Assalamualaikum.
Petang ini Amie kongsi resepi orang kampung Amie di Bukit Hijau sanun..... Menu ini cukup terkenal bila tiba penghujung bulan puasa. Maklumlah, masyarakat kampung kami yang rata-ratanya terdiri daripada keturunan Jawa akan sibuk memasak pelbagai juadah untuk dijadikan punjungan. Yang bukan Jawa pun ikut sama terlibat dengan tradisi kami, terutamanya masyarakat Banjar dan Melayu walaupun hanya golongan minoriti kampung kami. Bagi yang baru mengenal perkataan 'punjungan' atau 'munjung', Amie kongsikan maksudnya. Munjung membawa maksud menghantar makanan, atau membawa makanan untuk dihantar dan diberikan kepada si penerima. Mungkin lain orang, lain maksudnya, tapi inilah yang Amie fahami sedari kecil. Manakala si penerima pula akan mengatakan, mendapat punjungan dari si fulan, sama ada dari jiran tetangga atau saudara mara. Antara bahan punjungan yang biasa dimasak dan disediakan oleh orang kampung Amie termasuklah ketupat, lemper (hadoiiii.... suka sangat makan lemper!), dan lauk-pauk seperti ayam masak kicap, ayam goreng, sayur lodeh, ayam masak rendang, mee goreng, serunding dan pelbagai lagi. Namun begitu, tidaklah kesemua yang Amie sebutkan itu dimasak melainkan hanya tiga atau empat jenis sahaja termasuk ketupat (sekarang sudah berubah kepada ketupat segera). Kalau Bonda kami, raya lepas Amie tanya, berapa buah rumah Bonda hantar punjungan? Kata Bonda, 60 buah rumah termasuk saudara mara dan jiran tetangga. Isi punjungan pula tidaklah terlalu banyak, cukuplah sekadar untuk sekali hidangan memandangkan tradisi punjung-punjungan atau balas-membalas punjungan akan dilakukan. Apabila Amie perhatikan kelebihan tradisi ini, akhirnya Amie dapat menyimpulkan bahawa memang banyak perkara berfaedah yang diperolehi. Misalnya, apabila tiba hari raya, tuan rumah tidak perlu menyediakan hidangan berat untuk diberikan kepada tetamu, tetapi cukup sekadar minuman dan kuih-muih. Manakala para tetamu pula tidak perlu menghabiskan masa yang agak lama berada di sesebuah rumah. Bila Amie perhatikan sekali lagi, memang mereka datang untuk bertanya khabar, berbual serba sedikit dan diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan. Untuk golongan tua, mereka ada cara tersendiri semasa bermaaf-maafan sehingga adakalanya bertangis-tangisan dan menimbulkan suasana penuh emosi! Adab bermaaf-maafan pula, dimulakan dengan ucapan mukadimah tertentu termasuk selawat nabi dan suara mereka rendah, perlahan shaja. Antara lelaki dan perempuan, memang ada tata tertib tersendiri semasa bermaaf-maafan, misalnya mereka duduk berhadapan tetapi sambil menundukkan wajah dan memalingkan sedikit, mereka juga tidak bersentuhan! Sayang.... seribu kali sayang! Adat budaya yang penuh sopan dan tatatertib ini kian pupus ditelan zaman! Amie pun sebenarnya rasa malu.... tapi terpaksa mengakui Amie sendiri sudah tidak tergolong dalam adab yang tinggi nilainya ini!
Oh! Panjangnya Amie membebel petang ini sampai terlupa pula nak cerita tentang Ayam Masak Sambal Kacang. Resepi ini merupakan resepi kegemaran Amie masa kecil dulu. Kalau ada punjungan berisi menu begini, Amielah yang akan menghabiskannya! Makan dengan ketupat! Adeeeehhhhh..... ketupat daun kelapa tau, bukannya ketupat segera. Atau kalau ada lemper... apa itu lemper... (he he he ehhh kena telefon bonda), memang boleh habis sebatang makan sendiri cicah dengan serunding!
Oh! Panjangnya Amie membebel petang ini sampai terlupa pula nak cerita tentang Ayam Masak Sambal Kacang. Resepi ini merupakan resepi kegemaran Amie masa kecil dulu. Kalau ada punjungan berisi menu begini, Amielah yang akan menghabiskannya! Makan dengan ketupat! Adeeeehhhhh..... ketupat daun kelapa tau, bukannya ketupat segera. Atau kalau ada lemper... apa itu lemper... (he he he ehhh kena telefon bonda), memang boleh habis sebatang makan sendiri cicah dengan serunding!
Untuk menghasilkan resepi Ayam Masak Sambal Kicap, memang Amie ingat pesan Bonda. Bonda kata, bubuh sedikit sahaja bahan rempah-rempahan, masukkan sebagai syarat bau sebab kalau terlebih, rasa dan baunya kurang enak dan mengganggu kelazatannya! Amie tidak bubuh buah pelaga yang mempunyai bau yang kuat itu, sebaliknya memasukkan satu batang kulit kayu manis dan dua kuntum bunga lawang. kata Bonda, tak masukkan bahan ini pun tidak mengapa.
Resepi : Ayam Masak Sambal Kacang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
700 gram daging ayam - potong kecil-kecil - perap dengan sedikit garam dan kunyit, dan goreng setengah masak, ketepikan
2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
200ml santan pekat
3 cawan air
1 sudu teh pati asam jawa
2 batang serai - dititik
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam & gula secukupnya
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan kesemua bahan kisar bersama serai, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam goreng setengah masak tadi dan gaul rata.
3. Masukkan air serta asam jawa dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kacang tanah tumbuk dan kacau sekali-sekala.
5. Masukkan santan pekat dan perlahankan api. Biarkan sehingga naik minyak, dan kacau sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat.
6. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
sure wangi sebab letak banyak rempah ratus kan amie :)
BalasPadamwaw kak, nampak menyelerakan..hujan2 ni masuk blog akak teru pewut nyanyi2 :)
BalasPadamsalam Amie.Betul tu...adat bermaafan antara llaki dgn pompuan masih begitulah diamalkn oleh family HB atie.
BalasPadamCam abg ipar ngan atie../paman HB ngan atie.Mmg seronok time bermaafan tu..syahdu sgt.Kdg2 pon atie jg menagis bila bermaafan ngan MIL:)
Disamping tu..masih ada lg acara BARAAN..tp llaki & pompuan xbercampur.Cthnya mggu ni org llaki baraan...mggu depan org pompuan lak baraan.Seronok join..perot mmg kenyang sgt:D
Thanks atas resepi2 yg mengancam jiwa mama.. :)
BalasPadaminsyaallah kalau sihat mama akan kedapur utk mencuba resepi amie ni..
Budaya yang baik dan selari dengan ajaran Islam tu Amie, sangat bagus diteruskan.
BalasPadamIndahnya budaya orang Jawa ni kan..
selamat malam MIe,ada lagi tak ayam masak sambal kacang tu,teringin lah pulak sebab nampk ngancam tu
BalasPadammcm rendang ayam la..
BalasPadamBayangkan munjung sampai 60 rumah! Banyaknya!
BalasPadamOJA memang suka "gawean" dan beri orang makan. OJA kuat berpegang kepada nilai "asalkan berkumpul, tak makan pun tak mengapa". Tapi bila munjung, dapat makan walau tak berkumpul! Malah OJA pantang berkumpul, adalah makan-makannya!
salam kak amie,
BalasPadamamboii memalam klu dtg sini mmg x pernah menghampakan..hidangan sedap tu kak he heh ee..yummy:)
Kak Amie... Suami Ani orang jawa dari keluarganya lah Ani tahu pasal munjung.. meriah sungguh memasak dan membungkus makanan utk di hantar kerumah saudara mara dan jiran.. resepi ni memang sedap.. nanti insyaallah Ani nak cuba lah resepi Kak Amie ni.. trima kasih.. ;)
BalasPadamsalam kak...
BalasPadammenu raya ye...samalah menu mak kita time raya...yp yg takleh tahan bila akak sebut "lemper" tu..mmg tak tahan..sy ni asyik ulang2 tanya buat inti lemper..tapi tak buat2..nak buat jugak!!
Salam kenal kak amie:) xpenah jmpe lg resepi ayam msk camni....sedapnyeeee...nnti nk try la:)
BalasPadammmm sedapnyer..pas ni nak cubala sempena raya haji ni..maklumla pertama kali ni sitti tgk resepi mcm ni..hahaha apa pun nice blog akak..sudi dtg tmpt sitti kak yer..
BalasPadamKasih,
BalasPadamrempah ratus tu buah syarat aje Kasih...
Tihara,
makan time hujan ni yang tambah sedap, apalagi kalau ada minuman panas ye Tihara.
Atie,
oh ya... lupa nak ceritaa baraan, ni yang bestkan Atie... berderet berduyun orang kampung keliling kampung! Meriah raya...
Mama Aini,
BalasPadamresepi turun-temurun orang kampung kami ni Mama Aini...
Ummiross,
memang di sebalik keunikannya tu, ada batas kesopanan yang selaras dengan agama kita, sayangnya... hampir pupus Ummi!
Kak Noor,
ayamnya dah habis... he he heh kuah kacang memang ada lebih.
Hnahdy,
BalasPadambezanya ini guna kacang ye Hnahdy.
Ayah Temuk,
memang begitulah Ayah, Ayahanda memang asal dari kampung itu, keluarga Bonda pun pindah dari Perak terus ke kampung itu juga, adik beradik Ayahanda ada 9 orang, sudah kembang biak beberapa generasi duduk sekampung, jadi sebenarnya lebih 60 buah keluarga tu ayah...
Zila,
boleh cicah kuah kacang ni dengan roti Zila he he ehh
Choco Ani,
BalasPadamsuami Amie pulak bukan Jawa, jadi hilanglah sebahagian kemeriahan zaman yang pernah Amie lalui bersama keluarga, syukurlah kalau ada peluang balik kampung Bonda, anak-anak dapat ikuti perkembangan & budaya hidup belah Amie.
Rohah,
adeeehhhh... lemper tu, sampai sekarang pun kita tak pandai buat, ada inti kacang hijau, kacang tolo dan juga udang kering... nak belajar buat ni Rohah!
Zawani,
silakan cuba Zawani, gunakan daging pun boleh, kerang pun boleh...
Miz Sitti,
alahamdulillah, cubalah... bahan2nya pun tak susah nak dapat.
x pernah jumpa lg resepi ayam camni kak amie..tp nmpk sgt menyelerakan..nilah dinamakan kepelbagaian dlm makanan kan..hehe..
BalasPadamMesti sedap makan ngan ketupat pulut nih kak..nampak menyelerakan betul..
BalasPadamhuwaaaa.. saya laparrrr.. terbau bau haa.. :b
BalasPadam