Pages

Sabtu, 12 November 2011

Ikan Siakap Sweet & Sour

Selamat pagi semua. Sepatutnya pagi-pagi begini masukkan menu sarapan tapi ... kami sarapan beli, jadi tak payah masukkanlah ye..... Di bawah ini merupakan menu tertunggak lauk makan malam kami iaitu Ikan Siakap Sweet & Sour.


Resepi: Ikan Siakap Sweet & Sour
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap - sebab saiz ikan agak besar, Amie potong 2
1 sudu tepung jagung
minyak
garam

Bahan kuah:
3 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
1 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos plum
1 sudu serbuk pati ikan bilis - jika perlu
75ml bancuhan air tepung jagung

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta halia hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan sos plum.
4. Masukkan capsicum merah, hijau dan kuning. Kacau rata.
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga pekat.


Licin......sampai menjilat sirip ikan tu...

11 ulasan:

  1. Menu sarapan ke menu makan malam ke...emmmm...yg pastinya ....nampak sedapnya.....:D
    Morning Amie...sarapan ape pagi ni...

    BalasPadam
  2. Assalam amie, siakap sweet n sour mmg best, lemak manis ikan siakap yg lagi bestnya, tambah sos yg sedap huhu, mmg menjilat jari heheh

    BalasPadam
  3. Kalau beli ikan siakap, memang selalu masak sweet & sour pun...

    BalasPadam
  4. hehe ummi menjilat bibir je lah jawabnya sebab Amie dah makan licin hingga menjilat jari..

    BalasPadam
  5. salam K.Amie.apa kabar?windu ngan akakkkkkkkkkkkkkk
    Sedapnya menu ikan siakap tu..habih dah ker?

    BalasPadam
  6. Tengah memikir nk masak ape t/tahari ni...
    Sedap jugak kalau msk mcm ni...tp ikan siakap tak de plk ktvrmh ni...

    BalasPadam
  7. Mat tengah hari Kak Amie..
    Rahel suka ikan siakap sweet n sour..bila pg mkn kat restoran..selalu oder yg ni..memang sedap..

    BalasPadam
  8. Kak Ani pun suka jugak makan ikan sweet sour ni.

    BalasPadam
  9. ikan siakap sweet sour mmng sedap...

    BalasPadam
  10. kalo bab sos..akak guna sos apa ye...terkdg masak2 gunansos..dia menghasilkan rasa yg pelik..
    inform nora nanti ye..

    BalasPadam