Pages

Khamis, 3 Februari 2011

Kentang Oregano

Esok hari Jumaat, lusa Sabtu, tulat pula Ahad..... ha tunggeng hari Isnin...dah mula sibuk dah. Tak tahu sempat atau tidak n3 masakan... sebab kalau dah tak ada masa, beli saja nasi bungkus.... atau berkunjung ke kantin walaupun terpaksa dalam rela. Sempena cuti Tahun Baru Cina selama seminggu ni, masaklah puas-puas apa yang hendak di masak.  Tapi biasanya, orang yang suka masak bukan bererti suka makan apa yang dimasak.... nasib baiklah ada yang sudi makan, taklah membazir hasil masakan tu...Kali ini saya nak n3 ayam panggang dengan kentang. Sebut tentang kentang, dah terbayang dah...ni makanan orang putih... La..masak saja ala orang putih, guna kentang kita. Dah pusing-pusing ke Green Apple, ke coldstorage yang selalu jual kentang US & Australia tapi tak ada... habis kot orang beli, tapi mana-mana tempat penuh kotak-kotak limau mandarin. Tak kisahlah, kentang tempatan pun banyak khasiatnya terutamanya kandungan potassium. Juga mengandungi kabohidrat dan fiber serta zat besi dan protein. Dari kelmarin sudah fikirkan hidangan untuk anak-anak pagi ini....supaya kenyang sampai tengahari (tak perlu masak nasi).


Sebenarnya siapkan masakan ini tidaklah sesukar mana.... selain mengingat semula cerita resepi barat yang biasa kakak sulung masak, saya belek-belek juga buku resepi @ masakan. Ah....lebih kurang saja...cuma mahu atau tidak saja untuk kita mencubanya. Di atas ni dah pun siap kentang oregano saya...cuma brokoli tu nampak kuning sikit.... bukan apa (tersimpan dalam beg plastik - panas) lupa nak masukkan dalam peti sejuk. Jom kita tengok bahan-bahan untuk kentang oregano kita....

Bahan-bahan:
400 gram kentang
200 gram brokoli
2 biji tomato
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum kuning
1/2 biji capsicum hijau
1/2 batang lobak merah
1/2 cawan kacang merah / hitam besar
1 labu bawang besar
(potong kesemua bahan di atas ikut suka)
1 sudu serbuk oregano
1 sudu lada putih
2 sudu mentega
garam

Cara:
1. Rebus kentang hingga masak. Toskan.
2. Panaskan mentega dan goreng kentang seketika.
3. Masukkan bawang besar dan semua bahan yang dipotong kecuali tomato dan kacang merah. Gaul rata.
4. Masukkan tomato dan kacang merah / hitam.
5. Taburkan lada putih dan serbuk oregano serta garam.
6. Kentang oregano siap untuk dihidangkan.

Saya hidangkan bersama ayam panggang campuran sos barbeku dan Lea & Perrins Worcestershire Sauce seperti di bawah...






1 ulasan: