Pages

Jumaat, 24 Jun 2011

Ikan Bayan Kering Kukus, Kerabu Pucuk Paku & Sambal Belacan

Petang tadi sewaktu menghidangkan lauk makan malam, baru Amie tersedar tiga hari berturut-turut menggunakan kelapa dalam masakan. Dimulakan dengan sambal kelapa, diikuti dengan ikan cencaru sumbat kelapa dan hari ini kerabu pucuk paku yang sememangnya menggunakan kelapa. Agaknya setelah digaul sebati dengan pelbagai bahan ramuan, aroma kelapa itu yang menimbulkan nostalgia lampau.... makan bersama bonda sekeluarga. Sampai sekarang Amie masih terbau aroma kelapa parut yang wangi (dulu bonda akan panggang dulu kelapa sebelum diparut), timbul keharuan di hati Amie.... mungkinkah pada masa akan datang anak-anak akan terkenang seperti Amie yang sentiasa mengenang bonda, menghitung hari untuk bertemu dengannya dan ingin mencicipi air tangannya seperti dulu-dulu.....


Inilah antara lauk yang pernah bonda sediakan sebagai hidangan kami sekeluarga. Asasnya ikan kering - dulu biasanya ikan kering gelama - kerabu pucuk ubi campur daun kencur, atau kerabu pucuk meranti campur kangkung putih. Petang tadi Amie kukus ikan bayan kering - kukus ikut cara bonda dengan memasukkan ikan kering ke dalam periuk nasi yang baru kering, biarkan masak bersama wap nasi. Kalau bonda gunakan kelapa parut yang disalai @ panggang hingga wangi, Amie sangan kelapa parut pula.


Ikan bayan kering yang dikukus, ditambah dengan bawang besar, cili padi dan cili merah goreng. Perahkan air limau kasturi ke atasnya. Gandingkan bersama sambal belacan campur sebiji tomato. Sama saja cara sediakan sambal seperti sambal yang lain, cuma Amie buang kulit tomato supaya mudah lenyek bersama sambal.


Sambal belacan ini tidaklah pedas sangat, sebab Amie gunakan 2 biji lada merah bersama 7 biji cili padi saja. Kerabu pucuk paku pula Amie campur dengan taugeh, termasuk bahan lain seperti udang kering, bawang merah, lada putih dan air limau kasturi. Amie tak masukkan cili sebab dah ada sambal belacan. Tak payahlah Amie sertakan resepinya ye... sebab masakannya pun sangat ringkas dan biasa dibuat dek orang, terutama kerabu pucuk paku tu, gunakan bahan paling minima.



Ini pula sup ayam untuk anak-anak. Sup ini Amie ikut cara kakak ipar masak. Manalah anak-anak nak makan lauk ikan kering macam kita...... walaupun kita rasa lauk ikan kering lebih menyelerakan!



Sup ayam ini Amie campurkan dengan sedikit daun kemangi supaya timbul aromanya yang segar. Amie rebus sahaja sekali harung daging ayam, bersama halia dan bawang merah serta putih, lobak merah, cendawan shiitake, white fungus dan juga kentang. Masukkan juga sedikit lada putih. Tak masuk rempah sebab memang begini cara sup kakak ipar Amie - suaminya Cina, jadi ini sup ala Cina - diorang tak masukkan pun lada putih!


Suka hirup supnya yang wangi dengan aroma cendawan shiitake dan daun kemangi....... jom makan!

26 ulasan:

  1. akak, sedapnya menu akak ni...suka kerabu tu. teringat juga kat bonda saya di kg...air tgn bonda memang sedap kan..:)

    BalasPadam
  2. haih...bau sambal belacan tu sampai ke bukit garam dah...sedapnya menu kak amie...

    BalasPadam
  3. Tak tahan kat sambl belacan nun... tak pedas sgt... hah.. Nora guna 1 @2 biji cili pd je...itu pun da menyeringai pedas...sejak dah melahirln ank ni la tak thn pedas

    BalasPadam
  4. wow..bestnya menu

    pasti sangat menyelerakan, terliur ni dik!

    BalasPadam
  5. Nieza,
    bila rindu dgn bonda....mesti cari masakan bonda...

    BalasPadam
  6. nuwairani,
    wah...nampaknya angin monsun yg sama kita ni....pantai timur

    BalasPadam
  7. Nora,
    ada jenis cili padi yang tak menyengat, ada yg kecik tapi ya... ampun, tak sanggup....kalau kepedasan ..minum air panas, cepat hilang rasa tu...

    BalasPadam
  8. Ibu Intan,
    ini sajalah kenang-kenangan yang mampu diterjemahkan... hehhehe..puitisnya, waktu bersama dengan bonda yang kini jauh di mata...

    BalasPadam
  9. mmg sgt menyelerakan kak!!! ikan bayan tu e-na x pernah dgr...ada nama lain tak?

    BalasPadam
  10. adehhh..sedapnyer k'amie...mkn nasi dgn tiga2 ni fuhh!!, mmg mesti bertambah2..

    BalasPadam
  11. e-na,
    memang namanya ikan bayan dik...di semenanjung kak amie belum jumpa tapi ada di tempat2 tertentu, ikan ni jenis ikan yg hidup di celah2 batu karang (pesisir pantai)

    BalasPadam
  12. Ida,
    lauk2 tradisional...warisan orang lama, kak amie sambung budaya untuk sebar kepada generasi seterusnya....fuhhh...patriotisme nih...

    BalasPadam
  13. maklong paling suka kerabu yang mak maklong buat.. setiap kali balik kampung mak mesti buat untuk maklong.. terharu banget..

    BalasPadam
  14. iyelah maklong...dah jadi mak orang, air tangan mak kita jugak yang sedep ye...

    BalasPadam
  15. kak Amie.. sedapnya menu akak ni... kalau ita makan ni hilang diet ita tau.. hihihii mesti berpinggan2.. lama nya tak makan ikan macam ni.. terasa2 kat tekak kak..

    BalasPadam
  16. ita,
    ratah2 je lauk tu...2-3 pinggan pun tak pe..

    BalasPadam
  17. salam K.amie ,,laparnya tgk kerabu pucuk paku ngan sambal belacan.Klu ddk ngan k.amie semggu..mau gemok badan atie nih!hihi

    BalasPadam
  18. tie,
    tak boleh gemuk....sbb kak amie masak sehari sekali je... heheehee...

    BalasPadam
  19. setiap kali akak berjaya buat saya rasa lapar :)

    BalasPadam
  20. Puteri Ita,
    yeay...yeay...kak amie menang, lain kali sebelum dtg dapur kak amie, kena bawa hadiah sekali ye.... heheheh

    BalasPadam
  21. Salam Amie, 1st time saya dengar ikan masin kukus, killing menu ni eikkk, mahu tak cukup nasi, sambal tu paling mengancam!

    BalasPadam
  22. Ixora,
    masa kecik2 dulu bonda kak amie selalu buat... kukus atas nasi yang baru kering, tapi kak amie modenkan letak aksesori sikit...

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum akak..
    sedapnya... semuanya sungguh menyelerakan... kalau anak2 diana pun suka makan sup2 gitu... utamanya yg pertama n ketiga tu.. nak jer nasi tu tenggelam oleh sup.. hehehe

    BalasPadam
  24. Diana,
    anak2 kak amie tak suka makan sayur, harapkan sup je utk bekalkan sikit2 zat vitamin ke tubuh mereka...

    BalasPadam
  25. kecur air liur ni saya ni kak amie..
    gulp..

    BalasPadam
  26. Habsah,
    gulp???....cepat2 ni minum air kosong...hi hi hiii...

    BalasPadam