Pages

Ahad, 17 Jun 2012

Cappuccino Cake : Selamat Ulang Tahun & Hari Bapa

Awal pagi tadi sebelum keluar ke tempat kerja, Encik Suami berpesan supaya Amie ke pasar untuk membeli belanja dapur. Nampaknya hari ini Encik Suami tidak berkesempatan untuk menamani Amie ke pasar kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Katanya, RM sudah diletakkan di atas meja kaca ditindih telefon bimbit Amie. Entah kenapa, susah benar nak bangun pagi tadi... macam tak cukup tidur pula! Sebelum Encik Suami melangkah keluar, sempat Amie cium tangan yang dihulur sambil berbisik... Selamat ulang tahun, dan selamat hari bapa! 


Setelah selesai membeli segala keperluan dapur untuk bekalan sepanjang minggu, kedai terakhir Amie singgah sudah tentulah kedai kek. Alhamdulillah, dapat sebiji Cappuccino Cake yang comel. Oleh kerana Encik Suami akan pulang ke rumah lewat petang nanti, sempatlah Amie memikirkan hidangan untuk meraikan hari ulang tahunnya merangkap hari bapa pada hari ini. Terkenang tahun-tahun sebelum ini, memang kami menjadi tuan rumah untuk sambutan hari bapa pada setiap tahun. Ayahanda mentua, abang ipar duai dan biras semua berkumpul di rumah kami, tetapi tahun ini .... mungkin setelah pemergian ayahanda mentua, suasana agak lengang dan sepi! Masing-masing dengan cerita keluarga sendiri. Apa pun, insya-Allah sambutan peringatan untuk kaum bapa ini kami sambut seadanya!


Untuk Encik Suami yang dikasihi, selamat menyambut ulang tahun. Mudah-mudahan sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan dan mendapat keredhaan Ilahi dalam setiap amalan yang dilakukan. Juga, Selamat menyambut Hari Bapa. Terima kasih dan syukur kepada Allah, di atas kurniaan-Nya menganugerahkan anak-anak kami seorang bapa yang pengasih dan penyayang, sentiasa bertanggungjawab dan sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak dari dulu, kini dan selamanya!

12 ulasan:

  1. wohoooo! bestnye kek! nani buat kek lapis pandan je. tapi tak cukup rajin lagi nak update entry. tengok entry kawan2 je dulu.

    BalasPadam
  2. salam Amie.Selamat ulangtahun & selamat hari bapa tuk HB,semoga sentiasa dirahmati Allah.
    Aminnn

    Terima kasih rajen singgah ke blog atie tpppp...mood blogging dah ke lauttttttt.malassss nk update..snap2 gambo.camna tuh???

    BalasPadam
  3. Nani,
    kebetulan ada kek ni berderet di kedai...

    Atie,
    terima kasih Atien,
    tak apa Atie, layan je mood ke laut tu... dah puas kat laut nanti balik semulalah semangat tu he he he heh

    BalasPadam
  4. Salam Amie..kita samakan??rumah riuh la hari ni dengan kerenah anak2 yang suka dapat makan kek..Salam b-day untuk suami tercinta tu..so harijadi dia sama hari dengan little hana kak ros ya.

    BalasPadam
  5. wahhh..sedapnya kek...!!!
    selamat ulang tahun dan selamat hari bapa utk hubby kak amie..semoga sntiasa dilimpahi rahmatnya..

    BalasPadam
  6. Kak Ros,
    he he hehh jatuh pada hari yang sama, memang best! Ni anak-anak sibuk kemas rumah, menunggu ayahnya balik... Amie pun pelan2 masak...tapi tak adalah spesial sangat, ala kadar aje..

    BalasPadam
  7. MP,
    belum dipotong lagi keknya MP, tuan yang dirai belum sampai rumah... he he heh terima kasih atas ucapan!

    BalasPadam
  8. cantiknye kek tu...hri ni edisi terjah dapur akak...tp amik yg resepi yg simple aje..hehe..tq

    BalasPadam
  9. Qh,
    he he hehh resepi sesimple telur goreng mata kerbau kah he he hehe

    BalasPadam
  10. ehem cutenya kek..mesti en.hb amie seyum sampai ketelinga dpt kek & ayam panggang..hb mama keluar kawasan..hu2x..takde celebrate pun..hu2x..

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir n selamat hari bapa juga buat suami kak mie ye... kek tu tentunya sedap kan!

    BalasPadam
  12. Mama Ai9ni,
    memang pun dia senyum.... tapi tak banyak cakap, agaknya terharu dengan sambutan yang disediakan anak-anak...

    Izan,
    terima kasih atas ucapan itu ye dik, kek tu hubby kata sedap!

    BalasPadam