Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah, hari yang ke 28 dapat dilalui dengan sempurna. Tentu ramai yang telah meninggalkan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung berhari raya bersama ayah bonda dan sanak saudara. Apa pun, sentiasalah berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Petang ini Amie sediakan Sate Ayam Goreng untuk juadah berbuka puasa sementara Encik Suami membantu menyediakan Jus Nanas.
Jus Nanas hasil air tangan Encik Suami.
Resepi : Sate Ayam Goreng
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg isi ayam - potong ikut saiz sate biasa ( Amie potong besar sedikit)
Bahan pemerap :
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai - hiris hipis
3cm halia - hiris
1cm kunyit hidup -hiris
1cm lengkuas - hiris
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
Kisar kesemua bahan di atas
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
4 sudu besar minyak
Cara:
1. Gaul daging ayam bersama bahan pemerap serta gula, garam dam minyak hingga sebati. Perap selama 1 jam.
2. Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan perap. Kacau sekali-sekala sehingga masak.
3. Hidangkan bersama nasi himpit, sambal kacang, hirisan bawang besar, timun dan tomato.
Selamat berbuka puasa!
assalam..salam aidil fitri buat amie & family..maaf jika mama ada melakukan kesilapan sepanjang persahabatan maya kita..
BalasPadamehem pandai hb amie masak..hb mama tak pandai masak pun..he2x..
selamat hari raya maaf zahir batin buat Amie sekeluarga.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Amie sekeluarga.Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap, terkasar bahasa dan tutur bicara selama ini.
BalasPadamAssalamualaikum :D
BalasPadamSelamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
Note:-
Sedap2 semua lauk Amie..