Pages

Rabu, 29 Ogos 2012

Crispy Crabstick with Curry Leaves

Assalamualaikum.



Entah angin mana yang bertiup, lantas membawa bersama mood masak-memasak terus terbenam masuk ke dasar Laut China Selatan! Oh! Amie... kenapa mula malas nak masuk ke dapur, dan terus membiarkan ikan-ikan serta bahan masakan lain membeku di dalam peti sejuk. Selera untuk makan memang ada, tetapi untuk memasaknya .... kalau boleh semuanya siap terhidang di depan mata macam menunggu makanan di kantin atau di restoran! Banyak lemak Amie sekarang ni ye.... he he he ehhh sesekali nak juga layan angin malasssssss yang sedang melanda! Walaupun pada zahirnya malas, namun batinnya tetap juga rajin he he heh...buktinya, tekun menyiat crabstick sampai dua paket besar berjumlah 64 batang dan menggorengnya sebanyak 7 kali dalam kuali! Belum pun selesai menggoreng kesemuanya, seorang demi seorang ahli rumah masuk ke dapur dan terus duduk di meja mengunyah...... krup krap krup krap! Encik Suami kata, esok pagi dia nak bawa sedikit ke sekolah. Si bongsu pun nak bawa juga. Datang si bujang tengah, bertanya pula dia kenapa Mummy pandai buat chips yang sangat sedap nih? Dia nak bawa juga ke sekolah. Tidak ketinggalan si bujang sulung, juga mahu bawa ke sekolah. Kenapa semua nak bawa ke sekolah? Nak kongsi makan dengan kawan-kawan ke? Jadi, kalau semuanya nak bawa ke sekolah, Amie pun nak bawa juga!


Ha.... yang dalam tupperware biru di belakang tu Amie punya ye... Amie pun nak bawa ke sekolah juga! He he hehhh... sebenarnya Amie sudah jauh tertinggal keretapi. Kawan-kawan yang lain sudah lama buat kudap-kudapan ini, cuma Amie yang baru terkial-kial menyiat crabstick petang tadi! Oh... ya, Amie pernah ternampak resepi ini dalam blog masakan tapi terlupalah pula dapur siapa. Akhirnya Amie jumpa resepi ini di dapur Rostina - Wind of Change. Kata Rostina, mula-mula dia tengok di FB ada orang jual kerepek ketam ini secara online. Kemudian Rostina mengamati penuh teliti dan cuba mencari resepinya dan akhirnya cuba buat untuk hari raya pada tahun lepas. Katanya kerepek ini terkenal di Brunei, sama macam keropok ikan di tempat kita. Ha... nampak sungguhlah Amie dah ketinggalan bas... benda dah setahun berlalu, baru nak dicuba tahun ini! Itu pun lepas raya.....
Wokey... banyak membebel pula ye, untuk resepinya memang tersangatlah mudah. Ambillah seberapa banyak paket crabstick, siat-siatlah (Amie siat depan televisyen, sambil tangan menyiat, mata menonton drama! Kemudian goreng menggunakan minyak yang banyak hingga garing. Katanya Rostina, percubaan pertamanya, dia goreng begitu sahaja, tetapi kemudian Rostina goreng bersama daun curry, rasa lebih sedap dengan aromanya yang menyelerakan! Cubalah! Goreng banyak-banyak ye... sebab bila dah jadi kerepek, memang lupa dunia asyik kerup krap krup krap tak henti-henti! Terima kasih banyak-banyak Rostina sebab sudi kongsi kerepek yang sangat sedap ini. Lain kali memang nak buat lagi, dan oleh sebab anak-anak suka makan, biar mereka pula jadi tuang siat!

16 ulasan:

  1. Salam Kak Amie...masih adakah kerepek ketam ni?..hehe..Rahel belum buat lg kudapan ni..

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri
    sedap ni kunyah2 time ngadap tv he he

    BalasPadam
  3. Amie..ummi pun nak bawa ke sekolah..hehehe, opps!! nak bawa ke bangi.

    Kalau dapat kat ummi pun kejap je boleh abih ni, nanti ummi nak cuba jugaklah Amie..

    BalasPadam
  4. salam syg kak amie..
    krukk2 yer..he hehe zila pun sama x berkesempatan lg nie..mmg nk try jgk nnt:)

    BalasPadam
  5. as salam kak amie...harus jugak sy mencuba ni...

    BalasPadam
  6. bestnyer kudap2 ni..makan depan tv mmg best..walla lah..hehe

    kak ami nnt skodeng blog nens ye..;)

    BalasPadam
  7. ayu pun sama...
    almost sebulan kat mesia biler blk jpn penyakit M x habis lagik
    now baru masuk gear 1...pelan2 kayuh lelama ok la...

    BalasPadam
  8. Rahel..
    habis dah Rahel... laku...larissss nak kena buat lagi ni!

    Mama Sara Nur,
    makan dengan nasi lemak pun sedap ni...kami makan di kantin dengan kawan2!

    Ummiross,
    Cuba Ummi... senang sangat, sedap!!!

    BalasPadam
  9. Zila sayanggggg...
    memang kena try buat ni Zila...

    Yati Ali,
    waalaikumussalam.... cuba jangan tak cuba!

    Love2Cook Malaysia,
    nyum nyummmm

    BalasPadam
  10. Nens,
    wokey... kakak dah skodeng... dapat hadiah rupanya ye... makasih banyak2 Nens!

    Lady Ayu,
    sesekali kena layan juga angin mmmmm tu...

    BalasPadam
  11. Aduhhhh sungguh meruntun selera tgk rangup2 crab tu hehhe sedap nyerrr nnt nk cuba lah :D..

    BalasPadam
  12. Assalam amie, kerepek ni sangat popular di myresipi, tapi kita belum buat lg, tentu sedap ni

    BalasPadam
  13. Rajin sgguh k.amie walau pun katenya mode tgh mls....sy kalo tgh mls mmg dpr x berasap hihihihi....
    Dpt mas bygkn krup...krap kepek ketam tu....

    BalasPadam
  14. pestime tengok ni kak...(nampak sgt ketinggalan saya ni)hehehe

    mesti cuba..tq for sharing

    BalasPadam
  15. Sya permah cuba sekali guna crabstik jepun. Tp pendek2 dan agak basah mcm x sesuai pulak
    Goreng. Hehe..

    BalasPadam