Pages

Khamis, 3 Februari 2011

Ikan Putih Kukus Taucu

Last n3 malam ni ialah ikan putih masak kukus...dengan taucu. Disebabkan anak-anak agak cerewet dengan bahan masakan yang dihidangkan, saya pun 'blend' semua bahan termasuk taucunya sekali...hancur lumat jadi pes... tak ada rupa kacang soya lagi..

Bahan-bahan:
1 ekor ikan putih
hirisan halia & lobak merah sebagai hiasan

Bahan kisar:
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
4 sudu taucu - ikut suka: taucu manis/masin/pedas
1.5 cm halia
garam & perasa
1 sudu air limau nipis

Cara:
1. Letakkan semua bahan kisar ke atas ikan.
2. Kukus ikan selama 20 minit - sehingga masak.
3. Ikan putih kukus taucu siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan