Hari ini ada 3 undangan rumah terbuka. Sebelum melangkah keluar rumah, kami alas perut dulu dengan Mini Apam Balik. Orang di sebelah sini memanggilnya kuih Terang Bulan, tapi memandangkan cara dan bahannya yang sama, rasanya namanya saja yang berbeza. Ini percubaan kali ketiga Amie menghasilkan Mini Apam Balik. Kali pertama memang tak jadi, tu yang merajuk panjang tak mahu buat lagi. Tapi sebab tiba-tiba teringin nak makan, malam tadi cuba buat lagi. Alhamdulillah menjadi! Anak-anak kata rasanya lebih sedap dari yang biasa dibeli, cuma Encik Suami kata dia lebih suka yang tebal. Amie pula suka yang agak nipis, lebih garing gitu!
Oleh kerana malam tadi anak-anak berebut-rebut makan (ada 17 keping semuanya), jadi pagi ini Amie teruja untuk menghasilkannya sekali lagi untuk sarapan pagi. Amie kongsikan resepinya di bawah ini. Kalau ada yang terkurang atau ada yang tidak betul, bolehlah beri cadangan dan komen untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 biji telur
setitik pewarna kuning telur - jika suka
4 sudu makan gula
secubit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 tin jagung krim
1 cawan kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
marjerin
gula pasir - untuk tabur atas masakan
Cara:
1. Buat satu adunan daripada campuran tepung gandum, air, telur, soda bikarbonat, baking powder, secubit garam, gula dan setitik pewarna kuning telur. Jika inginkan adunan lebih cair untuk mendapatkan hasil yang lebih nipis dan rangup, bolehlah tambah sedikit air lagi.
2. Panaskan sedikit marjerin di atas kuali non-stik.
3. Masukkan dua sudu makan adunan tepung ke dalam kuali dan ratakan sehingga memenuhi kuali tersebut.
4. Taburkan satu sudu makan kacang tanah tumbuk ke atasnya disusuli dengan satu sudu makan jagung krim.
5. Taburkan secubit gula pasir.
6. Apabila telah masak, bolehlah lipat di dalam kuali dan angkat.
7. Sedap dinikmati ketika masih panas.
Alhamdulillah, walaupun pada kali pertama rasa kecewa kerana tidak menjadi, tetapi berkat usaha dan keinginan yang mendalam, akhirnya berjaya juga Amie menghasilkannya! Jom sarapan.
Salam Amie,
BalasPadamSaya pun suka yg nipis dan crispy. Tapi sesekali sedap juga yg tebal tu.
dah terang matahari baru ummi datang nak makan terang bulan, ummi nak yang nipis n crispy, mesti dah abih kan Amie..hehe
BalasPadambestnye. sy pun suka yg nipis2... rangup... krup krap3x
BalasPadamLiza pun pernah frust jugak masa pestime buat apam balik ni...rasa serik pun ada, tp berkat nk cuba jugak, akhirnya beranikan diri dan alhamdulillah menjadi...
BalasPadamassalam amie, ank suka mkn apam blk ni, tapi mamanya tak rajin, dulu2 ada juga buat, ok juga rasanya, saya amik resipi dari myresipi. lama masa membuay tu yg mls hehe
BalasPadamsalam Amie....sedapnya apam...ros pun suka yang garing....pernah buat juga ni &msk dlm favourite list kami
BalasPadamBelum pernah buat lagi,selalu beli aje kat pasar malam.Suka yang nipis...rangup bila dimakan.
BalasPadamini kalau di Indonesia khususnya di Jawa Barat,namanya "Martabak Manis "kalau di Jawa Timur namanya " Terang Bulan "
BalasPadamcocok di nikmati dengan Kopi susu panas,,,,,salam bloger dari Jauh
sedapnya...tapi tak rajin utk buat...selalu beli di pasar mlm jer...
BalasPadamwahhhh best ni. boleh cuba nanti..
BalasPadamAssallamualaikum Amie..
BalasPadamSelamat hari raya ye. Maaf zahir dan batin. Suka tgk apam balik ni. Dapat makan masa panas2 mmg best..masih rangup..
Hazila,
BalasPadamAmie suka yang nipis, rangup tapi hubby suka yang tebal pula... di sini tak jual yang nipis, pernah sekali jumpa di Tawau.. jauhnya!
Ummiross,
dah habis Ummi... nanti Amie buat lagi ye, datang awal sikit tau sebelum matahari terbit ha ha hahah..
FnF,
sedap betul kan FnF, tapi lagi sedap kalau dah sedia terhidang, apa nak buat sebab tak ada ..kenalah merajinkan diri buat sendiri... he he hehh
laaa... maaf2... terpakai akaun anak pulak di atas tu!
BalasPadamNAMPAK RESEPI APAM BALIK NIIII....! SEMUANYA SERUPA JE....BANYAK DAH TEMAN TENGOK TAK ADE BEZA, MUNKIN BETUL KUT...TEMAN NAK TRY...
BalasPadamTq amie 😊
BalasPadam