Pages

Isnin, 27 Jun 2011

Hainanese Chicken Rice

Selamat malam semua. Seperti hari-hari kelmarin, hanya pada waktu malam Amie dapat meluangkan masa yang agak panjang untuk bersama rakan-rakan blogger. Cerita dari dapur Amie hari ini ialah tentang resepi Nasi Ayam Hainan. Amie pernah beberapa kali memasak resepi ini tetapi menggunakan pes Hainan Chicken Rice yang sudah sedia ada. Kali ini Amie cuba ikut resepi dari Singapore Heritage Food by Sylvia Tan. Ada beberapa cara yang Amie gunakan mengikut arahan dalam buku tersebut seperti merebus ayam dan kemudian setelah masak, keluarkan dan masukkan sebentar dalam air sejuk (bukan air berisi ais). Satu lagi ialah cara penyediaan sambalnya. Kalau nasi ayam kita, Amie campurkan lada merah, bawang putih, halia dan tomato, sedikit garam, gula dan perahan air limau tetapi kali ini Amie tambahkan air rebusan ayam sebagaimana yang dinyatakan dalam resepi itu. Amie pun patuh arahan dengan tidak mencampurkan tomato. Namun begitu, untuk sentuhan terakhir.... Amie terpaksa engkar arahan sebab Amie renjiskan minyak bijan di atas daging ayam, itu memang kegemaran anak-anak.


Pilihan hidangan yang menyihatkan untuk seisi keluarga.


Mari kita semak resepi ini....., mengikut yang asal.

Sumber   : Singapore Heritage Food by Sylvia Tan
Resepi     : Hainanese Chicken Rice

1 chicken, approximately 1 1/2 kg (3 lb)
2 cucumber, peeled and sliced
2 stalks coriander leaves, chopped roughly
1 tbp salt
2 stalks of spring onions,knotted
1 thumb-lenght knob or ginger, bruised
5 whole garlic cloves, bruised with skin
oil for rubbing chicken

Rice:
4 cups rice
4 cups chicken stock
3 whole garlic cloves, with skin
2 slices ginger
2 tbs oil or chicken fat
1 tsp salt
4 pandan leaves, knotted

Sauce:
10-12 red chillies
2 cloves garlic, peeled
lime juice
1/2 cup chicken stock or cooked chicken fat
3 thumb-lenght knobs or ginger
salt and sugar to taste

Rub 1 tsp salt all over chicken and stuff cavity with spring onions, ginger and garlic. Bring water in a pot large enaough to submerge the chicken to boil. Place chicken into the pot, and allow water to come to the boil again. Reduce heat, cover and simmer for another half and hour.

Remove chicken and plunge into a basin of cold water to obtain silky skin. Rub oil all over chicken and set aside. Set aside stock to flavour rice and chilli and ginger sauces.

Now make the sauce. Process ginger and 1/4 cup of stock or fat in a blender till fine. Season with salt and sugar to taste. Now process chillies with remaining stock and garlic. Add salt, sugar and lime juice to taste. Set aside.

To cook the rice, heat oil or chicken fat in a wok and brown garlic and ginger. Add washed rice grains and fry till fragrant. Add stock and cook in a rice cooker together with pandan leaves till dry and fluffy.

Chop chicken into pieces and garnish with cucumber slices and coriander. Serve with rice.

Wokeyyyy...... Nasi Ayam Hainan satu..... siap!


Jangan malu-malu.... marilah kita cicipi bersama-sama!

30 ulasan:

  1. apa pasal semua org asik tayang nasik ayam je ni? ala....susah nk jumpa nasik ayam sedap kat sini...kalau ada pon, sy pernah makan di sabah ciken rice yg di bandar perdana lahad datu je.itu pon dah lama tak pegi.sedapnya nasik ayam kak amie ni...nk sepiring!

    BalasPadam
  2. nuwairani,
    rumah kak amie seberang seri perdana, nak pergi pasaraya survey (dekat sebelah kiri sabah ciken rice tu), jalan kaki je... kalau dtg lahad datu leh dtg umah...jgn lupa bawak piring ye... hihikhikkhi...

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi ayam tu kak....nieza pun suka nasi ayam hainan ni.nk msk pun sonang..hehe

    BalasPadam
  4. salam kak amie.. sedapnya nampak nasi ayam hainan akak ni.. ita pun tak pernah cuba tapi pernah makan rasanya... nanti nak buat gak la

    BalasPadam
  5. rajinnya buat nasik ayam..nyum nyum...sedapnya..

    BalasPadam
  6. lorrrrrr rajinnya, bertuah anak2 dapat emak rajin macam Amie..saya pulak cuma weekends je sempat masak, pagi je siapkan sarapan utk ahli keluarga, lunch mintak maid je masakkan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum akak...
    nie fav diana nie akak... suka sgt makan nasi ayam hainan.. meleleh air liur tgk nasi ayam yg akak buat tu tau... ;)

    BalasPadam
  8. Nieza,
    betul tu... rebus aje, simple kan...

    BalasPadam
  9. Juwita,
    cubalah buat...lbh mudah drp nasi ayam biasa..

    BalasPadam
  10. Anna,
    nasi ayam hainan ni lbh mudah menyediakannya, tu sbb suka buat..

    BalasPadam
  11. Ixora,
    Kak Amie hanya sempat masak utk makan malam je, pagi & tengahari (time kerja) mmg semua kena makan bungkus / kantin

    BalasPadam
  12. Diana,
    Kak Amie suka sgt ayamnya tu.... simple tp sedap!

    BalasPadam
  13. belum pernah buat nasi ayam hainan...kuat tak bau ayamnya kak?

    BalasPadam
  14. Salam Amie,
    Wah duhhhhh cam kat restoren la.....nak order sepinggan tuk makan tengahari ni boleh, sambal letak lebih ya....

    BalasPadam
  15. Assalam kak amie,
    nasi ayam ni kita belum pernah try..sebab anak2 lebih suka yang goreng or roasted punya..kalau nak rasa kena pergi rumah akak aje ni..

    BalasPadam
  16. Lovely,
    habis dah bau ayam tu sbb ada halia & daun ketumbar...., ada bau minyak bijan sbb saja bubuh

    BalasPadam
  17. Wattie,
    aa..'ahhh sambal boleh lebih sbb tak pedas...

    BalasPadam
  18. Ayu,
    kita pun suka yg goreng, yg ini sbb agaknya dr dulu lagi keluarga suami suka buat sytle gini...bapa metua pun suka, dua2 jenis mmg sedaplah!

    BalasPadam
  19. suami ema tk makan ayam..so setahun sekali nak beli ayam tu agaklah susah kak...

    erm...mana satu blog akak yg aktif erkh..ema buka lg satu tu tak boleh nak komen pulak...

    BalasPadam
  20. As'salma Amie

    Nasi ayam ni memang ak akan menolak kalau dihidang depan ct..hihihi memanh 'hantu' nasi ayam ni haaa.. hahaha. Teringin nak masak juga lah nanti kecur pulak tengok nasi ayam hainanese ni :)

    BalasPadam
  21. Mama Ema,
    wah....tak makan ayam, makan ikan sajalah ye...memilih ikan utk hidangan pun mmg baik utk kesihatan sbb sudah dijamin khasiatnya...ada ayat al-Quran yg menyebut kebaikan ttg daging yg lembut dr laut....
    blog masakan ni paling aktif, yg lain tu sekali2 je...nanti kak amie tgk mana yg silap ye..

    BalasPadam
  22. ct,
    senang je masaknya....rebus2 je, amie rasa kalau disediakan utk lunch...time perut kosong, mmg licin!

    BalasPadam
  23. alahaiiii nasi ayam kak amie ni sungguh memanggil perut ku yg sedang lapar ni...nak sepinggan kak!

    BalasPadam
  24. saya suke nasi ayam cam ni.. anak2 pulak mmg tak bekenan.. depa suka ayam goreng yg garing2.. klau nk mkn mcm ni kene mkn kt kedai jer..

    BalasPadam
  25. saya sgt suka mkn nasi ayam..tgk lak entry nih...waduh best...

    BalasPadam
  26. Mieza,
    sepinggan je ye... takleh tambah,panjang yg beratur di belakang tu.... heheheh..

    BalasPadam
  27. dZana,
    memang anak2 amie pun suka makan ayam goreng, tapi mungkin sbb family sebelah suami mmg biasa makan ayam masak begini, anak2 pun boleh terima dua2nya...

    BalasPadam
  28. Papa Mifz,
    penyediaan nasi ayam pun ringkas saja, tak perlu byk bahan spt penyediaan nasi berlauk yg lain....

    BalasPadam
  29. sedapnya nampak nasi ayam tu..akak tak pernah lagi buat nasi ayam hainan ni tau..teringin gak nak buat suatu hari nanti..:D

    BalasPadam
  30. Kak Anymz,
    cubalah kak, makan panas2, tapi biasanya anak2 tak berapa suka style begini sbb mrk lbh suka ayam yg bergoreng...

    BalasPadam