Sebenarnya masakan cara kukus merupakan salah satu cara memasak yang ringkas dan mudah. Terpulang kepada kita untuk meletak sebarang bahan atau ramuan yang disukai. Kalau disebut 'tom yam' sudah pasti terbayang segala bahan yang diperlukan, tetapi bagi saya mudah sahaja. Bersihkan ikan, tos dan lumurkan saja dengan pes tom yam. Tak perlu tambah sebarang perisa kerana pes tom yam sudah cukup lengkap. Cuma tambahkan serai yang diketuk dan saya petik beberapa helai daun limau purut yang memang sengaja ditanam di dalam pasu dan diletak di tepi pintu dapur... mudah bukan...inilah cara saya ... he he he
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
100 gram pes tom yam
1 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut
daun salad
tomato
Cara:
1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar.
2. Lumurkan ikan dengan pes tom yam.
3. Letakkan daun limau purut dan serai di atasnya.
4. Kukus selama 20-25 minit
5. Keluarkan dan terpulanglah untuk menghiasnya dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan