Pages

Selasa, 20 Disember 2011

Pengat Pisang & Keladi

Jom cuci mulut dengan Pengat Pisang & Keladi. Nampaknya pisang nangka yang Encik Suami bawa dari kampung sudah masak ranum tapi belum terusik. Jadi petang tadi Amie rasmikan dengan membuat pengat daripada 3 biji buah pisang nangka dan campur dengan keladi serta jagung. Hasilnya jadi satu periuk! Encik Suami hantar separuh ke kampung untuk FIL. Alhamdulillah!


Resepi : Pengat Pisang & Keladi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji pisang nangka - buang kulit dan potong serong setebal 1cm
1 biji keladi - buang kulit dan potong dadu
1 tin jagung
1/2 cawan biji sagu - rendam hingga kembang
250gram gula melaka - larutkan dalam 200ml air panas
200ml santan
sehelai daun pandan - disimpul
secubit garam

Cara:
1. Rebus keladi menggunakan 300ml air hingga empuk bresama daun pandan.
2. Masukkan jagung, dan pisang.
3. Masukkan air gula melaka dan secubit garam.
4. Masukkan santan diikuti dengan biji sagu.
5. Kacau sehingga biji sagu kembang dan keluar buih kecil.
6. Matikan api.
7. Pengat Pisang & Keladi sedia untuk dihidangkan.



Ada sesiapa berminat? Apalagi...ambil seorang semangkuk. Jom makan.

27 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,

    Nur cop dulu 1 mangkuk buat mkn mlm nie....kira2 night dessert...hehe...dah lama tk mkn pengat pisang...sedap nie...

    BalasPadam
  2. fav sy ni amie.. suke pisang .. lebih2 lgi klau dibuat pengat..

    BalasPadam
  3. Salam Sejahtera
    Blog yang menarik ~~~

    BalasPadam
  4. Amboi kak... Sampai nak melimpah yg dlm mangkuk kecik tu...mehla buat rasa sesudu dua hihiii

    Sy gemar jugak pengat2 ni tp cik abe tu tak reti makan.geram la... Padahal bukan susah pun kan... Masuk je mulut kunyah2 telan hahahaa

    Baru tadi beli keladi kat mydin.cadang2 nak buat gulai lemak esok.... Nyump2...

    BalasPadam
  5. nak 2 mangkuk. lama x mkn nih kak! keladi takde pulak kat sini. :D

    BalasPadam
  6. as'salam kak fv kita ni pegat2 atau bubur2 ...suka sesangat....

    BalasPadam
  7. wah sedap nya.. kalo melly ini di panggil kolak pisang dan keladi.. mau kak 2 mangkok bisa makan pengat nih sambil blogging.. hehe

    BalasPadam
  8. Amie..kalau datang rumah Amie tak kira siang ke malam, mesti ada rezeki menunggu. Ummi dah habiskan semangkuk ni, hik!

    BalasPadam
  9. salam amie..
    akak datang nak angkut dengan mangkuk2 sekali bawak balik.. hihi

    sedap ni makan pengat musim ujan..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum..
    sedapnya pengat.. kat umah nani ada serawa,, hehehe.. desert org lama kan.. :) nyum nyum.. sedapppnya.. amie pun suka makan keladi ye.. sama lah...

    BalasPadam
  11. ting tong tin tong...hehe..datang sini nak ambik pengat semangkuk..adeeii sedapnya..

    BalasPadam
  12. As'salam amie

    lamanya tak buat pengat kat rumah ni Amie. boleh kira kot dalam tahun ni 2-3 kali jer..hihihi. ct mintak semangkuk jugalah nak merasa. hari ni pun gagahkan juga ngadap laptop sebab semalam 1 hari sakit kepala tu yang tak ada mood sikit nak duk depan laptop. Harap2 hari ni ada kurang nya..

    BalasPadam
  13. Nuridah,
    banyak pengatnya ni Nur...ambil lebih2 ye.

    Dzana,
    pengat orang dulu-dulu ni Dzana.

    Hassan,
    terima kasih sudi datang.

    BalasPadam
  14. Fiza,
    biralah orang tak mahu makan, kita makan saja....rugi kalau tak rasa tak tahu sedap tidaknya.

    Yatie,
    silakan ambil...memang masak banyak.

    Asmara,
    silakan As...keladi memang sedapkan!

    BalasPadam
  15. Sheila,
    sesekali buat pengat memang sedapkan Sheila.

    Melly,
    ooo...kolak ya...kolak pun kolaklah...ambillah 2 mangkuk buat bekal blogging, happy blogging Melly.

    Ummi,
    makan sampai kenyang ye Ummi, esok datang lagi.

    BalasPadam
  16. Azlita,
    baik-baik bawa mangkuk tu ye Ita, tengah hujan ni..jalan licin, kang jatuh pulak.

    Jassnani,
    keladi sedap apa....kenyal je rasanya.

    Kasih,
    boleh... biar cepat habis, nanti boleh buat lagi. Banyak lagi pisang.

    BalasPadam
  17. Rahel,
    ambil Rahel... jangan pulang dengan tangan kosong.

    Ct,
    Amie pun dah lama tak buat pengat,
    bawa-bawa berehat Ct, jangan paksa diri buat kerja.

    BalasPadam
  18. Amie..sedapnya nampak...duk dlm pantang sama mcm time prggy..teringin mcm

    BalasPadam
  19. sedap makan panas2 waktu snow tgh turun ni akak ngeee

    BalasPadam
  20. Salam Kak Amie..sedapnya pengat..Lama betul tak buat, kalau ada keledek pun sedap campurkan sekali kan....

    BalasPadam
  21. wah sedapnya..qema tak pernah buat pengat pisang campur jagung, dapat idea dari kak amie ni nanti nak cuba la..

    BalasPadam
  22. wah sedapnya pengat..macam2 ada kat dlm dia....saya tak pernah buat pengat pisang + keladi ni...keladi pun jarang beli...takut sebenarnya nak makan..takut gatal tekak...hahahah..tah hape2 saya ni kan..lain kali kalau jumpa keladi nak beli la..nak buat pengat..:)

    BalasPadam
  23. dah nak melempah dah mangkuk tu...bak sini ucu bagi habiskan...

    BalasPadam
  24. Suri,
    mehlah ...makan sikit!

    Lady Ayu,
    tak terasalah panasnya kalau makan time salji turun ye Ayu..

    Sue,
    memang sedap bubuh keledek,manis!

    BalasPadam
  25. Qema,
    sedaplah Qema walaupun cacamerba gini.

    Quinnie,
    keladi gatal tu yang tumbuh dalam air kot, tak pernah pulak termakan keladi gatal he hehehh

    Ucu,
    rezeki melimpah ruah ni Ucu..jom makan sama.

    BalasPadam