Assalamualaikum semua..... rindunya pada teman-teman! Amie memang beraya sakan di kampung kali ini. Pagi raya pertama memang keliling kampung bersama keluarga mengunjungi sanak saudara di Bukit Hijau. Sebelah petang pula berkunjung ke rumah saudara-mara di Bukit Kucing, Sungai Buluh dan Batang Berjuntai. Sambung pula menjelang malam selepas solat Maghrib kami bertandang ke Kapar. Penat memanglah tak terkata, tapi rasa sangat gembira dapat bertemu saudara mara.
Pagi raya kedua kami berkonvoi pula ke Kelang, dan menjelang tengahari kami pulang singgah menziarahi saudara di Rantau Panjang. Sempat pula singgah di Pantai Remis.... he he hee... apalagi cari mentaranglah! Bukan masuk lumpur korek binatang laut tu tapi beli...yang kecil sekilo RM8 dan yang besar sikit RM10. Memang dah tahu di sini ada jual mentarang walaupun semua orang sedang beraya. Resepi? Menu? Minta maaf, sepanjang berada di kampung memang masak macam-macam tapi tak sempat nak tangkap gambar masakan! Esok kami akan bertolak ke Perak pula.... berkunjung ke rumah saudara sebelah bonda di Hutan Melintang, Bota dan Tapah. Tapi sepanjang perjalanan dari Jeram ke Tanjung Karang dan Sungai Besar..... mungkin singgah sebentar di rumah keluarga sebelah ayahanda. Setakat ini dulu...salam penuh kerinduan dari Amie sekeluarga buat teman-teman yang sudi berkunjung ke rumah Amie ini ye.... Selamat Hari Raya....
wah semua anak akak heroes ek...lawa color purple tue...dulu selalu gak terjah pantai remis tue tapi x der apa sgt kat situ ekk..
BalasPadamsangat cantik bertema purple... berkenan kain kak amie tu... salam merdeka raya kak amie dan keluarga..
BalasPadamAyu
BalasPadampantainya agak kotor tapi ramai pulak pengunjungnya... saja datang beli kerang & belangkas & mentarang...
Hanis,
BalasPadamsebenarnya baju anak-anak ni adik di selangor yang belikan, datang terus pakai... baju kakak tu baru dibeli sehari sebelum raya....kih kih kih sebab tertinggal baju raya di Sabah...
assalamualaikum..
BalasPadamkak amie.. selamat hari raya maaf zahir dan batin.. wah sedondong gitu.. akak jg lupa amik kad raya kat umah saya juga ye.tq
selamt hr raya amie.. woow.. ada bunga sekuntum dalam taman.. usik2 jgn marah.. maaf zahir dan batin..
BalasPadamSalam Izah,
BalasPadamdah pergi beraya rmah Izah... dah angkut kad raya, dah gantung dah... terima kasih ye... Izah.
Dzana,
BalasPadamselamat hari raya dzana.... bunga ye...cantiknyalah... perasan pulak! he he hehhh
Salam Aidilfitri buat Amie & family..
BalasPadamMaaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ya