Kalau dah 9 hari tinggalkan rumah, bila kembali semula seolah-olah memulakan hidup baru pula. Apa tidaknya, sebelum tinggalkan rumah operasi pembersihan peti sejuk dilakukan, yang tinggal hanyalah saki-baki makanan yang tak sempat dihabiskan. Ini cerita hari pertama setelah balik beraya di kampung..... dan cara untuk selesaikan masalah ialah dengan makan di luar, tapi bila start kereta..... bateri pulak tak berfungsi! Dipendekkan cerita, masuk semula ke rumah.... masak nasi! Perut yang berkeroncong minta diisi segera. Syukurlah ada beberapa biji telur ayam yang tertinggal. Tengok bahagian atas peti sejuk, ada pula beberapa ekor saki-baki udang. Tengok lagi di bahagian bawah, nampak dua tiga biji lada hijau yang mula bertukar warna kemerah-merahan. Buka kabinet dapur, terpandang pula jagung tin. Okeylah tu..... buat telur dadar ajelah!
Ikan sepat kering di atas tu Amie beli di Pasar Malam Bukit Cheraka. Amie kukus saja atas nasi. Limau nipisnya pula, bonda yang bekalkan (ambil dari rumah Kak Halijah semasa beraya di Perak) dan sambal tempoyak (tempoyak bawa 2 kg dari kampung..... syukur tak keluar bau dari bagasi.) Di bawah ini Amie kongsi resepi Telur Dadar Udang & Jagung.
Bahan-bahan:
5 biji telur
10 ekor udang - buang kulit dan cincang
2/3 cawan jagung tin
1 labu bawang besar - cincang
1 biji lada merah - hiris
1 biji lada hijau - hiris
1 sudu serbuk pati ayam
minyak
Cara:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati
3. Panaskan sedikit minyak. Tuangkan adunan telur ke dalam kuali.
4. Masak dengan api perlahan hingga masak.
5. Angkat dan potong ikut suka untuk dihidangkan.
Pada masa yang sama terjumpa juga secekak sayur kangkung. Suami pun hairan melihat keadaan sayur kangkung yang masih segar. Selalunya 3-4 hari letak kangkung dalam peti sejuk, keadaannya sudah tidak mengizinkan untuk dimasak. Agaknya sudah rezeki kami petang itu. Amie goreng dengan kerang. Kerang itu pulak memang Amie bawa dari kampung, siap berkopek! Masih dalam keadaan berais. Kebetulan ada lobak merah, campur sajalah jadi sayur cacamerba seperti di bawah ini.....
assalam amie..selamat hari raya, makan mcm ni lagi best dari mkn kat kedaikan, tambahan pulak perut dah apo
BalasPadamibarat menu terpaksa la ni ekkk
BalasPadamcurlastt akak express pow sedap gitew...ikan kering ayu suka mau plak goreng garing2...nk kena suruh umi pos la nanty :D
Wah kreatif akak masak...walau bahan simple tapi nampak sedap..
BalasPadamkalau dah lapar, menu simple pun jadi sedap..best pulak tengok menu telur dadar Kak Amie tu..copy resepi ya
BalasPadamSalam Kak Amie...Wahhhh sepat masin..saya pun sukeeee....boleh bertambah nasi...
BalasPadamsmlm baru mkn telur dadar..tapi x lotak udang...huhu
BalasPadamKak Rosa,
BalasPadamwaalaikumussalam & selamat hari raya,
kalau dah lapar masak apa pun rasa sedap je...
lady Ayu,
makan ikan kering jugak ye... wah nampaknya berganda-ganda harga ikan kering yang dipos naik kapal terbang... he hehehh
Qema,
bila dah terdesak, memang keluar segala kreativiti hi hi hiiii
maklong tengok ikan sepat kering tu yang tak tahan tu.. hehe..
BalasPadamIxora,
BalasPadamsila...silakan copy...
Sue,
suka sepat masin ye... tak semua tempat boleh dapat ikan ini ye Sue, kak Amie pun bawa dari semenanjung nih...
Papa Mifz,
tak kisahlah tak lotak udang sebab telur dadar bubuh apa-apapun memang sodap!
hmmm...lagi cepat dpt makan di rumah berbanding di kedai...menunya pon bleh tahan!! terliur tengok sepat tu...
BalasPadammenu bidan terjun pun menyelerakan!
BalasPadam