Pages

Selasa, 17 Mei 2011

Potato Wedges & Scrambled Egg

Assalamualaikum semua.... hari ini merupakan hari terakhir cuti selama 4 hari, kena tungguh dua minggu lagi untuk cuti semester 1. Banyak program sudah dirancang termasuk mengiring pengantin anak saudara. Ha... sempat buat sarapan pagi ini, kentang goreng dengan scrambled egg... khas untuk penggemar masakan ala-ala barat, terutama anak bujang sulung Amie yang suka sangat makan kentang.


Bahan-bahan untuk kentang wedges:
6 biji kentang (buang kulit- tak buang pun boleh - belah 6 setiap biji dan rebus setengah masak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu eno
garam
100ml air
minyak

Cara:
1. Buat adunan tepung gandum bersama air, eno, serbuklada hitam dan garam hingga sebati.
2. Panaskan minyak yang banyak supaya gorengan tenggelam.
3. Apabila minyak sudah cukup panas, celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan masukkan satu-persatu ke dalam kuali.
4. Angkat gorengan sekiranya sudah berubah menjadi warna kuning keemasan dan toskan.

Bahan untuk scrambled egg:
4 biji telur
1 tin jagung (toskan airnya)
1 labu bawang besar (cincang)
1/2 sudu serbuk pati ayam
mentega

Cara:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan jagung, bawang besar, dan serbuk pati ayam. Gaul sebati.
3. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali.
4. Masukkan adunan telur ke dalam kuali dan kacau rata supaya telur hancur.

Hidangkan potato wedges bersama scrambled egg, dan jika suka boleh makan bersama lobak dan tomato serta mayonis atau sos thaousand island.  Amie hidangkan bersama teh lemon panas. Jom...sama-sama kita menikmatinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan