Pages

Isnin, 6 Jun 2011

Seafood Macaroni

Selamat siang.... terlewat sedikit masukkan menu pagi ini. Maklumlah, hari ini temankan anak-anak ke perpustakaan. Apa pun dapat jugalah Amie paparkan hidangan macaroni goreng seafood. Kali ini tidak merujuk mana-mana buku resepi sebab memang dah biasa masak pasta jenis begini. Amie masukkan saja bahan-bahan yang biasa digunakan termasuk tomato cincang (lunyaikan dalam kuali supaya jadi kuah... biar anak2 makan).... he he he..


Bahan-bahan:
300 gram macaroni (rebus hingga lembut- toskan airnya)
10 ekor udang kertas (buang kepala dan kulit - belah belakang)
200 gram sotong (potong panjang-panjang)
3 biji tomato (cincang)
5 kuntum cendawan (belah 2)
200 gram brokoli (potong-potong)
1 labu bawang besar (cincang)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
3 sudu makan sos cili
5 sudu sos tomato
minyak
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan goreng hingga lunyain / hancur.
3. Masukkan sotong, udang, sos cili dan sos tomato. Gaul rata.
4. Masukkan macaroni, cendawan, brokoli dan lada hitam. Kacau lagi.
5. Taburkan lada hitam dan garam.
6. Angkat untuk dihidangkan. Hiaskan bersama daun salad dan tomato ceri.



Sila.... silakan sesiapa yang sudi, jom makan sama2..., jangan malu-malu yea.... he he he.....

6 ulasan:

  1. ya Allah!! sonoknya masuk blog ni...penuh ngan makanan dan resepi... i like!!

    BalasPadam
  2. mcm sedap je seafood macaroni nie...
    nak try... :D

    BalasPadam
  3. Salam Amie...uishhhh sedap tu saya suka makaroni dan yang sewaktu dengannya

    BalasPadam
  4. wahida,
    terima kasih sudi datang, singgahlah selalu yea...

    BalasPadam
  5. iznie,
    wokey.... try jgn tak try yea.... mesti sedap punya!

    BalasPadam
  6. IXORAROXI,
    ooo peminat dried pasta yea... anak2 kak amie suka makanan begini...

    BalasPadam