Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Jom makan tengahari di dapur Amie dengan hidangan Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis. Amie tambah dengan Sambal Belacan & sedikit ulam kacang bendi celur dan tomato.
Memandangkan banyak lagi lebihan labu manis, jadi Amie cuba campur dalam masakan kari dengan ayam. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berkuranglah jumlah labu manis yang duduk menganggur tak berusik!
Resepi : Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam
1 mangkuk potongan dadu labu manis
400ml santan pekat - Amie gunakan susu cair
1 cawan air
4 sudu besar serbuk kari ayam / daging
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu makan cili kisar
2cm halia - hiris halus
3 ulas bawang putih- hiris halus
5 ulas bawang merh - hiris halus
1/2 cawan perahan air asam jawa
garam & gula secukup ras
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis halia,bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Perlahankan api, dan masukkan serbuk kari. Kacau seketika sehingga sebati dengan bahan tumisan yang lain.
3. Masukkan daging ayam dan gaul rata.
4. Masukkan air, dan biarkan mendidih. Tambah perahan air asam jawa dan biarkan sehingga kuah memekat dan daging ayam mula empuk.
5. Masukkan santan pekat / susu cair dan labu manis.
6. Kacau sekali-sekala sehingga daging ayam dn labu manis masak empuk.
7. Perasakan dengn garam dan gula.
8. Tutup api, dan sedi untuk dihidang.
Inilah rupa Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis. Hadoiiiiii!!!! Terlupa bubuh daun karilah pulak!
Tidak ketinggalan... Sambal Belacan! Tapi.... minta maaflah, ini hasil tangan orang malas! Main kisar saja! Patutnya kena tumbuk dalam lesung, barulah nampak asli dan lebih sedapkan! Ulamnya pun setakat kacang bendi celur dengan hirisan tomato saja. Apa pun.... jemputlah makan yea....
sedapnye!!!! sangat terliur tengok...kalau makan sure2 berselera
BalasPadamamnpi sedapnya menu kak amie.. nasib baik perut saya tengah kenyang, kalau tak makan hatiii tengok lauk akak.. hehehe
BalasPadamSALAM KAK AMIE .. set yang lengkap !.. sedap neh.. lama dah x makan sambal belacan
BalasPadamwes warek dhadhi ngeleh...kari tu menggoda..
BalasPadamassalam Amie..sambal belacan dengan bendi rebus tu cukup dah..tak mandag dah lauk lain..sedap tu amie
BalasPadamAsslmkum kak!
BalasPadamLabu manis msk kari ayam? First time dgr ni. Tak pnh terfikir nak letak labu. Tp kompem sedap tu. :D
sedap semuanya tu teringin tang sambal bacan tu dan bendi tu kalau akak tak mau yg lain nak makan dgn sambal je sedappp
BalasPadamEllerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.
BalasPadamSaygılar..
Amie, singgah jap sebelum keluar meronda, hikhik. Hari2 nak kena tengok Amie masa apa, sebab kalau datang dapur Amie mesti berselera.
BalasPadamsedap nye kak..ske tgk masakan orang :)
BalasPadam