Pages

Khamis, 19 Mei 2011

Kentang Bakar

Selamat petang semua pengunjung setia Amie. Entah kenapa tiba-tiba teringin makan kentang bakar. Bukan Amie seorang, anak bujang Amie pun ingin sama. Kami pun makan sama-sama, patutnya dibuat sarapan tapi jadi makan tengahari (lewat pula tu...). Apapun kenyanglah juga perut makan kentang bakar ni.


Bahan-bahan:
6 biji kentang (belah 6)
2 biji tomato (belah 4)
2 labu bawang besar (belah 4)
2 biji lobak merah (potong 2 & belah 2)
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
1/2 sudu oregano
3 sudu mentega
secubit garam
thousand island dressing

Cara:
1. Gaul kentang, bawang, tomato dan lobak merah bersama oregano, garam dan lada putih.
2. Sapukan mentega dalam loyang pembakar.
3. Susun kentang di dalam loyang dan bakar selama 30 minit di dalam ketuhar.
4. Keluarkan dan balik-balikkan serta masukkan pula bawang, lobak dan tomato.
5. Masukkan kembali ke dalam ketuhar selama 10-15 minit.
6. Keluarkan dan bolehlah dihidangkan bersama thousand island dressing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan