Pages

Selasa, 1 Februari 2011

Spaghetti Amie

Selamat pagi rakan-rakan pengunjung.... dah sarapan ke? Bila cuti sekolah panjang begini, kenalah rajin buat sarapan pagi untuk anak-anak. Rasanya baru kelmarin membelai dan memeluk anak-anak yang masih kecil... rupanya anak-anak sudah remaja.... dan dua tiga tahun lagi, ada rezeki sambung belajar ke ipt, akan berjauhanlah ceritanya.... jadi sementara kesempatan masih ada, dapat duduk bersama-sama, seboleh-bolehnya waktu makan sekeluarga akan menjadi kenangan bila mereka berjauhan... hu hu hu...beginilah agaknya perasaan bonda... Okeylah, tak mahu cerita yang sedih-sedih. Mari kita lihat apa menu pagi ini. Saya masak spageti tapi ikut kepala sayalah...sebenarnya kakak sulung saya yang perkenalkan resepi ini kepada saya masa zaman persekolahan dulu. Beliau banyak pengalaman bekerja di luar negara...  Brazil, New York, Paris dan entah negara mana lagi. Tak pula saya dengar dia pergi Italy... tempat asal usul spageti ni. Masakannya sedap, tapi yang saya masak taklah boleh melawan masakannya...dia buat daging cincang segar, saya guna daging kisar ready made.... jadi saya namakannya spaghetti amie...sedap tak sedap kira masakan saya sendirilah. Saya gunakan bahan asas tapi nampaknya saya tak ada 'cheese' .... kakak saya kata kita sesuaikanlah dengan selera negara kita. Kalau nak pedas, masukkanlah cili. Apa pun saya ambil langkah mudah, potong-potong bahan yang ada, masuk kuali...siap!....habislah licin anak-anak makan.., alhamdulillah. (Anak-anak dah lama minta saya masak spageti tapi baru pagi ini sempat masakkan mereka.)

Bahan-bahan:
500 gram spageti (rebus hingga lembut- masukkan 1 sudu minyak zaiton dalam air rebusan)
500 gram daging kisar
5 batang sosej daging (potong ikut suka)
5 sudu tomato puri
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu makan serbuk pregano
2 sudu makan minyak zaiton
garam atau serbuk pati ayam

Bahan dipotong dadu:
5 biji tomato
1 biji capsicum merah
1 biji capsicum hijau
1 biji capsicum kuning
1 batang lobak
1 labu bawang besar



Cara:
1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan tomato, tomato puri, lobak merah, serbuk oregano dan lada hitam. Kacau rata.
3. Masukkan daging kisar dan kacau selalu supaya tidak bergentel.
4. Masukkan sosej. Taburkan garam - saya gunakan serbuk pati ayam.
5. Masukkan capsicum merah, hijau dan kuning. Kacau seketika.
6. Kuah siap dan hidangkan di atas spageti - jika ada daun parsli, taburkanlah di atasnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan