Pages

Rabu, 28 September 2011

Nasi Beriani & Daging Beriani

Assalamualaikum semua. Amie rasa rindu untuk bercerita dan berkongsi tentang resepi yang Amie masak. Sempena sambutan ulang tahun  ketiga-tiga anak bujang Amie pada hari Sabtu lalu, memang Amie tak sempat ambil semua gambar masakan walaupun pada mulanya Amie rancang untuk mengabadikan sebagai sebahagian daripada koleksi resepi Amie. Maklumlah.... walaupun tetamu yang datang merupakan rakan sekolah anak-anak, tetapi mereka perlu diraikan sebaik mungkin. Pada masa inilah kita berpeluang untuk beramah mesra dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Dan ada sesuatu yang sangat menggembirakan hati Amie, kerana Amie turut berkesempatan meraikan hari ulang tahun adik Puteri Kasih. Tak semena-mena Amie turut menitiskan air mata di atas kegembiraan dan keharuan  PUTERI KASIH  menerima 'hadiah' ulang tahunnya. Bagi pihak Puteri Kasih, Amie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pelbagai ucapan yang diberikan untuknya daripada rakan-rakan blogger.  Okey.... pada hari sambutan birthday Puteri Kasih pada hari Isnin lepas,  Amie masak sekali lagi Nasi Beriyani tetapi kali ini Amie gandingkan dengan lauk Beriyani Daging. Resepi istimewa ini Amie ambil dari Buku Masakan Tradisi Melayu Johor hasil air tangan Noraini Margono. Buku resepi ini Amie beli di Damansara semasa balik beraya tempohari. Memang Amie akui masakan ini teramatlah lazatnya.... lebih lazat lagi kalau ada Puteri Kasih dan juga rakan-rakan blogger yang lain. Apa pun di bawah ini ada berpinggan-pinggan, ambil seorang satu ye..... he hehehhhh


Ikut resepi asal Nasi Beriani ini dimasak dalam periuk / rice cooker, tapi seperti biasa yang Amie buat.... masak dalam periuk pengukus. Jadi cara memasaknya Amie ubahsuai dari rice cooker ke periuk pengukus. Tapi Amie tuliskan mengikut resepi asal. Mula-mula kena masak Daging Beriani dulu sebab minyak dan kuah Daging Beriani digunakan dalam masakan Nasi Beriani pula. Entah kenapa, tekak terasa nak makan daging pula berbanding ayam. Amie gunakan  lamb.

Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor
Resepi  : Daging Beriani
Chef     : Noraini Margono

Daging Beriani

Bahan A:
1 kg daging kambing/lamb/ayam/lembu - pilihan
1/2 mangkuk minyak
1/2 mangkuk rempah kari daging
1/2 mangkuk rempah beriani
1 sudu lada hitam - tumbuk

Bahan B:
6 tangkai lada kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4cm halia

Bahan C:
1/2 mangkuk madu
1/2 mangkuk puri tomato
2 mangkuk santan
1 sudu besar garam

Bahan D:
1/2 mangkuk kismis - goreng
1/2 mangkuk gajus - goreng
1/2 mangkuk badam - goreng
1/2 mangkuk daun pudina

Cara menyediakan:
1. Jika menggunakan daging, rebus daging hingga empuk. Jika menggunakan ayam, ayam hendaklah digoreng.
2. Kisar kesemua bahan B.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Setelah itu masukkan rempah kari dan rempah beriani. Gaul rata sehingga rempah dan Bahan B bersatu.
5. Masukkan Bahan C. Kacau rata. Masukkan daging.
6. Masak sehingga pekat dan terbit minyak.
7. Sebelum matikan api, masukkan separuh Bahan D dan separuh lagi masukkan ke dalam nasi.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam dan separuh bahagian daun pudina.

P/S: Amie tidak gunakan puri tomato sebaliknya Amie gunakan yogurt asli. Amie juga tidak memasukkan Bahan D. Tuang 1/2 mangkuk  minyak  dan 1/2 mangkuk kuah Daging Beriani ke dalam mangkuk untuk dicampur dengan Nasi Beriani yang akan dimasak sebentar lagi.... tungguh yea....


Seperti biasa kitalah lipas kudung di dapur..... sambil memasak daging & nasi sambil-sambil pula potong timun, lobak dan nenas untuk dibuat acar. Okey.... kita lihat pula bagaimana Noraini Margono memasak Nasi Beriani.


Nasi Beriani

Bahan-bahan:
3 mangkuk beras Basmathi
1/2 mangkuk susu cair
2 sudu besar susu pekat
1/2 mangkuk minyak sapi
2 ulas bawang merah - hiris
1 batang serai - ketuk
rempah penumis -kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
1 helai daun pandan
2 titik pewarna kuning
3 mangkuk air
1/2 mangkuk kuah beriani
1/2 mangkuk minyak Daging Beriani
1 biji limau nipis
sedikit garam

Cara menyediakannya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Goreng rempah penumis, serai, dan bawang merah hingga kekuningan.
3. Setelah bawang kekuningan, masukkan beras, gaul rata hingga beras berkilat.
4. Masak air, garam dan daun pandan di dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan susu dan akhir sekali air limau nipis.
5. Setelah air mendidih lagi, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat-rapat.
6. Setelah air kering, kacau nasi perlahan-lahan.
7. Buatkan beberapa lubang pada nasi dan tuangkan pewarna.
8. Buat lubang lain pada nasi, tuangkan kuah beriani.
9. Jika suka daging juga boleh dimasukkan ke dalam nasi dengan membuat lubang yang lebih besar.
10. Akhir sekali ratakan nasi dan tuangkan minyak Daging Beriani ke atas keseluruhan permukaan nasi.
11. Tutup periuk hingga nasi masak.


Jangan lupa hidangkan dengan keropok papadom dan juga Acar Mentah. Selamat menikmati Nasi Beriani di dapur Amie.....Bismillah!

30 ulasan:

  1. adoi!!!lapar laa plak..huhu..sedapnyee

    BalasPadam
  2. assalam amie, bestnya menu nasi beriani tu, mmg gandingan yg mantop

    BalasPadam
  3. Tiera,
    silakan....ambil sepinggan seorang he hehhh...

    Assalam Kak Rosa,
    sesekali masak nasi beriani dengan daging... memang best! dagingnya pun lembut je...

    BalasPadam
  4. Assalam amie..teringin la pulak nak makan nasi beriani..

    BalasPadam
  5. Acik,
    teringin nasi beriani...ambilje satu pinggan tu, siap dengan segala lauk pauknya... nak makan di dapur Kak Amie boleh, tapau bawa balik rumah Acik pun boleh... he hehehhh

    BalasPadam
  6. sedapnya.....!!!!!!! ambik 2 pnggan boleh ke?????

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Amie,
    Adusssssss.....meleleh2 dah air liur ni...nak buat camana ni Amie. Akak tak kira, akak ambik dua pinggan jugak, nasi tambah sekali, takut tak puas makan heheheeh jangan mare

    BalasPadam
  8. Salam K.Amie..tgk gambar pon dah tau sedappppppp!.lapar lak bila singgah mlm2 nie...

    BalasPadam
  9. teringin nak makan, tapi kalau buat ni x berbaloi makan sorang aje, kena tunggu hujung minggu baru sedap nak kenduri ramai2...kan kak amie...

    BalasPadam
  10. puteri pun nak cuba la resipi ini akak :)

    sekali lagi kak, puteri ucapkan terima kasih sangat-sangat.sayang akak :)

    BalasPadam
  11. Salam Kak Amie..laparnya singgah sini..yana ambil sepinggan ek..Dh lama xmkn nasi beriani..gandingan yg mmg mantop!! hehee

    BalasPadam
  12. tiba-tiba teringin nak makan nasi beriani...mana nak cari ni? hihi

    BalasPadam
  13. Amie nak 2-3 pinggan boleh? Sepinggan tak cukup..hik!. Boleh cuba resepi ni nanti, nampak sedap sangat. 2-3 hari lepas ummi masak nasi minyak sambil promote blog Amie,hehe...

    BalasPadam
  14. ala kak amie ni saje je buat org terliur...padahal nasik beriani ni dah habes pon...hihih....teringin pulak nak makan popodom tu..

    BalasPadam
  15. MP,
    boleh.... boleh ambil 2 pinggan tapi jangan pinggan kosong pulak! hhe hehehhhh


    Assalam Wattie,
    silakan ambil nasi tambah.... tak cukup lauk boleh ambil dari dapur Wattie yang memang sedap-sedap semuanya.... yang sangat menyakitkan mata Amie tiap kali datang dapur Wattie... ha hahahh

    Azatie,
    memang lapar sampai sini.... sebab perjalanan Atie jauh, kena menyeberang Laut China Selatan dulu...

    BalasPadam
  16. Cheq Sue,
    memang seronok makan ramai-ramai... he hehehh tapi hari jadi anak hari tu tak sempat nak makan sebab seronok pulak tengok orag lain makan!

    Puteri Kasih,
    ini nasi beriani special untuk Puteri....ada masa nanti boleh cuba resepi ini buat kenang-kenangan ...

    Yana,
    cukup ke sepinggan je... ambillah tambah lagi, jangan malu- malu dong... he hehehhhh

    BalasPadam
  17. Kasih,
    tak payah susah-susah nak cari, ambil sajalah di atas tu....hik hik hik

    Ummi,
    silakan....silakan... seronok benar Amie layan tetamu yang bertandang ke dapur Amie malam ni... ambillah, jangan segan-segan ya Ummi... he hehehh

    Nani,
    ha hahh...lain pulak selera dik Nani ye... udah disediakan nasi beriani, dia nak makan papadom aje... nanti lain kali Kak Amie masak untuk Nani pulak ye...cayanggg...

    BalasPadam
  18. Amie, datang lagi sekali...
    Gambar2 masakan Amie pun cantik apa, kalau dapat buat air liur meleleh tu kira dah sangat cantik dah tu Amie.Memang tiap kali tengok gambar kat blog ni kecur air liur dibuatnya, esok ummi datang lagi ye, jangan lupa masak banyak2, ummi nak duduk kat dapur je,hik!

    BalasPadam
  19. Kak Amie syg,adoiyaii nmpak tersangatlah sedapnya..Betui nih kak,sedap n terliur dah ni..

    BalasPadam
  20. Terliurnya kak Zai,nak ke Lahad Datu jauh sangat

    BalasPadam
  21. Ummi,
    terima kasih sudi datang selalu... aik semangat Amie nak masak macam-macam ni, nak jamu Ummi... he hehhehe

    Kak Sam,
    teringin nak makan masakan sendiri... tu kena buat-buat rajin tu...hi hihiiii

    Zaliedana,
    ada tisu tak wat lap lioq tu... hehehehhh...gurau aje..


    Kak Zai,
    marilah sini datang jalan-jalan ke Lahad Datu kak...

    Papa Mifz,
    terliu ye... bukan salah ibu mengandung tak makan nasi beriani ye... hehehehhh

    BalasPadam
  22. Amie mohon amik resepi ni ye....tak pernah lagi buat nasi beriani ni...

    BalasPadam
  23. sedapppppppppppppppppppppppppppppp
    baru last week buat nasi briyani
    ayu masak grand waktu weekend jer sebab best leh berkumpul mkn sesama even x ramai sgt ngeee

    BalasPadam
  24. Salam rindu buat Amie :)
    lama tak dpt BW kat dapur teman2...
    lapor plak tgk nasi beriani & daging Amie..hehehe mesti anak2 suka yum3x

    BalasPadam
  25. huhu pengsan! nak jugak kak amie wuwuwu sedapnyaaa....

    BalasPadam
  26. Salam kak amie.. tak sempat2 nak ke sini sibuk juga dengan birthday Fathnin.. sam adengan birthday anak2 akak ye.. moga membesar dengan soleh ye..

    nasi beriani tu amat menarik kak betul menyelerakan

    BalasPadam
  27. nie lg ler bertambah lapar... adeeh sedaaapnya tgk nasi beriani n daging beriani tu akak.... meh nak rasa ckit akak... terliur tgknya..

    BalasPadam