Selamat pagi semua pengunjung setia blog Amie. Dah minum? Apa agaknya alas perut untuk pagi Ahad ini? Amie penuhi selera anak-anak yang suka sangat makan cucur jagung. Oleh kerana bapa mereka tidak bersama pagi ini (ada tugas yang perlu diselesaikan di tempat kerjanya), makanlah kami 4 beranak saja. Walaupun sukatan sama untuk kebiasaan makan berlima, ternyata.... anak-anak mampu 'melicinkan' kesemuanya sekali.... alhamdulillah, rasanya inilah peluang terbaik untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak. Maklumlah, hari-hari lain terpaksa sarapan di kantin masing-masing. Cerita pasal cucur jagung ni, Amie gunakan jagung tin..., bukannya jagung segar. Dan satu lagi, Amie gunakan air jagung tu sekali untuk membancuh tepung, sebab rasanya sedap... ada rasa masin dan manis. Cuma kalau tak cukup Amie tambah air sedikit dan tambah garam.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
25 ekor udang kertas (buang kulit)
1 tin jagung
1 labu bawang besar (cincang)
1 biji telur
garam
air
minyak
Cara:
1. Bancuh adunan tepung gandum bersama udang, bawang dan jagung. Jika suka gunakan air jagung tin.
2. Pecahkan telur dan gaul sebati. Kepekatan adunan adalah mengikut citarasa masing-masing.
3. Tambah sedikit garam.
4. Panaskan minyak yang banyak untuk goreng sehingga tenggelam, dan tunggu sehingga benar-benar panas.
5. Goreng cucur jagung hingga kekuning-kuningan.
6. Angkat dan toskan.
7. Hidangkan bersama sos cili thai dan minuman teh lemon panas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan