi orang Melaka, dengan kata lain Asam Pedas Melaka. Memang ada sedikit perbezaan dalam penyediaan bahannya berbanding asam pedas yang biasa Amie masak. Apa pun, menu ini dapat diterima oleh seisi keluarga. Alhamdulillah. Jadi, Amie kongsikan pula bersama rakan-rakan pengunjung.


Amie ambil resepi ini dari buku Masakan Tradisi Melayu Melaka, hasil air tangan Norbi Husin. Bagaimanapun, Amie tukar ikan asal (ikan duri) kepada ikan tenggiri. Kita semak resepinya seperti di bawah ini.

Resepi Asal : Ikan Duri Masak Berlada / Asam Pedas
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Melaka - Norbi Husin
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan duri - Amie gantikan 4 keping ikan tenggiri
30 tangkai lada kering  - Amie gunakan 20 biji
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih - titik
1.5 camca besar jintan putih - 
2.5 camca besar ketumbar
1.5 camca besar jintan manis
1 camca besar lada hitam
1 camca besar serbuk kunyit
1 inci belacan
1/4 keping kelapa bakar ( daripada 1 biji kelapa - belah 4) - Amie tidak bubuh
sekepal asam jawa - ambil airnya 5 atau 6 cawan - Amie kurangkan asam jawa untuk 3 cawan air sahaja
1 tangkai lada hijau - belah 2
1 tangkai lada merah - belah 2
1 biji tomato - belah 4
8 helai daun kari / daun limau purut
sedikit daun kesum
5 camca minyak masak
garam secukup rasa

Cara:
1. Lada kering, belacan, bawang merah dan kelapa bakar digiling sampai lumat - Amie kisar tanpa kelapa bakar.
2. Jintan, lada hitam dan ketumbar digoreng tanpa minyak dan kemudian ditumbuk halus.
3. Pansakan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kuning.
4. Masukkan serbuk kunyit, dan bahan yang digiling dan ditumbuk, kacau hingga rata dan garing.
5. Masukkan air asam jawa, biarkan hingga kuah mendidih.
6. Masukkan ikan, daun kari / daun limau purut, daun kesum, lada dan buah tomato.
7. Masukkan garam. Biarkan di atas api sehingga ikan masak.



Lain kali kalau ada kesempatan untuk memasak resepi begini, Amie akan bubuh kelapa bakar yang digiling lumat. Nak tahu juga, apa beza rasanya! Sesungguhnya Amie memang suka asam pedas Melaka, sebab kuahnya yang memikat selera... nampak pekat bergenang berlinang-linang!

19 ulasan:

  1. kalau tenggiri saya suka msk kari.. tak pernah cuba msk asam pedas.. tgok asam pedas pekat ni klau mkn dgn nasi panas2 .. pergggg...nikmatnya amie..

    BalasPadam
  2. ooo lain sikit dari yang biasa sb ada jintan dan ketumbar.Boleh cuba ni.nak try kelainan.

    BalasPadam
  3. Assalam.. Sedapnya asam pedas ni.. fav saya sekeluarga ni..

    BalasPadam
  4. SlurPPppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp.. sha suka asam pedas melaka! memang sedap Kak Amie cayang.. Insya~ALLAH nanti kalau ada beli ikan tenggiri sha nak cuba resipi dari dapur Kak Amie.. muahzzzz cayang Kak Amie..;)

    BalasPadam
  5. Asam pedas....mmg fav suami sbb dia org Melaka.

    BalasPadam
  6. alamakkk amie, Liza lambat sampai, kompem dah habis kan....sedihnyaaaa, peberet ni..

    BalasPadam
  7. sedapnya kak Amie..fav Qh jugak ni..xkira la ikan ape yg dimakan gini..Qh suka juga masak asam pedas letak bendi cmtu..sedapkan...nyum2

    BalasPadam
  8. Asam pedas mmg x jemu di makn...kite dh dua hari ni masak asam pedas..ikan pari n ikan keli....tu lh buat mkn bertambah2 kan..kan...:-D
    Kegemaran seisi keluarga.

    BalasPadam
  9. semua yg amie masak nampak menyelerakan wat sy rase lapar...huhu

    BalasPadam
  10. sedapnya..tapi KY tak makanlah ikan tenggiri..

    BalasPadam
  11. thanks amie sudi kongsi resepi ni..hb mama suka makan ikan asam pedas..

    BalasPadam
  12. Sedapnya klu ikan tenggiri dimasak asam pedas....cepat licin ooo...ada lagi ka ikan asam pedas tu kak?

    BalasPadam
  13. sedapnya asam pedas..kuah dia tu blh cicah roti..hihi

    BalasPadam
  14. sy masak asam pedas skang pon ikut stail kak amie..sedapp laki sy cakap..hehe!

    BalasPadam
  15. kak amie..ini feveret hubby mieza...suka benar dia kalau dapat makan asam pedas...perghhhh bertambah2 dia kak...ada ikan pari dalampeti ais tu...igt nak buatkan dia macam ni la malam ni for dinner...mesti dia sayang mieza kan kak kan kan kan hahahahhaa

    BalasPadam
  16. Kakak tak kisahlah asam pedas melaka ke johor ke tapi kami sekeluarga kalau seminggu tak ada asam pedas macam mustahil tau Amie..

    BalasPadam
  17. salam kak..bezanya mesti rempah ratus tu kan kak.semalam mambangnya beli ikan duri, nti nk trylah...

    BalasPadam
  18. tenggiri masak apa2 pun sodap..paling best kari..hehe :)

    BalasPadam