Pages

Khamis, 1 Disember 2011

Sambal Tempoyak Kak Ct

Tiba-tiba teringin makan sambal tempoyak! Stok tempoyak masih ada lagi dalam peti ais. Cadangan awal Amie nak masak lemak cili api pucuk ubi dengan tempoyak, bubuh udang basah dan juga hirisan daun kunyit...adeeeehhh..... meleleh liur bila teringat resepi istimewa  ini yang pernah kawan  dari Negeri Sembilan bawa dari kampungnya. Sampai hari ini teringat-ingat, tapi bila buat sendiri macam tak berapa sedap. Oleh kerana hari ini ada tugasan di sekolah, balik pun lewat sedikit, Amie masaklah mana yang terdaya. Selepas mengubati gelora rasa dengan segelas jus mangga di bawah, Amie cari-cari Encik Google untuk memilih resepi yang ada kaitan dengan tempoyak dan bahan yang Amie ada di dapur. Akhirnya terjumpalah resepi Sambal Tempoyak Kak Ct dari blog Nadiacomeneci di SINI. Kata Nadia, resepi Sambal Tempoyak ini diperolehi dari seorang kawan baiknya  yang bernama Kak Ct semasa bekerja di pejabat lama dahulu. Oleh kerana resepi ini sangat sedap, menurut Nadia sehingga ke hari ini Sambal Tempoyak Kak Ct menjadi salah satu lauk kegemarannya. Izinkan Kak Amie kongsikan resepi Sambal Tempoyak Kak Ct di sini untuk tatapan teman-teman pengunjung ye Nadia cayangggg.......



Resepi: Sambal Tempoyak Kak Ct
Sumber: Nadiacomenenaci
Sumber Asal: Kak Ct FAISBWJ

Bahan-bahan:
5 papan petai
5 biji bawang merah
8 biji cili api - Amie tambah 7 biji lagi, 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
segenggam ikan bilis
3 sudu tempoyak
3 sudu minyak
sedikit air
sedikit garam dan perasa

Cara:
1. Tumbuk bawang merah dan cili api - hanya pecahkan / tak perlu lumat
2. Masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
4. Masukkan petai. Kacau rata.
5. Masukkan sedikit garam dan perasa.
6. Masukkan tempoyak dan gaul rata.
7. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.





Amie hidangkan Sambal Tempoyak Kak Ct bersama ikan talapia hitam goreng. Waduh! bahaya ni....beberapa kali tambah nasi sampai si dia pun pandang kita beberapa kali dan sempat bertanya dengan suara perlahan......... ada apa - apa ke? 



Tak ada apa-apa........ Sambal Tempoyak Kak Ct memang sedap! 


31 ulasan:

  1. Hari2 makan macam ni boleh masuk pertandingan bina badan la hehe

    BalasPadam
  2. WC,
    ha ha haaaa...lepas tu kita masuk The Biggest Loser ye WC.

    BalasPadam
  3. Wow sedapnyaa..leh terasa2 sedapnyaa sampai ke sini haa.. :)

    BalasPadam
  4. fuhhhhh...sedapnya...makin kembang ler badan lepas ni yer...hehheheh

    BalasPadam
  5. Rinna,
    ooohh...sampai sana ye...memang sedaplah tu!

    MP,
    he hehhhee...kembang semangkuk takpe Mp!

    BalasPadam
  6. Adoiai!...bau tempoyak...petai...sampai kesini tau...tak tahan ooooo...kak cek suka ...kak cek suka...:) boleh tumpang makan ke Amie...

    BalasPadam
  7. Kak Amie..Yana pantang lah dgn tempoyak nii..pantang tgk..mmg nk terkam hihiii..bau tempoyak dh smpai penang..adusss..sedapnyaaa..

    BalasPadam
  8. as'salam Amie

    apa khabar Amie, lama betul tak kesini ya. rindu sangat2 dengan masakkan Amie.

    nak mintak sikit, ct tak pandai makan tempoyak, jadi jamu mata jerlah ya..

    BalasPadam
  9. Tempoyak + petai = mengancam habis...lapar.

    BalasPadam
  10. salam amie,ini lauk fav akak jugak..bila dah tak tau nak makan apa,ini lah yang akak sajikan..pembuka selera lauk gini kan?

    BalasPadam
  11. Assalam amie, perut dh kenyanp pun terasa mcm lapar lagi bila tgk sambal tempoyak, petai, n ikan talapia tu sedapnya amie, 3 pinggan pun tak sedar diri ni heheh

    BalasPadam
  12. alamakkk..tempoyakk, buat ida terliur jer k'amie ni...ada petai lakk tu..adehhhh...
    maceh yer kak di atas ucapan hari tu

    BalasPadam
  13. wah sambal yg mudah, nampak pun sedap sangat! suka petai! hehe..

    BalasPadam
  14. selamat malam Kak Amie...dah bobo' k?...Amboii..goda Rahel lagi ee..tengok sambal tempoyak yg ada petai ni memang menggamit selera..suka la.

    BalasPadam
  15. sedapnya kak..memang menyelerakan:)

    BalasPadam
  16. wah..sambal tempoyak ngan petai memang sedap....boleh cuba cara ni pulak..sebab bertumis..selalu saya kacau2 je gitu2 atas api...sedapnya cicah ngan ikan....

    BalasPadam
  17. Amie, datang pagi2 dah kecur air liur ni, boleh bayangkan kesedapannya..

    BalasPadam
  18. best tgk ikan besaq tue la kaka
    ai khen bab tempoyak mmg kureng sket
    makan pow x biasa...jakun giler khen
    hahaha jgn gelak taw ngeeee

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Amie,
    Kesian kat kita di sini sebab tak makan tempoyak, jadi perati dari jauh jer la....

    BalasPadam
  20. Cik Cek,
    laukpauk kampung memang sedapkan Kak Cek!Mehlah...jangan segan-segan, kita makan sama.

    Yana,
    jom sama-sama terkam tempoyak ..he hehehh

    Waalaikumussalam Ct,
    kita pun rindu kat masakan Ct bila Ct cuti tinggalkan dapur,
    memang ada sesetangah orang tak pandai makan tempoyak Ct... he heheh cuci mata ajelah ye Ct.

    BalasPadam
  21. Yatie,
    best ni makan waktu tengahari...peluh pun ikut meleleh!

    Kak Anim,
    memang terbuka habis pintu selera kita kak...aduiiii

    Rosa,
    betul tu Rosa, Amie di sini susah nak dapat ikan talapia,memang tak sedar diri kalau makan begini, goreng saja pun sodap!

    BalasPadam
  22. Ida,
    ada bawa stok tempoyak ke Jepun tak Ida?

    Asmara,
    memang sangat mudah Asmara, masaknya pun kejap je dah siap.

    Rahel,
    kalau makan reramai lauk ginikan, mesti rebut-rebut, yang tak sedap pun jadi sedapkan!

    BalasPadam
  23. Nieza,
    waktu masaknya pun dah leleh air liur..he he hehh

    Quinnie,
    masakan yang ringkas dan mudah, tapi sungguh menyelerakan!

    Ummi,
    terima kasih Ummi sudi bertandang, ini mesti bau tempoyak & petai dah sampai ke Kuching ni...

    BalasPadam
  24. Lady Ayu,
    takpe, tak makan tempoyak masih ada menu lain yang menyelerakan, memang ikan goreng tu sodap Ayu!

    Wattie,
    ooo...siannya dia, datang dari jauh...sampai sini perati aje...nanti Amie masak yang lain untuk Wattie yea.

    BalasPadam
  25. aduss tempoyak kegemaran..
    lauk2 kampung mcm ni lagi membangkit selera kan..kalo makan nasik ngn budu je mau 2 pinggan menambah..hoho

    BalasPadam
  26. Nens,
    adui Nens....disebutnya budu pulak... teringlah pulak nak makan nasi kerabu!

    BalasPadam
  27. Aslmkum amie.. lum pandai mkn tempoyak la.. jakul tul kan.. hihihi.. nmpk sedap..

    BalasPadam
  28. Salam kak amie..huish tak tahan tengok petai tu..meleh air mata..sebab tak dapat makan..

    BalasPadam
  29. kat rumah ucu ada tempoyak yg blm lagi dbuka..k.amie tolong masakkan boleh..
    rasanya kalau akak yg masak lagi sedap la dari masakan ucu ni...(ayat org malas..)

    BalasPadam
  30. dZana,
    mari berkenalan dengan tempoyak... mula-mula hidu baunya dulu, kemudian rasa sikit...masin,masam, manis...

    Kerull,
    aduduiiiii....ciannya dia, lap airmata tu dik...meh sini, kakak hidangkan sambal tempoyak, kita makan sama-sama ye.

    Ucu,
    memanglah kalau dah ada tempoyak berlonggok depan mata,malas nak buat ye Ucu... untuk pengetahuan Ucu, di sini tak ada orang jual tempoyak tau, kak Amie buat sendiri ni... tu sebab rajinnnn je nak masaknya...he he hehh, juga sebagai menghargai usaha keras kak Amie buat tempoyak.

    BalasPadam
  31. perghhhh!tengok gambar je tau dah, terbaik!

    BalasPadam