Nampaknya selesema Amie belum reda.... selera makan pun tak seberapa. Walaupun esok hari Sabtu, tapi terpaksa turun padang juga.... aktiviti Kem Kepimpinan dilaksanakan sehingga hari Ahad. Amie berkira2 pada hari Sabtu malam Ahad bermalam di sekolah (kalau larat), kesian anak2 buah UBK & Unit Disiplin serta fasilitator bertungkus lumus siang dan malam bagi menjayakan program.......hu hu hu... kebetulan pada malam yang sama ada kenduri arwah di kampung (rumah kakak ipar). Agaknya asyik fikirkan perkara yang bertindih-tindan itulah yang buat demam tak juga baik... apa pun mungkin selama 2 hari berturut-turut, tak dapatlah Amie nak masak di rumah.... syukurlah anak dan suami sangat mengerti beribu dan beristeri wanita berkerjaya seperti Amie ini walaupun minggu lepas anak sulung Amie perlahan-lahan bersuara.... sengsaranyalah menjadi anak seorang.... ... yang semakin hari semakin tidak menentu jadual kerjanya, keluar sebelum matahari terbit, dan anak pula lewat balik sekolah kerana terpaksa tunggu Amie menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugasan lain... Hmmmm.... Amie harap masak sup udang boleh buka selera Amie petang ini.... nak hirup kuahnya yang masih panas dan pedas kerana dicampur lada putih, biar keluar peluh dan bersin banyak kali....
Bahan-bahan:
7 ekor udang kertas
10 batang babycorn (potong 2)
1 biji tomato (potong 2)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1/2 labu bawang besar (mayang)
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
1.5 cm halia (tumbuk)
1/2 cekak sweet pea sprout
1 sudu serbuk pati ikan bilis
400ml air
daun sup
bawang goreng
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk bersama bawang putih,bawang besar dan halia dan tomato.
2. Masukkan udang dan masak hingga kulit udang berubah merah.
3. Masukkan babycorn, lada putih dan serbuk pati ikan bilis.
4. Masukan sweet pea sprout dan terus padamkan api.
5. Hidangkan dan taburkan bawang goreng bersama daun sup.
Wah nampak sedap jer..leh cuba nieh :)
BalasPadamcubalah... buat time selesema ni, bila hirup sup lada putihnya, rasa berlubang hidung kita...
BalasPadam