Wah! Hari ini bukan rebung saja yang Amie bawa pulang, mangga pun Amie dapat juga. Seminggu dua ini selalu Amie lihat longgokan mangga di pelbagai tempat dan agaknya ada tuan yang kumpul dan makan bersama-sama. Amie tak peduli pun.... tapi pagi tadi semasa Amie masuk ke bilik UBK, Gee pelawa Amie makan mangga, siap dengan pisau kupas sekali. Amie kupas sebiji dan cuba makan... masam2 manis tapi sedap. Nan pun letak mangga atas mejanya, tempat lain pun ada. Amie jalan2 ke hujung melepasi kantin ke pagar menuju gereja. Bup!!! Terkejut Amie... Bupppp!!!! Dua tiga biji mangga jatuh... angin bertiup, dan jatuh lagi sebiji. Amie kutip sebiji..... ada getah, tapi bau mangga rasa menyusuk hidung yang sememangnya agak tersumbat. Mmmmm...macam sedap baunya, maklum mangga kampung, bukan mangga kahwin atau mangga kacukan. Amie pun kutip lagi beberapa biji dan bawa masuk, Dian, Nan, dan Man tegur ..... tak ketinggalan Cikgu Tan, katanya: bagus mangga tu, dah masak, tu sebab gugur dari pokok. Amie simpan di satu tempat, dan melihat2 kembali kawasan aktiviti kem kepimpinan sedang dijalankan. Sesekali terdengar juga bunyi mangga jatuh menimpa bumbung, dan ada juga kawan-kawan lain datang mengutipnya. Amie bawa pulang 6 biji dan Amie jadikannya kerabu, bukan kerabu mangga campur ikan bilis dan kacang tanah tau, ini kerabu mangga campur bahan-bahan seadanya saja.
Bahan-bahan dihiris halus/cincang:
5 biji mangga kampung
1 biji timun
1 labu bawang besar
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
10 biji cili padi
Bahan perasa:
1 sudu gula
1 sudu sos ikan
Cara:
1. Campuran kesemua bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk.
2. Masukkan gula dan sos ikan. Gaul sebati.
3. Hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan