Pages

Ahad, 6 Februari 2011

Ayam Goreng Salut Kacang Tanah

Salam semua pengunjung... sudah makan tengahari ke...Nampaknya hari ini agak slow sikit...bukan apa, esok dah nak sekolah. Macam-macam perkara perlu dilayan..... ketiga-tiga hero kami nak pergi potong rambut, mengadu butang tercabutlah, minta jahit name tag barulah...macam-macamlah. Tapi begitu begini, itulah yang tambah eratkan hubungan kekeluargaan. Dan satu pesan mereka sebelum pergi potong rambut... mummy mesti masak ayam hari ini...ha iyo..iyolah anak-anak, nanti mummy tangkap ayam dulu... Hmm..cerita pasal ayam, beberapa bulan lepas seorang rakan karib (keluarga angkat - Raja Halizah Raja Ali, penguasaha kedai makan yang berjaya di Pelabuhan Kelang - katanya dia buka satu lagi cawangan di Kapar - moga terus berjaya ye... amin), ada dia minta beberapa resepi ala Jawa dari saya...Sebenarnya saya pun tak berapa hafal masakan Jawa ni...walaupun nama saja keturunan Jawa, tapi saya lebih akrab dengan masakan Melayu. Bonda saya memang keturunan Jawa, tapi ayahanda saya....nenda saya, rasanya bukan Jawa asli. Ayahanda dan nenda serta mamanda semua bertutur menggunakan bahasa Melayu. Bonda pun selalu juga kata ada beza makanannya dengan makanan ayahanda.... tak kisahlah, Jawa ke, apa ke... Ha... berbalik rakan saya tadi, agaknya setelah saya beri dia beberapa resepi Jawa yang dikehendakinya, dia pun bagilah saya beberapa resepi. Antaranya yang saya masih ingat dalam kepala ialah ayam goreng salut kacang tanah....minta maaflah kalau bahannya tak betul sebab saya tak buat catatan.


Bahan-bahan:
500 gram daging ayam (potong 4)
4 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk pati ayam / garam
minyak

Bahan kisar:
200 gram kacang tanah
2 batang serai
1.5 cm halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih

Cara:
1. Campurkan sedikit air dalam bahan kisar.
2. Gaulkan bahan kisar dengan tepung jagung serta serbuk pati ayam.
3. Salut ayam dengan bahan kisar dan perap seketika.
4. Goreng menggunakan minyak yang banyak.
5. Sedap dimakan ketika masih panas - rasa rangup.

Saya sediakan sos cili berempah + sos tomato + sos soya. Tak payah bersos pun tak apa, ayam goreng tu memang dah cukup perisa dan rempah-rempahnya... Kawan saya pesan elok dimakan semasa panas....rangup, kalau dah sejuk, dah tak rangup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan