Pages

Ahad, 20 Mac 2011

Sarapan Pagi di Wisma Ary's

Selepas makan malam di Jalan Malioboro kami terus ke tempat penginapan di Jalan Suryodiningratan. Letih lesu menyebabkan kami tidak dapat menikmati apa sebenarnya yang ada di hadapan kami... tapi rasanya ada sesuatu yang menarik sedang menunggu kami, cuma yang Amie sempat rakam ialah jam dinding yang menunjukkan pukul 9.30 malam yang sebenarnya sudah lewat 10.30 malam di tempat kita....


Penduduk tempatan merujuk kepada jam setengah sepuluh untuk memberitahu bahawa waktu tersebut ialah pukul 9.30.



Ini kamar peraduan kami untuk selama 2 malam... esok kami akan ke Keraton Yogyakarta, maka malam itu kami tidur mimpi jadi Puteri Keraton... he he   sebelum lelap mata, Amie sempat bayangkan dan rasa harumnya kombinasi bunga mawar segar dengan bunga sundal malam (sedap malam kata pelayan hotel) ......



Lepas solat jamak ta'khir Maghrib dan Isya, kami pun tidur pulas dan tiba2 tersedar dari mimpi apabila terdengar suara azan Subuh (rupanya masjid ada di hadapan tempat penginapan kami), kemudian terdengar bunyi ayam bersahut2an berkokok....


Setelah menyiapkan diri, Amie minum secawan teh Sari Wangi yang tersedia di luar pintu kamar bersebelahan dengan pangkin bertilam tempat duduk atau baring2... Oleh sebab rakan2 yang lain belum selesai bersiap, Amie ambil kesempatan bersiar2 di sekitar kawasan penginapan.....Wah! Konsep Bali.


Macam-macam jenis pokok ditanam di sini..... nyaman sekali!


Inilah antara beberapa landskap yang sempat Amie rakam sementara menunggu kedatangan rakan2 yang lain untuk bersarapan.


Tidak banyak pilihan sarapan pagi yang boleh dipesan.



Amie pesan Soup Noodle & Omelete


Yang dihidangkan ialah maggie... yang pesan fried noodle, keluarlah maggie goreng..... Pagi Selasa, 15 Mac 2011, bersarapan maggie......


Sebelum meneruskan perjalanan ke Keraton Yogyakarta (Sultan Palace), Amie alas perut dengan 'soup noodle', omelete & beberapa potong papaya sambil membelek2 novel Arok Dedes karya Pramoedya Ananta Toer.... cukuplah sampai di sini dulu... kami tak sabar nak pergi ke Wilayah Keraton Yogyakarta untuk menelusuri  Karaton Ngayogyakarta Hadiningrat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan