Pages

Jumaat, 10 Jun 2011

Kepala Ikan Merah Masak Kari Asam

Salam tengahari Jumaat....., rasanya inilah tengahari Jumaat yang ketiga dalam tahun ini Amie berkesempatan masak untuk keluarga. Setiap tengahari Jumaat memang Amie ada tugas khas di sekolah.... menurut perintah dan arahan boss supaya memantau keadaan sebelum tibanya boss sebelah petang yang menunaikan sembahyang Jumaat terlebih dahulu. Ada guru tertentu yang ditugaskan meronda dan menulis laporan.  Amie pun laksanakan segala tugas yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan mudah-mudahan di akhirat sana akan diaudit dengan saksama oleh-Nya. Amie tak mahu ada hutang kerja... sebab bagi Amie cukup lengkaplah semua apa yang Amie dapat termasuk gaji, elaun.... tu belum lagi masa pencen nanti, duduk goyang kaki tapi separuh gaji dapat tiap-tiap bulan. Syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan Amie tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang tahu bersyukur. Itulah prinsip Amie, biar kerja lebih....Amie niatkan sedekah, kalau kerja terkurang Amie mohon rahmat dan keampunanmu ya Allah.... halalkanlah segala rexeki-Mu, limpahkanlah keberkatan dalam hidupku......hmmm....ini muhasabah diri hari Jumaat ni...he he he. Seperti minggu lepas, suami akan pulang sebentar mengambil anak-anak untuk bersembahyang Jumaat di masjid dan kemudian akan makan tengahari sebelum kembali menyambung kerjanya. Tengahari ini Amie sediakan kepala ikan merah masak kari asam. Daun kari tak bubuh yee...sebab tak simpan daun tu, dan Amie juga tak masukkan santan. Dah mula rasa muak pula dengan masakan bersantan sepanjang minggu ini...


Kepala ikan merah atau jenahak ini di belah dua supaya cukup mesra segala ramuan dan masak sempurna.


Amie gunakan sahaja bahan yang ada termasuk lebihan terung pemberian kawan suami tempohari.


Oleh kerana sudah cukup masuk segala sayur bendi, tomato dan terung, tak payahlah masak sayur lagi. Ohhhh... asyik membebel terlupa pula nak tulis resepi. Hari ini tak merujuk mana-mana buku resepi. Cooking with my heart dan soul gituuu..... he he he...

Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan merah / jenahaj (belah 2  - bersihkan)
7 biji kacang bendi
2 biji terung (potong 4)
2 biji tomato (potong 4 - 1 biji lagi dicincang)
4 sudu serbuk kari
1/2 sudu halba
2 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
300ml air
minyak
garam / perasa / gula

Bahan kisar:
10 biji lada kering
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1.5cm halia
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan halba dan serbuk kari - perlahankan api  kacau hingga kari naik bau.
3. Masukkan sebiji tomato cincang. Masukkan bancuhan air pati asam jawa. Masak hingga keluar minyak.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan terung bersama kepala ikan merah. Masak di antara 5-7 minit.
6. Masukkan kacang bendi, garam dan gula / perasa.
7. Akhir sekali masukkan tomato.
8. Kepala ikan merah masak kari asam siap untuk dihidangkan.


Nampaknya Amie orang terakhir menghabiskan hidangan sebab sambil makan sambil menyuap nasi ke mulut si bongsu. Bongsu Amie tak mahu makan, badannya masih kurang sihat tapi Amie pujuk2 dan akhirnya makan juga bila mummynya suapkan.... ala cayanggg... manjanya....he he he

6 ulasan:

  1. terlioq plak tgk kepala ikan akak nie...adeh sebab nampak sedap sangat

    BalasPadam
  2. Sedap kari kepala ikan ni..terliur la pulak :)

    BalasPadam
  3. lady ayu,
    2 minggu ni aje sempat masak2 yg special sikit utk keluarga... minggu depan makan nasi bungkus & ngadap kantin semula....he he

    BalasPadam
  4. qemaishak,
    he he...mood tgh bagus nih... cooking with my heart & soul

    BalasPadam
  5. macam ni punya rajin...bertambahlah kasih sayang suami..Amin!

    BalasPadam
  6. IXORAROXI,
    hi hi hi...hrp2 bertambah sayang... jgn lupa nanti bertambah boroi pulak!

    BalasPadam