Selamat petang semua. Rindunya dengan dunia masak-memasak. Sehari tak ke dapur bagaikan bertahun lamanya tak berperang dengan periuk belanga. Entah bila agaknya Amie boleh mencemar duli ke dapur... nampaknya tak berasaplah Amie's Little Kitchen buat beberapa ketika sementara menunggu tuannya yang dikasihi oleh sidia bagaikan menjaga intan berlian ini benar-benar sihat. Bila terbau semerbak hidangan dari dapur teman-teman tiba-tiba teringat pula resepi-resepi yang sudah 'basi' yang dhasilkan entah bila tapi sebenarnya masih lagi enak untuk santapan mata. Alkisahnya terjumpalah resepi di bawah ini yang tertinggal ketika sibuk menguruskan pelbagai hal sewaktu si dia mendapat rawatan di hospital tempohari.
Resepinya ringkas sahaja, hanya masakan singgang tapi kalau makan ramai-ramai, siap pecahkan lagi cili padi tu, memang berasap telinga dibuatnya! Adapun macam-macam cara orang masak singgang, mungkin cara Amie mudah saja tapi tak kisahlahkan kalau Amie masukkan sebagai menambah koleksi resepi. Entah betul entah tidak apa yang Amie buat, Amie masukkan daun limau purut sebab suka baunya yang harum. Resepi ini nanti bolehlah dibuat rujukan, kalau bukan kawan-kawan, mungkin anak cucu pada masa akan datang. Maklumlah, dunia semakin canggih, jadi semakin banyak pulalah resepi warisan walaupun mudah tapi mungkin akan dilupakan. Jadinya, marilah kita tambah koleksi, marilah kita jadi bahan rujukan!
Resepi : Ikan Bolu@Milkfish Masak Singgang
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bolu@milkfish seberat 600 gram - potong 5 keping dan bersihkan
2 biji tomato - belah 4
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
3cm halia - diketuk
3cm lengkuas - diketuk
3cm kunyit hidup - diketuk
3 biji bawang putih - dipecah
3 biji bawang merah - dipecah
1/3 sudu lada putih - tumbuk
1 labu bawang besar - mayang kasar
10 biji cili padi
1 keping asam gelugur
1 sudu stok ikan bilis
600ml air
Cara:
1. Didihkan air. Masukkan semua bahan di atas kecuali bawang besar dan daun limau purut dan stok ikan bilis.
2. Apabila air telah mendidih masukkan ikan dan biartkan sehingga ikan masak.
3. Akhir sekali masukkan stok ikan bilis, bawang besar dan daun limau purut. Biarkan seketika.
4. Angkat dan hidangkan panas.
P/S: Nak kongsi buah pelik di bawah ni kejap.
Amie pernah paparkan gambar buah ini dalam entri Rindu. Kami keliru adakah ia buah mata kucing atau buah apa. Kata Madiha, ini spesies longan. Makin lama buahnya makin besar. Ada yang sudah merekah walaupun kulitnya masih hijau. Kami cuba makan, rasanya manis... isinya pula tebal.
Hari demi hari, sebiji, dua tiga biji, empat lima biji kami petik dan kami makan sebab buahnya lembut bila dipicit. Rasanya pula tidaklah ada rasa buah mata kucing tetapi ada bau longan, ada bau buah laici. Nak kata buah laici kulitnya hijau, nak kata buah mata kucing atau buah longan... tak pula pandai bertukar warna kulitnya. Atau pun dek kerana jakun, tak sabar nak merasa buah ini maka belum sampai masanya untuk masak ranum... kami sudah petik sebelum sempat kulitnya bertukar warna!
Buahnya boleh tahan besarnya. Kalau masuk genggaman Amie memanglah tak muat tangan. Isinya nampak tebalkan.... ada serabut di kulitnya.... Alahai memang kami betul-betul jakun kot! Berapa biji pun yang kami makan, tak pula rasa mabuk! Malah ingin petik lagi... dan lagiii....
Bila dibuang sabutnya yang halus, nampaklah isinya seperti di atas. Eh... buah apa ni? Buah longan gergasi ke? Atau buah laici tak masak? Adoiii...... si jakun nak tahu sangat buah apa nih! Entah-entah buah mata kucing....entahlah.
Salam kak amie! ikan bolu??? pestaim kita dgr :D kalau masuk blog akak ni byk benda baru yg kita belajar sbb kita lain2 keturunan kan kak :D tp kita ni pun ank jawa tak tahu jugak kdg2 tu apa2 yg brkaitan jawa ehehe... ikan darat ke laut kak? sambal yg kat bwh tu pun kita jakun hihihi... byk betul jakunnyer kalau masuk blog akak ni ehehe..
BalasPadamSalam k.amie...
BalasPadamdah terlalu banyak ngences tengok ikan singgang tu..sbb x sempat lunch (sibuk sgt)... melampau sesangat akak ni...hihihi..
rasa macam terjakun lah pulak tengok buah tu..
WEee....hai...akak suka sangat singgang...selalunya kalau dapat akak hirup habis....
BalasPadamSalam Ika,
BalasPadamdah banyak kali kakak masukkan ikan bolu dalam blog, memang ramai yang tak kenal, tapi ada juga yang memang tahu ikan ini... nak sebut nama orang sana tak pula tahu, jadi sebut ajelah gelaran ikan orang sini he he hehhh.
Salam Ucu,
sibuk buat apa tu sampai tak sempat lunch, kang datang gastrik kang baru terbongkang ha ha hahh, atai banyak sangat terima tempahan, bolehlah minta kakak bantu bagi hanguskan kek Ucu tu....
nampaknya kita ni 2 kali 5 jakunlah Ucu...
Kak Paty,
banyak2 menu... singgang juga yang sedap dihirp ye kak Paty....:)
saya pun x pernah kenal ikan bolu tu kak...mesti sedap kan rasanya. kalau kat semenanjung dipanggil ikan bolu jugak ye?
BalasPadamamie..wahh dah lama jgk sy x masak singgang..hirup kuah tu panas2 sedap;)
BalasPadamCheq Sue,
BalasPadamtak tahulah apa namanya di sana... ada sekali tu seorang blogger sebut nama ikan tu tapi tak ingat pula...
Zila,
tak puas makan lauk singgang kalau tak hiru kuahnya ye Zila... makin makan makin kaw!
besarnya kak buah tu..saya pun jakun gak..hehehhe
BalasPadamsedapnya singgang...hirup kuah dia masa makan nasi memang best!!
salam kak..
BalasPadamkulitnya masih hijau,dh leh mkn ke kak isinya....?sama beso mcm oren sunkist...
ikan bolu tak kenal tapi lauk singgang mmg suka..selalu makan mesti ada sambal belacan atau sambal kicap..wallla buh kuah bebnyk hirup gitu ajer...
BalasPadamsmga amie cepat sihat.. masih sedang bertapa ye.. take care..
BalasPadamQuinnie,
BalasPadamentah buah apa namanya tu ye...
memang sedap walaupun ringkas je nak sediakan singgang.
Myda,
walaupun kulitnya hijau tapi isinya manis, isi tebal.. tu yang buat tak sabar tu... tak sempat nak tengok kejadian akhir buah ni.
Kak Asma,
singgang gini style orang kampung kita masak, memang sedap tu kalau ada sambal belacannya! Terus hirup...slurrp slurrppp!
Dzana,
ya...masih meneruskan pertapaan, insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Kak Amie..Rahel paling suka klu ikan bolu dimasak singgang..sedap n lemak rasanya...
BalasPadamassalam kak amie>tak pernah dgr lak ikan bolu tu?nmpk isi ikan cam sedap tu..
BalasPadammak aih besarnya buah mata kucing tu..terliuq tengok isinya sangat pejal dan tebal
sy suka ikan bolu nie..1st time makan thn lepas ms blk tawau...rasanya lemak2..mak mertua suka masak serai...
BalasPadamKak Zai suka masak singgang tak kira ikan atau pun daging.
BalasPadamBuah tu macam buah longan pun ada,kalau mata kucing nampak besar pulak.
Amie, semoga sihat sejahtera.
BalasPadamPuaskah cuti di Semenanjung? Baru Ayah tahu ikan tu elok disenggang. Nanti bolehlah cuba. Buah 'pelik' tu rupanya pun nampak manis. Dulu tanam atau tumbuh sendiri? Alahai, kalau Ayah boleh dapat bijinya mesti teruja!
salam amie...mmg nmpk isi buah tu cm mata kucing kan...
BalasPadambestnya masak2 singgng cmni, mkn ngn nasi panas2 mmg boleh bertambah ni...
AMIE
BalasPadamAyah baru sedar bila melihat entri Amie yang lebih awal, mengenai kehilangan itu. Ayah turut bersedih sangat. Sabarlah, Amie & en. suami. Insya-Allah, dengan izin-Nya ada pula penggantinya nanti.
salam kak amie: x pernah tengok wani ikan bolu tu.. kalu masak singgang cam gini .. mak ayah wani memang suka lah hihi ..tentu pedas meletup.. buah yang macam kak amie tunjuk tu ,,wani pun ada tanam kat rumah ni .. entah lah kami panggil buah mata kucing brazil.. sebab kata orang pokok tu asal brazil hihi ... memang dah merasa dah buahnya sebelum ni .. ni nampak dah keluar buah pulak .. boleh merasa pulak la tahun ni ...
BalasPadamAs'alam Amie
BalasPadammoga kesihatan bertambah baik, rindu nak memansak ya, rehat2lah dulu kasi segar badan2 tu :)
ct kalau masak lauk singgag ni Amie mahu dihirup2 kuah tu semangkuk. makan bertambah, lagilah nampak cili api tu perghhh berpeluh juga dikala menghirup kuah yang panas tu..hehehe
suka lihat kebun Amie bermacam2 buah2an, kalau ct sampai kesana agak2nya masih berbuah tak erk..hehehe
Assalam kak amie,singgang sedapnyaaaaa kena pulak dengan sambal belacan mmg tak tolak punya,buah tu ermm saya pun jakun jugak tak pernah nampak
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamSeleranya kak Ros tengok singgang ikan tu....Emmmmm....
Buah ni kak Ros tak besa tengok pun...jakun jugak nih....macam buah laici ja kan....
salam kak..1st time dengar nama ikan tu..tergelak saya tau..mmg,walau pun simple tapi nmpk menyelerakan lauk akak tu..
BalasPadambuah longan tu buatkan saya rindu dengan buah-buahan kat malaysia..:(
Salam Kak Amie..masih berpantang yaaaa...Tak pelah, yang penting kesihatan terjaga...pasal nak perasap dapur tu, nanti samnpai gak waktunya...kan kan kan InsyaAllah semuanya sihat2 dan berjalan ngan baik...
BalasPadamBila tgk buah yang Kak Amie tunjuk tu,wahhhh besar gak saiznya..sayapun belum pernah tgk buah ni...Nanti bolehlah poskan benihnya kat saya sekali..boleh gak saya alami bersama rasa kejakunan itewwwwww
Rahel,
BalasPadamjangan lupa dong... lemak diperutnya yang hitam itu jangan dibuang ya...
Lina_pg,
entah apa namanya kalau di semenanjung, tapi kalau Amie balik kampung pun memang belum jumpa lagi ikan tu.
Shidah,
memang berlemak terutama bahagian perutnya tu... memang sedap masak rebus-rebus!
Kak Zaitun,
BalasPadamentah buah apa ye... masak singgang memang sedap kak, kuahnya yang nak kena bubuh lebih-lebih...
Ayah Temuk,
agaknya pulangnya kami kali ini hendak jadi satu cerita ayah... itulah cerita kami seperti yang ayah baca dalam entri Kehilangan itu.
Pokok mata kucing gergasi ini kami tanam dari anak benih pokok, tak tahulah kalau boleh semai bijinya.
Liza,
sedap makan singgang di tengahari, kita hirup kuah sampai peluh2!
Wani,
BalasPadamoooh..Wani pernah dengar namanya begitu ye... bolehlah kita bagi nama mata kucing brazil! harap banyak buahnya tahun ini....
Ct Delima,
inilah Amie, tak senang duduk, ada sahaja yang gatal nak dibuatnya he he heh...insya-Allah Amie jaga kesihatan, doktor pun sudah pesan jangan banyak bergerak. Kena rehat banyak-banyak.
Bila Ct nak datang sini? Seronoknya!
Chik Mimi,
memang gandingan singgang tu sambal belacan kan... adeeeh! meleleh liur melelh air mata!
Ros,
BalasPadambanyak juga geng jakunnya kali ini ye... he he hehh
jom makan singgang dulu, pedulikan yang jakun tu...
Kamalia,
kasihan dia... rindu buah-buah Malaysia ye, tak pe balik sini nanti makan puas-puas ye...
Sue,
benihnya anak pokok... he he he nanti Amie pos ye...
masih berpantang lagi ni, sikit2lah....:)