Pages

Isnin, 2 Mei 2011

Ikan Cencaru Kukus

Kali ini ikan cencaru sederhana kecil pula... selalunya saiz besar dan Amie suka panggang. Oleh sebab sama saja ceritanya dengan ikan pari yang segar, Amie rasa bagus kukus saja, temankan dengan sambal belacan dan ulam-ulam. Okey kan.... memang jarang kita dengar ikan cencaru kukus, tapi tak salah kalau kita buat kan?


Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah belakang - tos hingga kering)
7 keping tempe goreng
6 biji kacang botol (patahkan 2 dan celur)

Bahan sambal belacan:
7 biji cili padi
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
1.5cm belacan
garam & gula
4 biji limau kasturi (perah air & ambil sedikit hirisan kulitnya)

Cara:
1. Apabila nasi hampir kering, letakkan ikan cencaru di atasnya. Ikan akan masak dalam wap nasi.
2. Tumbuk semua bahan sambal belacan, campurkan perahan air limau kasturi dan hirisan kulitnya.
3. Hidangkan bersama tempe goreng dan kacang botol.
4. Makan ketika ikan masih panas.

2 ulasan:

  1. salam amie..sedapnya gandingan sambal belacan ngan kacang botol tuh!

    BalasPadam
  2. azatiesayang,
    jemput makan... sampai peluh2... he he he

    BalasPadam