Pages

Ahad, 22 Julai 2012

Smoothie Tembikai

Assalamualaikum.


Salah satu hidangan penghilang dahaga untuk berbuka puasa kami petang ini ialah Smoothie Tembikai. Waktu berbuka puasa pada hari ini sama seperti kelmarin iaitu 6.25 petang. Sementara menunggu waktu berbuka beberapa minit lagi, jom kita semak resepi Smoothie Tembikai di bawah ini.

Resepi : Smoothie Tembikai
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
400gram tembikai merah - potong kecil dan sejukbekukan selama 2 jam
200ml susu segar
150ml yogurt asli
2 sudu besar gula pasir

Cara:
1. Satukan tembikai, susu segar, yogurt asli dan gula pasir ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga halus dan lembut.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.


Selamat berbuka puasa.

8 ulasan:

  1. nyamannya tekak! kami berbuka ngan air teh o je...selamat berbuka kak Amie!

    BalasPadam
  2. lawanye kaler dia kak..selamat berbuka..akk dah buka dah, saya lom :)

    BalasPadam
  3. sedapnya...selamat berbuka amie
    saya belum bbuka lagi ni

    BalasPadam
  4. Sedapnya Amie...Selamat berbuka puasa ye.

    BalasPadam
  5. mengiurkan la kak.....hehe..
    tp sy jarang berbuka dgn air ais nie...x tau kenape...klau mnum yg berais tu...perut rasa mcm x best je....

    tp akak pnya nie...nmpk sngt la sedapnya...kat kedai x dpt la kut cmnie kan.....

    BalasPadam
  6. Segarnya rasa....kalo dpt kat mas ni mahu bergelas-gelas mas minum hihihihi....

    BalasPadam
  7. Sedapnya kak amie sejuk anak tekak kalau dapat ni
    selamat menyambut ramadhan almubarak buat akak sekeluarga

    BalasPadam