Pages

Jumaat, 4 Februari 2011

Laksa

Tak tahu nak bagi nama laksa apa... nak kata laksa penang...bukan, laksa kelantan pun bukan. Bagi nama laksa sajalah....  Sebut tentang laksa, ada beberapa tempat makan laksa yang sukar sangat untuk saya lupakan. Pertama di asrama (zaman persekolahan)...duduk terkurung sepanjang waktu menyebabkan seorang kawan berusaha mengirim bahan-bahan membuat laksa daripada pak cik jaga. Kami masak di bilik Ekonomi Rumah Tangga - masa tu kami gunakan dapur minyak. Entah lapar atau kerana bosan makan nasi kawah, rasanya laksa masakan kawan (dah lupa nama) sangatlah sedaaaaappppp.... Kenangan kedua, makan di Yaohan, tingkat paling atas. Punyalah sedap...tak tahu apa bahan dicampur dan bila kali kedua datang nak makan lagi, sudah tidak ada menu itu padahal hanya selang sebulan....Ketiga, masak bersama seorang rakan karib (Raudhah..sekarang sudah Dr. Raudhah, pensyarah di UM)...memang kawan ini lasak...dibawanya saya naik motosikal cabuk (Yamaha) menjelajah ke rumah sewa kakaknya di Sentul. kebetulan kami AJK Gerai PERMAS (Persatuan Mahasiswa Selangor), Raudhah bercadang untuk menjual laksa. Dia biasa membantu abang iparnya menjual laksa di pasar malam, jadi mudahlah untuk memasak kuah laksa memandangkan segala peralatan memasak cukup lengkap. Malam itu kami masak kuah laksa... tak sedaplah...kata Raudhah. Tak ada rasa...katanya lagi. Dan entah berapa kali dia masukkan itu ini dalam kuahnya. Ah...lantaklah...katanya dan kami pun tidur. Esok pagi sekali lagi saya membonceng motosikal Raudah (dengan kuah laksa-letak di bakul motosikal)...pergi ke gerai PERMAS (konvokesyen1988). Yang menghairankan, bila makan dengan laksa dan dicampur dengan pelbagai bahan aksesori...sedap pulak...ramai pelanggan yang bertanya,siapa yang masak...Raudhah senyum-senyum saja. Memang tercungap-cungap makan kerana pedasnya terasa...oowww tapi betul2 sedap! Sekarang baru saya tahu, kuah laksa perlu disediakan lebih awal supaya rasanya sebati. Patutlah malam tu rasanya kurang menjadi... Keempat...laksa Kedah, kawan dari Kedah buat laksa dengan bersungguh-sungguh,hasilnya pun teramatlah sedapnya...macam-macam aksesori diletak, termasuk pucuk daun kacanglah, entah apa lagilah. Kelima.... laksa yang paling tak sedap...masa tu tengah alahan mengandung anak pertama, bulan puasa pula tu... beli laksa di gerai jualan dan bila buka puasa...lain macam je rasa laksa...kuahnya manis...ya Allah rupanya tuan gerai tersalah masuk...diambilnya bubur kacang yang penuh kuah (kurang kacang), esoknya kami pergi ke gerai tu bagi tahu tuan punya laksa....dia ketawa2 je...tak pula minta maaf atau gantikan laksa yang baru..heh...geram...... tak ingin kami datang gerai kamu lagi....tu 16 tahun lalu...anak pun dah tingkatan 4.
Ha...cuba lihat laksa saya yang tak bernama ini....


Sebenarnya nak buat laksa Kelantan. Hmm...kadang-kadang sukar untuk memenuhi selera dari pelbagai latar belakang. Kita masak begini, anak pertama suka begitu, anak kedua suka begini, anak ketiga...makan saja apa yang dihidang. Suami pulak, saya sentiasa berikan pemahaman tentang pelbagai budaya kepadanya... orang begini masakannya begini, orang begitu masakannya begitu. Bagi saya yang suka mencuba pelbagai masakan, saya tak kisah asalkan masakan tu halal. Anak-anak pula, saya nasihatkan janganlah terlalu memilih...susah nanti kalau berada di tempat orang yang tiada masakan yang biasa kita makan. Ha... akhirnya beginilah jadinya...sampai tak tahu nak bagi nama laksa apa kerana dah bercampur aduk. Apa pun, memang tak cukup sebungkus laksa, terpaksa saya rebus spageti pula untuk memenuhi keperluan dan selera anak-anak....suami dan anak-anak kata, kuahnya lebih sedap berbanding kuah yang saya pernah buat sebelum ini. Ye lah tu...sebab mummy sudah 'rojakkan' resepi utara selatan dan barat....

Bahan-bahan:
1 bungkus laksa (saya tambah 300 gram spageti) - rendam dengan air sejuk selama 2 jam dan kemudian rebus - toskan dan kemudian rendam dengan air sejuk

Bahan kuah:
1 kg ikan kembung
2 cawan pati santan
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 keping asam gelugor
garam & perasa)

Bahan kisar:
3 biji cili kering (saya tak mahu pedas)
2 batang serai
10 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1.5 cm halia
1.5 cm lengkuas
1 sudu lada hitam

Bahan ulaman / hiasan: (potong ikut suka)
5 biji telur rebus
300 gram nanas masak
1 biji timun
5 batang kacang panjang
2 biji bawang besar
hirisan limau hipis / kasturi
hirisan cili padi / lada merah

Cara:
1. Rebus ikan kembung dan kisar isi ikan bersama air rebusan. Tulang dan kepala ikan boleh dikisar tetapi tapis untuk memisahkan tulangnya,
2. Masukkan isi ikan ke dalam periuk bersama bahan-bahan kisar.
3. Masukkan asam gelugor dan bunga kantan serta daun kesum.
4. Masukkan santan, garam dan perasa.
5. Biarkan kuah masak dengan api perlahan.
6. Letakkan laksa di dalam mangkuk. Susun bahan hiasan di atasnya dan tuangkan kuah.
7. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan