Selamat tengahari semua pengunjung yang dihargai. Cuti kali ini Amie hanya habiskan di rumah bonda sahaja memandangkan Encik Suami masih memerlukan rawatan untuk mencuci luka pembedahannya. Memang itulah tujuan kami balik kampung, menziarahi bonda untuk melepaskan rindu. Seperti biasa bonda menyediakan beberapa ekor ayam kampung kerana anak-anak kami suka makan ayam kampung. Rupanya bonda sudah tidak memelihara ayam kampung lagi tetapi bonda suruh anak buah Amie beli 2 ekor ayam kampung. Seekor ayam jantan dan seekor ayam dara. Sekilogram dapat pada harga RM12 sahaja. Pada mulanya bonda suruh Amie masak sup ayam dara, tetapi Amie berpendapat lebih baik gunakan ayam jantan untuk dimasak sup. Boleh renih lama-lama dan tentulah sedap rasa kuahnya. Mana-manalah ikut suka, kata bonda. Bila Amie tengok ayam jantan yang sudah disembelih.... mak datuk! Punyalah besar dan beratnya mencecah 3kg! Amie terfikir juga kalau dimasak semua, macamana boleh habis sup ayam kampung satu belanga? Sedang Amie renih sup, tiba-tiba datang kakak, dan adik Amie bersama-sama anak-anak mereka. Bonda kata, inilah rezeki namanya sebab memang rumah bonda tidak putus didatangi anak cucu setiap hari. Seronoknya hidup bonda! Rumahnya sentiasa meriah dengan riuh rendah anak cucunya!
Amie masak sup cara kampung, gunakan sedikit rempah dan tumis terlebih dahulu. Harumnya penuh satu dapur! Tapi merenihnya memakan masa hampir 2 jam sehingga daging ayam jantan lembut!
Resepi: Sup Ayam Jantan Kampung
Resepi: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung - bersihkan dan potong ikut suka - Amie gunakan ayam jantan kampung seberat 3kg
1 batang lobak merah - potong dadu
1 batang lobak putih - potong dadu
6 biji kentang - belah 4
1 sudu lada putih - tumbuk
garam & perasa secukupnya
minyak
2 liter air
Bahan tumisan:
6 biji bawang putih - hiris halus
10 biji bawang merah - hiris halus
5cm halia - hiris halus
1/2 sudu ketumbar biji - ditumbuk kasar
1/2 sudu jintan manis - ditumbuk kasar
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3cm bonggol pokok sup - tumbuk kasar
Bahan hias:
hirisan daun sup
bawang goreng
Bahan lain:
sambal kicap - jika suka
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga layu.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah mendidih perlahankan api dan tutup periuk dan renih selama 1 jam atau sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan lobak merah, lobak putih dan kentang. Masak sehingga bahan-bahan tadi empuk.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa.
6. Sup Ayam Jantan Kampung sedia untuk dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup.
7. Jika suka boleh sediakan sambal kicap.
Apa yang sedap? Bahagian mana yang lazat? Amie suka kuahnya..... hirup puas-puas sampai berpeluh-peluh! Dagingnya pun lembut, terasa manisnya..... jom makan sama, Sup Ayam Jantan Kampung sebelanga!
wah..sedapnye..anta la semangkuk kat klang ni..he3
BalasPadamWaduh..ini yang tak boleh diet ni..sedapnya klu pekena sup ayam jantan..tambah powerrrr..
BalasPadamsedap hirum kuah ni amie
BalasPadamasam kundang kat bawah tu pun membuat air liur keluar byk :)
wahh meriah je nmpk sup ayam jantan plak tuh..musti power kan..
BalasPadamSalam kak amie!sup2 mcm ni sedap hirup panas2 pastu pedas2 :D berpeluh peluh kalau makan :D tp kalau ayam jantan kampung kita tak makan, yg kampung2 pun tak makan, tekak kita ni ngada2 sikit ehehe... klu supnyer kita hirup jugak walau ayam kampung ^____^
BalasPadamKunangKunang,
BalasPadamtunggu depan pintu... sat lagi semangkuk sup ayam kampung sampai....:)
Wah! Ada power ye kalau ayam jantan Rahel...
Kasih,
supnya memang sedap dihirup!
oh... suka asam kundang juga ye..
Sabar Dubai,
BalasPadamayam jantan yang besar pula tu... jenuhlah merenihnya!
Ika,
ayam kampung sekarang dah moden... he he hehh.. memang dipelihara macam ayam daging juga, tapi memang ada sesetengah orang tak pandai makan ayam kampung...
teringat masa zaman bersekolah rendah dulu.. kalau mak nak masak ayam.. terpaksa kejar dulu ayam yg mak bela tu beramai2.. hehehe.. bukan senang nak tangkap.. kadang2 aim ayam yg lain.. tapi dapatnya ayam lain.. kalau dah susah sangat nak dapat ayam yg di aim.. akhirnya ayam lain pun boleh jugalah.. hihi..
BalasPadamayam kampong ni buat rendang sedap kan.. tp tak tau ngapa.. selera saya bila dah tua2 ni.. mcm tak boleh nak terima pulak ayam kampong ni.. huhu.. bukan menyombong.. tp entahlah.. mungkin dok teringat apa yg ayam2 tu makan kot tu yg tekak takleh nak terima tu.. hehe..
Wah ni dah macam kenduri sup ayam jantan... Saya tak pernah buat sup ayam kampung lagi, selalu buat kari atau rendang.
BalasPadamAmie..ummi dapat rasakan kemeriahan kat rumah mak Amie, seronoknya dapat makan ramai2, kena pulak sup ayam jantan yang sedap tuu!
BalasPadamsedapnya...!!!! hirup panas2.....tak cukup smngkuk ni...
BalasPadamMadiha,
BalasPadamalhamdulillah Amie boleh terima dua2... he he he ayam kampung sekarang dah naik taraf, duduk dalam reban siang malam dibagi makan.
Hazila,
memang kenduri ni... sup auam jantan sebelanga!
Ummi,
memang meriah! sanak saudara datang tak putus-putus...
MP,
tak cukup semangkuk boleh tambah lagi... ada sebelanga besar!