Pages

Khamis, 22 Disember 2011

Mee Sup Seafood

Petang ini cuaca mendung. Suasana redup. Hati Amie rasa pilu sangat..... pedih, terasa bagai disiat sembilu... tapi sebenarnya lebih daripada itu. Kenapa Amie? He he heh... anak-anak minta Amie buatkan mereka Mee Goreng Seafood. Amie buatkan untuk mereka. Nampak macam sedap tapi rasa tak berselera pula. Ikutkan rasa badan binasa. Kalau ikutkan hati nanti mati. Baiklah Amie buat Mee Sup Seafood. Mana tahu ada selera untuk menjamahnya. Bahaya kalau terus melayan perasaan. Kalau gastrik datang menyerang, siapa susah? Amie juga yang sakitkan? Baiklah tinggalkan dulu bab melayan jiwa, kita layan dulu selera. Buat gempaq aje Amie petang ni ye....ngada-ngada pula!


Resepi: Mee Sup Seafood
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan:
400 gram mee kuning - celur dan toskan
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili merah
air secukupnya
minyak

Bahan A:
10 ekor udang harimau - buang kulit dan belah belakang
20 biji bebola ikan
2 keping kek ikan
1 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil
1 rumpun sawi - potong-potong
1/2 batang lobak merah - potong bulat
1 sudu serbuk pati ayam
1/2 sudu lada putih - tumbuk

Bahan B:
1 labu bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
1.5cm halia - hiris halus
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan B hingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan Bahan A dan masak selama 5 minit.
4. Letakkan mee kuning di dalam mangkuk.
5. Tuangkan bahan kuah.
6. Hias dengan hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah.
7. Hidangkan bersama Sambal Kicap dan juga limau kasturi.


Sambal Kicap dari n3 Mee Hoon Sup. 



Sebenarnya..... Amie terpaksa memperlahankan aktiviti masak-memasak kerana tugas lain sedang menanti. Esok Amie akan ke Sandakan untuk mengikuti satu program berkaitan dengan potensi diri. Kemudian ada beberapa jemputan kahwin saudara sebelah Encik Suami mulai hari Jumaat sehinggalah hari Isnin. Hari Selasa minggu depan pula, Amie menghadiri mesyuarat rasmi di Tawau selama 3 hari. Kemudian datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat guru pada 31 Disember 2011. Dan seterusnya....   mmmm, sebenarnya rasa sangat gembira dapat merempit masak. Walaupun musim cuti sekolah, tapi sebenarnya Amie ada tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang cuti ini, tapi semua tugasan itu Amie laksanakan di rumah sambil mengunjungi rumah teman-teman blogger yang lain.  Itu yang buat Amie rasa sangat sedih tu...sebab masa untuk bersama rakan-rakan blogger kembali terhad! 

23 ulasan:

  1. Betul-betul seafood ni.. pennuhh semangkuk seafood tu..

    Selamat kembali bermeeting dan bertugas Amie.. begitulah manusia ada prioriti yang harus diutamakan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,
    Fuhhh....nak semangkok!!!. Dalam dok susah2 hati pun boleh dok pekena mee sup ni lagi, itu sudah baguih hahahah. Begitula tugaskan Amie, ada masanya kita perlu membuat pilihan mana yg lebih penting. Apa apapun semuga semuanya berjalan lancar ya

    Pssst...kalau hati masih rasa gundah gulana, mai singgah kat Wattie Home Made, pekena smoothie yg lemak berkrim.....ahaks....

    BalasPadam
  3. sedapnyerr...bhn2 nye pun sng...nanti kalo nurha da ade mood memasak nurha nk cube lah...selamat bertugas Pn Guru!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..mewah betul mee sup akak ni...macam2 ada...

    Selamat kembali menjalankan tugas...Jangan sedey2 yaa kak,kerana itulah yang lebih keutamaan.Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya...

    BalasPadam
  5. ohhhhh feveret ku ni, sekrng juga ku kayuh basikal gi sana....tunggu !!!

    BalasPadam
  6. Assalam amie, meriah dan menarik sekali mee sup seafood ni, tergoda gak walaupun perut masih kenyang nih heheh.

    Amboi bznya cikgu kita ni, apa nak buat tugas kan amie..

    BalasPadam
  7. Che Mid,
    iyelah Che Mid... tengah syok merempit di dapur, kena balik semula ke sekolah!

    Wattie,
    Betul tu Wattie...apa pun masak tetap diutamakan, kalau perut kosong, perut anak beranak kosong tak bolehlah buat kerja ye, takde tenaga!

    Nanti tengok ada tempat kosong dak, kalau ada nak terus terbang ke rumah Wattie.

    Nurha,
    memang bahannya mudah Nurha, potong-potong rebus aje...siap!

    BalasPadam
  8. Sue,
    iyelah Sue...dapur tu bila2 masa boleh jengok, kerja tak berjengok kang dapur pulak tak berasap ye!

    Noor Masri,
    adoooiiii.... abad ke berapa nak sampai sini Noor.. ko nak kayuh basikal atas Laut China Selatan ye... kena baca mantera dulu tu...

    Rosa,
    agaknya paling senang buat mee sup ye, bantai je apa yang ada...
    dah mula terasa ni... kerja dah menunggu!

    BalasPadam
  9. wah sedapnya mee sup seafood tu..bolih anta kat rumah mama sikit tak?..he2x..

    BalasPadam
  10. melihat kicap tu je dah membuka selera...lengkap mee sup tu...semua ada :)

    BalasPadam
  11. Kalau dapat mee sup ni semangkuk,hilang segala duka lara ni Amie,hihii!

    BalasPadam
  12. Assalam kak amie cayang,alahai ngancam sungguh mee sup akak tuh..sambal kicap tuh yg xtahan tuh..Sy pon skang nih bz jer kak,blog pon xupdate,malas pon ya juga..Weekend lak da kndri,mmg byk jugalah.

    BalasPadam
  13. kak amie, untung betul org rumah kak amie ni, teringin nak makan penuh seafood dlm mangkuk mcm tu. :D

    BalasPadam
  14. fuhhhh..mngncamnya...kalau makan tak cukup smngkuk ni...

    Semoga Allah permudahkan segala urusan kak Amie..

    BalasPadam
  15. As'salam Amie

    maaf lah semalam tak sempat nak BW segala. memang terhad juga masa nak kemana2. Tambah2 lagi anak dara dah cuti nak balik rumah, kemas2 bilik dia sikit2. memasak pun alah kadar jer. buat sup ayam jer hujan2 laku lah kat rumah ni.

    Tapi kan kalau dapat menghirup kuah mee sup seafood lagilah terangkat. Yang buat ct kecur tu haaa..sambal kicap power berapi Amie tu...hehehe. Kaw2 betul perghhh...tak tahan godaan ni datang pagi2..hehehe

    Dah penghujung tahun ni akiviti semakin rancak baliklah ya Amie. CT doakan semoga Amie sentiasa sihat dapat melakukan tugas dengan baik dan menjadi seorang pendidik yang berjaya buat semua anak2 bangsa...insya'Allah A-minnn

    BalasPadam
  16. Mama Aini,
    mee sup seafood semangkukpenuh siap nak hantar ni...jangan tutup pintu ye.

    Kasih,
    tanpa sambal kicap rasa tak hidup mee sup tu Kasih.

    Ummi,
    betul Ummi...sesekali berdukalara elok juga untuk menghargai masa2 suka.

    BalasPadam
  17. WC,
    dah pos...dah terima belum?

    Myda,
    jemput makan Myda.

    Dana,
    kena curi2 masa untuk update blog...he hehehh.. pandai kita urus masa ye Dana.

    BalasPadam
  18. Asmara,
    keluarga kecil, senang diurus... masak apa saja, diorang mesti makan.

    MP,
    jom makan MP,
    ya...mudah2an ... kerja itu satu ibadah kalau disertai niat ikhlas.

    CT Delima,
    terima kasih Ct... insya-Allah Amie akan teruskan usaha bersunggh2 dalam kerjaya, sebab di akhirat sana pun yang diaudit ialah tentang segala yang kita lakukan di dunia ini... kena tunaikan amanah yang diberi.

    Nampaknya akan kembali sepilah dapur... masak pun mana yang sempat saja, kembalilah ke kantin semula he he hehh

    BalasPadam
  19. Boleh berpeluh tu makan mee sup dengan sambal kicap

    BalasPadam