Pages

Jumaat, 16 Disember 2011

Mee Hoon Sup & Kiriman Dari Dapur CT Delima

Menu Amie hari ini hanya hidangan Mee Hoon Sup yang ringkas. Resepinya adalah olahan tersendiri menggunakan bahan yang seadanya di dapur. Amie gunakan daging kambing bebiri dan juga cendawan shiitake untuk dijadikan masakan sup.


Biasanya, sambil mengemaskini blog, Amie akan mengambil kesempatan meninjau-ninjau Facebook. Oh! Kalau tengahari tadi terkejut beruk kerana mendapat jambangan bunga dan RVC dari UcuBakery, kali ini terkejut melongo pula dengan kiriman dari CT Delima@DCCT.

  

Amie cukup terharu menerima kiriman daripada Ct Delima. Sesungguhnya hubungan dalam alam maya amat memberi makna dalam hidup Amie. Kita saling memberi sokongan moral, saling mendapat motivasi dan menjadikan satu dengan yang lain sebagai sumber inspirasi. Di hari Jumaat yang mulia ini, Amie berazam akan terus bersama rakan-rakan yang lain untuk meneruskan perjuangan mendokumentasikan segala resepi warisan nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Insya-Allah, segala khazanah  yang kita kumpulkan pada hari ini akan menjadi rujukan generasi masa kini dan generasi akan datang. Buat Ct Delima yang budiman, jutaan terima kasih Amie ucapkan di atas susah payah Ct mengutus kiriman yang sangat bermakna buat Amie. Amie gantungkan di dapur Amie buat kenang-kenangan dan Amie jadikannya sebagai satu suntikan semangat untuk terus berkarya menerusi resepi-resepi  masakan. Semoga Ct Delima akan sentiasa menghasilkan masakan yang enak-enak dengan gambar-gambar yang sememangnya cantik dan menarik. Buat pengetahuan Ct Delima, Ct merupakan salah seorang rakan blogger masakan yang sangat Amie kagumi bukan sahaja melalui hasil hidangannya yang lazat-lazat tetapi juga menerusi bicara tulisannya yang amat tinggi nilai budi bahasanya.

Jadinya, hari ini sememangnya hari yang amat menyeronokkan buat Amie dengan kehadiran ramai teman-teman blogger sebaik sahaja Amie mengemaskini blog seawal pukul 12 tengahmalam pada 16 Disember 2011. Semua ucapan tahniah Amie ucapkan kembali dengan jutaan terima kasih dan sayang ikhlas dari hati. Tanpa anda semua siapalah Amie, dan apalah yang ada pada Amie's Little Kitchen.

Jom makan Mee Hoon Sup. Bismillah.


Pertama kali Amie buat Mee Hoon Sup menggunakan daging bebiri. Jom kita semak resepinya sama-sama.

Resepi: Mee Hoon Sup
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket mee hoon - rendam dengan air sejuk selama 1 jam dan celur seketika
600 gram daging bebiri (lamb) - potong ikut suka
5 kuntum cendawan shiitake - cuci dan rendam - belah 2 (jangan buang air rendaman)
1 labu bawang besar - belah 4
7 biji bawang putih - pecahkan
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 sudu lada putih - tumbuk
air secukupnya
minyak
garam / perasa / kiub / serbuk pati pilihan

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 batang bonggol pokok sup
1.5cm halia
1/2 sudu biji ketumbar 
1/2 sudu jintan putih 
1/2 sudu jintan manis 

Bahan hiasan:
telur rebus
daun sup
daun bawang
bawang goreng
hirisan cili merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta daging bebiri.
3. Gaul rata sehingga daging bebiri menjadi layu. Masukkan cendawan shiitake.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga daging bebiri menjadi lembut.
5. Masukkan lada putih, sedikit daun bawang serta daun sup dan juga bawang goreng.
6. Masukkan garam / perasa / serbuk pati pilihan.
7. Sup daging bebiri siap untuk dihidangkan bersama mee hoon dan bahan hiasan yang lain.



Jangan lupa bubuh Sambal Kicap. Oleh kerana kelmarin kelab kabut hendak terbang ke Meru ambil RVC dan jambangan dahlia di rumah Ucu Faridah, terlupa pula nak ambil gambar Sambal Kicap. Sambal Kicap di bawah ini Amie ambil dari Resepi Sup Ekor Amie minggu lepas.


Bahan-bahan:
12 biji cili padi
3 biji bawang putih
5 sudu kicap manis - Kicap Cap Kipas Udang (Habhals)
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 sudu kuah sup daging bebiri

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih.
2. Gaul dengan semua bahan yang lain.
3. Hidangkan bersama Mee Hoon Sup.


Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yang Allah beri.

14 ulasan:

  1. selamat ulangtahun
    semoga bermanafaat unk semua.
    minta semangkuk mee hoon tu boleh?

    BalasPadam
  2. Selamat ulang tahun juga dari saya. Mesti buat mee hoon sup nak jamu kami semua kan...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak amie cayang...
    Happy Anniversary buat Amie's Little Kitchen.. Tahniah buat akak.. moga akan terus berjaya d masa akan datang lagi.. :)

    akak.. memalam nie tgk mee hoon sup tu membuatkan perut nie berbunyi2 ler akak... sedapnya ...

    BalasPadam
  4. salam kak amiee;;;

    tadi ada terbaca pasal first anniversary blog kak amie tapi x sempat nak pergi melawat dek line tenet slow huhuh.. ..tahniah ya kak amie .. semoga terus maju dalam berblog hihi dan semoga terus banyak berkongsi resepi2 menarik, tertarik dan tergoda.. ;p .. ... sedapnya mee hoon sup lama dah tak makan ...

    BalasPadam
  5. terliur lagi tgk mee hoon sup ini..he2x..ya walaupun sahabat dialam maya tapi kita ikhlas ..ia akan berkekalan selamanya..hu2x..

    BalasPadam
  6. As'salam Amie

    Salam dihujung minggu, maaf mengetuk pintu rumah seawal pagi nak menghirup sup bebiri tu sekali. Alhamdulillah...pertama kali makan sup bebiri ni kenyang...hehehe

    Tr kasih sudi untuk menerima kiriman dari ct. Tiada apa yang nak disumbangkan untuk Amie dihari bahagia. Hanya tanda ingatan sebagai seorang sahabat semoga kita kekal terus bersama hingga bila2...insya'Allah

    BalasPadam
  7. sedapnya tengok bihun sup akak tu...besar2 daging dia..sukanya...tak pernah saya makan daging bebiri ni kak..

    BalasPadam
  8. Wah, K Amie... Nampak sedapppp mee hoon sup tu.... tp nurul pun x pernah lagi rasa daging bebiri... :)

    BalasPadam
  9. Kasih,
    terima kasih, insya-Allah semua dapat manfaatnya,
    ambillah semangkukmee hoon..bawa elok2 ye takut tumpah kuahnya.

    Hazila,
    terima kasih Hazila.
    Mee hoon sup ini memang untuk tetamu Amie's Little kitchen,jemputlah sama.

    Diana,
    waalaikumussalamcayanggg,
    terima kasih dik, sama-samalah kita teruskan usaha menyumbang resepi ye Diana.

    BalasPadam
  10. Wani,
    terima kasih Wani,
    Kak Amie pun lama tak makan me hoon sup, sedap!

    Mama Aini,
    mudah-mudahan persahabatan kita berkekalan... amin.

    Ct Delima,
    biarpun tengahmalam atau dinihari,Ame tetap alu-alukan kedatangan semua pengunjung... he hehehh dunia maya tak ada tidurnya ye Ct,
    terima kasih Ct atas kiriman itu, dah Amie gantung disudut dapur buat hiasan.
    jom teruskan perjuangan kita...

    BalasPadam
  11. Quinnie,
    sedap daging bebiri ni(bagi yang suka)....:)

    Nurul,
    dagingnya lembut...bagi Amie sedaplah sebab Amie suka....:)

    BalasPadam
  12. terliur sungguh nengok mee hoon sup tu...mmg peberet ni...nak semangguk buleh...???

    BalasPadam
  13. Amie...petang2 ni tengah lapor, tengok mee rasa terus nak terkam hik!, gambar Amie pun cantik2, menggoda..menggoda selera hehe..

    BalasPadam