Pages

Ahad, 8 Mei 2011

White Ginseng Soup

Asyik makan lemak-lemak selalu, apa kata beralih sekali-sekala kepada masakan sup herba.


Adapun di bawah ini ialah herba-herba yang menjadi rakan2 ginseng putih tu... kecil saja ginsengnya (kepala ginseng) yang dipotong sampai ke bahunya... he he he kan ke akar ginseng tu macam bentuk manusia yang ada tangan, kaki, kepala dan badan...


Oleh kerana ada masa panjang untuk merenih sup selama 3 jam, hari ini dapatlah hirup sup ayam dengan 7 campuran herba termasuk ginseng putih dan biji teratai serta akar tumbuhan herba yang lain. Tidak perlu bersusah payah, hanya bersihkan daging ayam (biasanya keluarga besar masak ayam seekor bulat-bulat), tapi Amie sikit je... sebelah ayam cukuplah. Didihkan ayam bersama herba tadi, dan air melebihi paras ayam. Apabila mula mendidih, perlahankan api dan renih selama 3 jam. Baunya wangi tanpa sebarang campuran lain. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa. Menurut masyarakat Cina, herba begini terutama ginseng, baik untuk kesihatan terutama untuk kekuatan tubuh badan, dan kononnya... kepada pengamal herba jenis ini... boleh awet muda he he he....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan