Salam tengahari Khamis. Tentu rakan-rakan baru saja selesai menjamu selera. Apa agaknya hidangan tengahari ini ye. Amie ingin kongsi dengan rakan-rakan tentang sejenis resepi yang terkenal dalam masyarakat Melayu Cocos iaitu kepedel atau sesetengahnya memanggil cempedel. Kepedel@cempedel ini biasanya ditemui dalam nasi berkat semasa kenduri tahlil. Kalau di tempat kita lebih dikenali dengan nama nasi ambeng dalam kalangan masyarakat Jawa, tapi dalam kalangan masyarakat Melayu Cocos pula, nasi berkat pula yang sinonim dengan mereka. Oleh kerana semasa majlis tahlil allahyarham ayahanda, Amie menggoreng kepedel@cempedel jadi Amie ambil kesempatan untuk merakamkannya di sini. Menurut kakak ipar Amie, kepedel berasal dari perkataan pegedil atau bergedel, tapi menurut Encik Suami pula sebutannya menjadi cempedel. Entah kenapalah ada bezanya namanya itu. Apa pun resepi kepedel@cempedel ini Amie dapat daripada kakak ipar Amie yang memang keturunan Melayu Cocos tulen ketika kami sama-sama masak di dapur tempohari.
Resepi: Kepedel@Cempedel
Sumber : Mynah Rilay
Bahan-bahan:
1 mangkuk isi ikan tenggiri @ 600 gram yang telah direbus
1 mangkuk kelapa parut ambil isi yang putih
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 sudu lada putih
garam & serbuk perasa pilihan
1 biji telur
minyak
Cara:
1. Tumbuk bawang putih serta bawang merah serta lada putih hingga lumat.
2. Masukkan sedikit demi sedikit kelapa parut bersama isi ikan dan tumbuk hingga halus.
3. Keluarkan dan gaul sebati bersama garam dan serbuk perasa pilihan.
4. Pecahkan sebiji telur dan gaul bersama bahan tumbuk sehingga sebati.
5. Buat kepal-kepalan berbentuk lonjong sehingga habis.
6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng kepedel@cempedel sehingga timbul ke atas permukaan minyak.
7. Pastikan setelah keseluruhan kepedel@cempedel berwarna kuning keemasan, barulah di angkat dan ditoskan minyaknya.
Kalau Encik Suami bawa pulang nasi berkat memang Amie cari kepedel@cempedel. Kalau kita pecahkan kepedel ini, memang berderailah isinya dan bila digaul dengan nasi jadilah sebahagian dari lauk nasi itu.
Inilah rupa nasi berkat masyarakat Melayu Cocos. Lauk-pauknya biasanya pelbagai dan tidak semestinya sama. Bagaimanapun kebiasaannya, nasi berkat mengandungi nasi putih di bahagian bawah dan lauk-pauknya terletak di bahagian atas dengan beralas daun pisang. Antara lauk-pauknya termasuklah ayam goreng, sambal goreng, serunding, telur masin atau telur dadar goreng dan juga kepedel@cempedel. Lauk-pauk juga boleh dipelbagaikan bergantung kepada penyediaan tuan rumah. Ada kalanya makanan laut juga diletakkan termasuk ikan goreng, sotong atau udang.
Lauk-pauknya memang meriah tetapi bahan-bahannya juga mudah diperolehi. Sekurang-kurangnya dengan adanya nasi berkat di sini, terubatlah sedikit rasa rindu Amie dengan nasi ambeng! Bezanya nasi berkat di sini diisi dalam sebuah pinggan plastik dan hidangan lengkap ini dibawa pulang oleh kaum bapa atau kaum lelaki yang turut sama bertahlil. Rasanya nasi ambeng tidak dibubuh dalam pinggan, dan nostalgia lalu mengingatkan Amie tentang nasi ambeng yang diletak di sebuah talam besar serta dibahagi-bahagikan dalam setiap kumpulan. Tuan rumah pula sediakan daun pisang untuk bungkus nasi ambeng! Oh...! Tak sabar nak balik Selangor...nak makan nasi ambeng!
k.amie..ni 1st time sy tgok n tau benda ni wujud..mcm begedil pun ada ek..nak kena try jugak ni.
BalasPadamMungkin lebih kurang bergedel kita di Semenanjung cuma beza dari segi penggunaan ikan, ayam atau daging.
BalasPadamTak penah makan...
BalasPadamWahhh bestnya, puas makan sebab byk bahan2nya tu kak
BalasPadamKak Amie,ni kira begedil ikan la kan? banyaknya lauk dlm nasi tu..betul2 nasi berkat.
BalasPadamTeringat keropok lekor lah pula...
BalasPadamTak pernah makan nasi berkat, nasi ambeng pernah beberapa kali, ummi suka lah Amie..
salam amie..
BalasPadamnampak sedaplah amie..
kalau dah tempatnya kaya dengan ikan.. lauk lauk kenduri pun diperbuat dari ikan ye! mmg sedap! MaDiHaA memang sukakan ikan! hehe..
sy pun dah lama teringin nak merasa nasi ambeng... nak masak sendiri belum kesampaian lagi..
Salam Amie,
BalasPadamSedapnya nampak cempedel tu, mesti rangupkan.
Meriah sungguh lauk pauk nasi berkat. Pertama kali tengok. Amie di mana sebenarnya.
pertama kali tahu menu ni kak amie... sungguh menyelerakan... dtg blog kak amie je mesti byk menu2 pertama kali tahu...tambah ilmu...
BalasPadamAssalam Amie..cuma bezanya nasi ambeng campur mee ye amie..nasi berkat ni cuma ada lauk2 je.
BalasPadampestaim dgr nama hidangan ni..unik tul nama dia..ala-ala begedil gitew.
BalasPadamtak kisahlah nak nyebut camner pun janji sedap. nampak menyelerakan.
BalasPadamPen Biru,
BalasPadamKak Amie pun kalau tak sampai sini, tak tahulah pulak ada satu etnik Sabah yang ada resepi begini.
Hazila,
betul tu Hazila, sebab di Pulau Cocos-Keeling (asal belah suami) memang kaya dengan hasil laut terutama ikan, itu sebab timbul kreativiti buat kepedel ni.
Cik Cek,
Memang rasanya tak ada di tempat kita tu Cik...
Aju,
BalasPadammemang puas makan, banyak lauk-pauknya.
Rahel,
iyelah tu kan..pegedil ikan, memang banyak lauknya.
Ummi,
Amie pun rindu sangat nak makan nasi ambeng terutama yang dimasak waktu kenduri (bukannya yang dijual di pasar malam tu... hu hu huuu lain aromanya!)
Madiha,
BalasPadamcerita pasal nasi ambeng ni, rasa tak sabar nak balik kampung!
Kunang-Kunang,
memang meriah lauk-pauknya. Amie di Lahad Datu.
Hanis,
lain tempat lain budayanya, lain kaum lain lauk-pauknya ye Hanis.
Acik Erna,
BalasPadamye...nasi ambeng ada mee atau mee hoon...aduh! tak boleh tahan ni asyik cerita nasi ambeng! rinduuuu...
Lina,
agaknya spesies pergedil jugalah tu...
Liza,
memang sedap Liza, dapat sebutir pecahkan dan tabur atas nasi putih, jadilah dia sebagai lauk.
sedap ler nasi berkat tu kak amie,a ahlah macam bergedil
BalasPadamMalam Kak Amie.. belom pernah makan lagi tapi kayanya enak nya.. banyak yah kak lauk nya nasi berkat nya.. nyam..nyam
BalasPadamkenapa tak penah jumpa pon...huhuh...kinabatangan ni majoriti kaum sungai...kalau lain pon bugis jela...cocos sorang dua je ada...itu pon asal dari tawau..
BalasPadamfirst time tengok rupa nasi berkat..banyaknya benda baru saya tau kat sini..
BalasPadamWah Amie yang ini akak belum pernah try..nampak syok...bolehlah masuk my things to do do list. Buah anggur macam mana...
BalasPadamHye sis..singgah blog..cute lak nama mknan cempedel..hihi..mcm brgedel jek..tpt sy slalu nasi ambeng ltak brgedel..jawa sgmat..hikhikhi
BalasPadamChik Mimi,
BalasPadambanyak lauk-pauknya ye Chik.
Melly,
lauknya mudah-mudah dan senang dimasak, tapi banyak ya.
WC,
Amie pun banyak dapat benda baru di tempat orang.
Kak Paty,
BalasPadammemang syok he he hehh... anggur okey saja.
Muzel,
ooo.. kalau nasi ambeng bubuh begedel mesti sedap tu! Kak Amie kejar begedel dulu!
Nani,
BalasPadamsuku kaum Cocos hanya bertumpu di Beluran, Lahad Datu, Kunak dan Balung saja. Kalau setakau 1 atau 2 orang, memanglah sukar untuk kita lihat dengan jelas amalan budaya mereka.
Nani,
BalasPadampembetulan: bukan Beluran tapi Pamol.
saya pernah tengok masyarakat melayu cocos ni kat tv je...hehehe..
BalasPadamsedapnya kak nasi berkat akak ni...saya suka nasi ambeng jugak..nasib baru2 ni dpt sebab MIL makcik buat kenduri hantar kat surau..hehehe..
sedapnya mie..
BalasPadamlamanyer tak terjah sini
BalasPadamakak cihat????
memula tgk ingatkan ubi apa tadi...dush hahahaha
menu sabah memang unik la
Salam Amie
BalasPadamNi baru pertama kali akak dengan.. nama makanan ni.. masyarakat Melayu Cocos pun akak baru pertama kali dengar.
Boleh akak tu lebih lanjut tentang masyarakat Melayu cocos ni?? asal keturunan sebelah mana dan datang dari daerah mana?
Mungkin ada pengaruh dari mana2 negara di dunia ni..
menarik sangat akak suka pula nak tau lebih lanjut..
salam kak amie..serius,1st time baru dengar nama tu..tapi,tengok resipi memnag nampak sedap sangat..
BalasPadamsy first time tgk...banyaknye lauk nasi tu..xth mane satu nk ngapp dulu..hehe
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamkalau masuk aje dapur Amie ni, pasti terhidang menu yang pelik dan sedap2. Baru pertama kali dengar dan lihat kepedel ni Amie. Sangat unik kan kalau kita tengok. sebenarnya makanan ni kebanyakkan nya ada sikit2lah serupa tapi bila dah di bawa kemana2 menu diubah dan jadilah bebagai2 nama dan bentuknya. memang nampak sedap, berselera pulak tengok pagi2 ni :)
First time dengar masakan ni. Nampak sedap pulak nasi berkat tuu
BalasPadamQuinnie,
BalasPadammasyarakat Melayu Cocos hanya komuniti kecil di Sabah, sedikit di Pulau Christmas, Singapura, dan Australia Barat.
Ibundo,
memang sedap walaupun lauknya ringkas tapi pelbagai.
Lady Ayu,
memang ada rupa ubi ye... ha hahahh
Azlita,
BalasPadamnanti Amie cerita di dapur Ita ye... pasal pengaruh tu memang ada, buidaya Melayu Cocos dipengaruhi budaya masyarakat Scotland /Scottish tempat asal tuan tanah John Clunnies Ross.
Kamalia,
inilah kelebihannya kita kongsi info ye Kamalia, kongsi makanan & budayanya sekali.
Nens,
memang lauknya pelbagai, tapi penyediannya ringkas saja, bahannya pun mudah... telur dadar , ayam goreng gitu..
Ct Delima,
BalasPadammenu-menu ini adalah menu tradisi sebelah suami, mana yang ada tu Amie kongsi bersama untuk teman-teman yang sudi datang ke dapur Amie. Terima kasih Ct sudi selalu datang sini, jumpa pula menu pelik-pelik ye Ct... he he hehh
SweethOne Y,
banyak sebenarnya menu masakan dalam dunia ini... tak terkira!
Assalam Amie, lamanya akak x jenguk sini...x dan2, bnyk jgk blog x sempat akak kunjungi...Waaah tengok makanan Amie hidang ni...terasa kelainan yg amat sgt.. x pernah tgk makanan masyarakat Melayu Cocos ni.. :)
BalasPadamTak pernah rasa cempedel ni, sekali tgk bentuk dia cam kuih cikmek molek pula hehe
BalasPadamSalam kak amie! MERIAHHHHHHHnyer tgk nasi tu! berkat :D nostalgia betul nama berkat nii, selalu kalau mak balik dr kenduri2 tunggu berkat aka nasi bungkus dr umah org kenduri :D bergedel pulak pestaim tgk jakun betul kita niii :D
BalasPadamsalam....wah da kalahkan org cocos msk.trbaik la kak, brliur sya tngk.
BalasPadam