Kadang-kadang rasa seronok dan terhibur bila dapat menghasilkan resepi mengikut citarasa sendiri. Bukan apa, sekiranya kita boleh mengolah resepi menjadi begitu dan begini, bererti kita memiliki kreativiti tersendiri. Saya sangat menghormati apa jua hasil tangan rakan-rakan lain kerana itu menunjukkan usaha mereka. Apabila seseorang bertanya kepada saya, makanan apakah yang paling saya suka? Saya tidak boleh menjawab.... sebab ia sangat subjektif. Namun akhirnya saya mendapat jawapan....makanan yang paling saya suka ialah makanan yang sedap. Mudah bukan jawapannya... tapi ada makna tersendiri tau... ahai... tiba2 dapat idea bila melihat 2 biji buah kiwi lebihan hiasan puding karamel horlicks saya petang tadi.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin
tepung jagung
garam
Bahan-bahan untuk sos:
7 sudu besar sos cili thai manis
1 sudu kecil sos ikan
Bahan lain:
1 sudu perahan air limau kasturi
1 kuntum bunga kantan (dimayang)
timun (dicincang)
bawang besar (dimayang)
2 biji buah kiwi (potong ikut suka)
Cara:
1. Bersihkan ikan dan belah tengah (jangan putus). Lumurkan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Campur semua bahan seperti bunga kantan, bawang besar, buah kiwi dan timun dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Campur kesemua bahan sos kecuali air limau dan gaul rata dan didihkan sebentar. Tambah sedikit air sekiranya terlalu pekat.
4. Hiaskan bahan-bahan hirisan ke atas ikan goreng. Tuangkan sos di atasnya diikuti dengan perahan air limau kasturi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan