Pages

Khamis, 5 Mei 2011

Kek Labu Kukus

Keluarga sebelah suami memang penggemar labu... ye ke? Amie lihat rata-rata orang kampungnya gunakan labu sewaktu kenduri-kendara. Ini bermakna memang mereka jadikan labu sebagai salah satu menu dalam masakan tradisi. Macam-macamlah kuih yang terhasil daripada labu... ada kuih cakar ayam, kuih pais, lepat, bubur labu campur pulut atau beras, masak lodeh dan... entah apa lagi makanan berasaskan labu. Kalau kek, roti dan sebagainya... minta maaflah, Amie tak sempat nak berguru dengan mak mentua. Hmmm... asyik cerita pasal labu, ni nak masak labu la ni.... tengok labu lebihan masak lemak hari tu, warnanya cantik betul... kuning oren....Amie nak buat kek labu kukus tapi ikut cara Amie macam Amie buat kek pisang. Sebenarnya, anak bongsu Amie yang tolong siapkan bahan-bahan untuk kek labu sebab anak nan satu ini suka sangatlah dengan bab-bab kek ni... Amie hanya tolong kisarkan buah labu dan kukus kek.  Yang lain 'chef kecil' Amie yang sediakan.... dan tak sempat sejuk...habis licin sekeluarga makan.


Bahan-bahan:
1 cawan gula
250 gram Mothers Choice Soft Table Spread (boleh guna mentega atau minyak)
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1 cawan labu (kisar dengan sedikit air dan toskan)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh soda bikarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu essen vanilla

Cara:
1. Pukul gula dan Mothers Choice Soft Table Spread hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi selama 2 minit.
3. Masukkan tepung gandum, susu tepung, soda bikarbonate, baking powder dan garam dan pukul terus.
4. Masukkan labu kisar dan terus pukul selama 2 minit lagi.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.
~Amie suka kukus sebab tak berapa pandai 'jaga' oven.... ~

2 ulasan:

  1. assalamualaikum amie..
    samalah dengan maklong..suuuka sangat dengan labu ni.. tak kira masak apa..

    BalasPadam
  2. maklong,
    amie sebenarnya baru tahu rupanya labu ni sedap... selama ni tak brp pedulikan labu... ha,lepas ni akan munculllah pelbagai variasi resepi labu pulak yea...

    BalasPadam