Pages

Rabu, 9 Mac 2011

Ayam Masak Dengan Avocado

Selamat malam semua....... di kesempatan keemasan ini Amie ingin ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian para pengunjung yang tidak putus-putus bertandang ke dapur Amie. Sebenarnya Amie suka mencuba resepi-resepi baru, tapi bukan bererti Amie tiru bulat-bulat dari mana-mana buku sebaliknya Amie  suka ketengahkan idea baru. Misalnya masakan Amie kali ini merupakan idea masakan yang dihidangkan semasa jamuan hari raya pada tahun 2009. Amie sempat bertanya satu resepi kepada rakan sekerja Amie  (Rohana Sri Melati) yang ditugaskan menyediakan makanan untuk jamuan tersebut. Amie tertarik dengan masakan ayam, yang katanya Rohana, ayam tu dimasak bersama avocado. Amie tidak pula bertanya apakah bahan campuran yang lain sebaliknya Amie jadikan avocado sebagai idea untuk masakan Amie pula. Amie biasa makan ayam masak hijau, gunakan lada hijau bercampur santan, tapi kali ini Amie tidak gunakan santan kerana buah avocado memang sudah cukup berlemak. Inilah seronoknya aktiviti masak, bebas & merdeka memilih apa sahaja menu dan bahan yang ingin kita masak.


Bahan-bahan:
1 kg ayam (potong 10 bahagian)
400ml air kelapa muda
1 biji avocado seberat 200 gram (hancurkan)
5 helai daun limau purut
1 sudu pati asam jawa
gula & garam
minyak

Bahan kisar:
15 biji lada hijau (kisar berasingan)
7 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1.5cm lengkuas
1.5cm halia
2 batang serai

Bahan hiasan:
hirisan avocado
hirisan isi kelapa muda

Cara:
1. Rebus ayam bersama air kelapa hingga separuh masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar kecuali lada hingga wangi.
3. Masukkan lada dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan avocado dan ayam serta  kacau rata.
5. Jika suka berkuah, masukkan air kelapa rebusan ayam ke dalam masakan dan tunggu hingga pekat.
6. Masukkan pati asam jawa, garam, gula serta daun limau purut.
7. Angkat dan hidangkan bersama hirisan avocadi dan isi kelapa muda.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum...


    Mana Kak Lin nak cari Avocado kat sini...kalau ada boleh cuba ni...

    BalasPadam
  2. ooo ye ke..., patutlah kalu saya blk kl, kakak selalu pesan bawa avocado, byk avocado di tempat saya kak lin, kat belakang rumah bapa metua pun ada satu pokok...

    BalasPadam