Pages

Sabtu, 11 Jun 2011

Nasi Lemak Ayam Rendang Sarawak

Hari ini Amie tunaikan janji dengan si bongsu sejak kelmarin untuk masak nasi lemak lauk ayam. Apa nak disediakan terlebih dahulu? Nasi lemak atau lauknya? Atau kedua-duanya sekali serentak? Orang kata sambal kena sedia lebih awal supaya meresap semua ramuannya dan rasanya juga lebih enak. Betul tu, Amie akui dan sebenarnya lauk yang lain juga boleh disiapkan awal seperti kacang tanah goreng, dan ikan bilis goreng. Tapi pagi ini Amie tak sempat sediakan semuanya lebih awal. Kenapa? Terlewat bangun satu hal....sebab malam tadi menonton Ghost Rider.... he ehe...anak-anak dah tengok sebelum ini, Amie yang ketinggalan... ketawa sorang2 depan telvisyen tengok syaitan naik motosikal...kih kih kih.... yang lain semua dah ngorok! Nak masak pagi tadi, tapi tertidur semula...... tulah pasal nasilemak pun lambat siap. Amie masak lebih, sebab anak-anak boleh makan sampai ke petang. Ini bukan lagi untuk sarapan tapi merangkap makan tengahari juga...kira 2 atau 3 dalam 1 gituuu....


Inilah rupa resepi Ayam Rendang Sarawak tu.... manalah nak siap cepat, balik-balik belek resepi takut tersalah bubuh ke, tersalah masuk ke.... iyelah., resepi orangkan. Tersilap masak nanti tersalah bawa ajaran pulak.... Dan di bawah inilah rupa Nasi Lemak dengan Ayam Rendang Sarawak yang Amie masak waktu matahari dan tinggi....


Kesian anak-anak Amie, balik-balik datang dapur....dah siapkah mummy? Belum lagi...... Kami dah lapar ni.... Nasib baik pakwe belum balik lagi....ngeee... Sebenarnya Amie buat 2 jenis lauk, satu sambal ikan bilis dengan petai dan satu lagi rendang itulah.... rupanya rendang ni minta diperap dulu 40 minit... itu yang buat makin tak siap-siap. Makanlah dulu dengan sambal ikan bilis.....pujuk Amie kepada anak-anak sebab nasi memang dah lama masak dalam kukusan. Si sulung memang makan dengan sambal ikan bilis tapi yang 2 lagi tu nak tunggu juga lauk ayam...memang anak-anak suka sangat lauk ayam kan....


Inilah rupa nasi lemak dengan sambal ikan bilis dengan petai sementara menunggu nasi lemak dengan ayam rendang Sarawak. Asyik membebel tak tahu nak berhenti ni, lupa pulak nak tulis resepi. Untuk nasi lemak, tak payahlah Amie tulis sebab sebelum ini pun sudah ada resepinya. Nanti bosan pulak membacanya. Cuma Amie nak bagitahu, Amie masak gunakan pengukus...masak dulu beras dengan santan hingga kembang dan kering, pindahkan ke periuk pengukus. Nasi tidak akan lembek atau keras, dan tidak aan basi walau sampai ke malam. Amie cuma nak kongsi resepi Ayam Rendang Sarawak ni saja, sebab mungkin ada sedikit perbezaan dengan rendang yang selalu kita buat.

Sumber   :   Kompilasi Masakan Sarawak
Resepi     :   Rendang Sarawak
                   Chef Sarji Ramli

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 dan dibersihkan
150 gram kerisik
2 sudu makan serbuk kari ayam
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut - dihiris
2 batang serai - diketuk
1 sudu makan garam - Amie tambah gula
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
150 gram cili merah
60 gram kunyit
50 gram halia
50 gram  lengkuas
20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji buah keras
(Oleh kerana Amie gunakan 1/2 ekor ayam - Amie juga gunakan separuh sahaja kuantiti bahan yang diperlukan)

Cara:
1. Perapkan ayam dengan bahan kisar serta serbuk kari selama 40 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis ayam yang diperap tadi.
3. Masukkan serai dan asam gelugur.
4. Tuangkan santan dan masak lagi hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang lain.
6. Masak dengan api perlahan selama 40 minit.


Bahagian peha ayam ini sudah ditempah awal-awal oleh si bongsu.


....jom datang makan ramai-ramai ke dapur Amie...ada lagi tu dalam periuk...

14 ulasan:

  1. ada lagik x akak?
    bagik sepinggan kat ayu
    lapaq la

    BalasPadam
  2. ayu,
    ada...mmg masak lebih...tunggu kat pagar nanti kak amie hantar.. he ehe

    BalasPadam
  3. wa~~nampak sgt sedap la..terliur dah ni..hehe

    BalasPadam
  4. maira,
    awat dtg lewat petang.....abih daaa...he ehe

    BalasPadam
  5. salam kunjung balas :)

    aduhhh sis masuk je sini terus rasa lapar..nyummy2

    tQ mau try buat rendang nih.

    BalasPadam
  6. salam amie..singgah sblm lelapkn mata.bila anak2 dah blk asrama,tinggai la atie ngan HB.anak atie x ramai....

    BalasPadam
  7. greenjade,
    tq sudi singgah, dialu2kan cuba resepi nih.... rasa lebih enak tau...

    BalasPadam
  8. azatie,
    hati seorang ibu....syukurlah ada air mata, kurang rasa sebak tu...

    BalasPadam
  9. amie...rendang Sarawak, lum rasa..bhn2 dia nmpk lebih kurang sama..cuma ada letak buah keras ngan serbuk kari erk...bila2 bole try ni...sedappp sgt nmpk!

    BalasPadam
  10. ida,
    itulah kot bezanya rendang yg biasa kita buat dengan rendang sarawak, kena perap lagi...

    BalasPadam
  11. ayu,
    pembetulan...tunggu depan pintu he ehe...ada pintu tak? kih kihkih

    BalasPadam
  12. sodap sehinggo monjilat jari kaki ayam ..

    BalasPadam
  13. udy,
    kesiannnn dia....tak cukup iea...sampai kena jilat kaki ayam pulak...hi hi hi

    BalasPadam