Assalamualaikum semua. Kami baru saja bersahur untuk meneruskan ibadah puasa buat hari ke 20. Goreng ikan temparing dan goreng sosej dan panaskan lebihan asam pedas lauk berbuka puasa petang kelmarin. Entah kerana agak lama tak masak asam pedas, atau kerana ikan pari yang segar.... rasa sedap sangat masakan itu. Percaya tak.... sebenarnya Amie sengaja masak 1 kg ikan pari, dan sebahagiannya boleh dipanaskan untuk bersahur. Lepas makan, tinggal sedikt sayur dan kuah sahaja. Anak-anak memang memeriksa kuali untuk mengambil lauk tambahan!
Amie tak berapa mengenali jenis-jenis ikan pari. Ada jenis ikan pari yang berbau, dan ada pula yang tidak. Menurut penjual ikan ini, katanya ini ikan pari bunga. Amie lihat memang ada bintik-bintik di badan ikan pari ini. Kadang-kadang takut juga nak beli ikan pari sebab ada yang sangat besar saiznya. Biasanya yang besar tu ikan pari helang. Yang agak kecil sedikit berwarna kehitam-hitaman mereka panggil pari minyak. Bagi Amie apa pun nama dan jenis ikan pari, yang penting ia tidak berbau! Wokey... kita lihat resepi asam pedas di bawah ini. Amie gunakan bahan asas sahaja, dan agaknya itulah yang membuatkan asampedas rasa sedap, sebab kadang-kadang kalau terlalu banyak bahan yang digunakan, rasanya entah apa-apa entah....
Bahan-bahan:
15 biji lada kering - kisar
5 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1.5cm kunyit hidup - kisar
1.5cm belacan - kisar/tumbuk
1/2 sudu lada putih - kisar
2 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai - diketuk
2 biji tomato- belah 6
8 biji kacang bendi
garam & gula / perasa lain
400ml air
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai dan asam keping.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan pari dan biarkan sehingga masak. Kacau sekali-sekala.
5. Masukkan lada putih, kacang bendi dan tomato.
6. Perasakan dengan garam & gula / perasa lain.
7. Apabila kuah hampir pekat, tutup api.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Agaknya kalau sekali-sekala makan asam pedas memang sampai menjilat jari!
Sedap ikan pari wat asam pedas cenggini.Saya suka boh kacang bendi banyak2..ni sajalah menu ikan yg anak2 saya makan sbb tadak tulang.
BalasPadamamie letak lada putih ye
BalasPadamnanti nak try le letak lada putih...biasa akak tak letak :)
Lina,
BalasPadambaru Amie perasa, ikan tenggiri penuh isi..takde tulang macam ikan lain, macam makan daging lembut je kan...
Kasih,
BalasPadammemang Amie letak lada putih, ini ajaran dari kakak... katanya untuk bagu lebih ummpphhh kepedasannya, tapi taklah terlalu pedas macam cili padi tu...
Salam K.Amie..terima kasih dtg & brtanya kabar atie.Menjak2 nie udah malas nk update..nk snap gambo masakan pon malassssssss....camna tuh?
BalasPadamKdg2 pusing2 gak kt umah kengakawan tp malas nk tinggai jejak.
Nampak sedap asam pedas akak nie!.
hmmm...baru je beli ikan pari minggu lepas. pari yang nani beli saiz kecik je...dalam 2 ekor untuk sekilo. rm5, murah je. nani mesti nak cari pari yang isinya lembut. kalau pari yang terlampau besar, risau jugak kalau keras. lagi satu, sebelum masak, memang nak lumur ikan tu dengan asam jawa dulu. memang takde bau hanyirnya. sedapnya asam pedas ikan pari. dah lama tak makan...
BalasPadamAtie....
BalasPadamnapa takde mood? kena panggilbalik mood tu ...pelan2 ye, nanti dia datang balik, nak raya ni... kita meriah2kan sama-sama yok!
Nani,
kebetulan pulak dapat ikan pari yang sangat sedap, langsung takde bau walaupun kakak tak cuci dengan air asam, tapi selalunya kalau beli taklah sebaik yang ini, nyesal pulak tak beli banyak....sebab jarang jumpa pari selembut, selazat seperti yang ini... harganya lebih mahal sikitlaaa...
sedapnya kak ikan pari...dah berkurun tak makan....ikan pari selain buat asam pedas...buat kari pun best...suka saya tengok menu ikan akak nih..macam2 jenis ikan...heheheh
BalasPadamAssalam amie, akk pun suka asam pedas gini, tapi bab msk asam pedas tu tak berapa nak reti heheh...sedapnya
BalasPadamQuinnie,
BalasPadammacam-macam resepi masak ikan pari ye... yang terkenal tentulah asam pedas! Pernah makan kari ikan pari, tapi sekali-dua saja...
Kak Rosa,
Amie pun tak berapa reti buat asam pedas, sebab banyak sangat versinya, last Amie pilih yang asas sajalah... lebih ori rasanya kan kak....