Saya jarang masak mee goreng basah... apa itu mee goreng basah? Mee goreng basah yang biasa saya makan mengandungi pelbagai bahan seperti sayur sawi, potongan isi ayam, sotong dan udang dan kuahnya pekat. Kadang-kadang ada juga tukang masak merenjis minyak bijan di atasnya. Biasalah.... kalau ikut kepala saya, apa sahaja bahan yang ada di dapur, itulah yang saya gunakan... termasuk mee kuning Wak Koboi... anak dan sang ayah makan mee goreng, saya makan mee goreng basah... jadi bahan yang digunakan di bawah cukuplah untuk hidangan seorang.
Bahan-bahan:
50 gram mee kering (mee kuning Wak Koboi)
1 biji bawang putih (cincang)
1/4 biji bawang besar (cincang)
beberapa biji lada putih (tumbuk)
1/4 biji lada benggala (potong ikut suka)
1/2 pelepah kubis panjang (potong ikut suka)
4 ekor udang (buang kulit dan belah belakang)
1/2 ekor sotong (potong ikut suka)
1 sudu kecil sos tiram
minyak bijan
1 sudu tepung jagung
secubit garam
daun bawang (dihiris)
minyak
Cara:
1. Rebus mee kuning Wak Koboi antara 3-5 minit. Cuci dan tos.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan sotong disertai dengan sos tiram.
4. Masukkan 400ml air panas.
5. Masukkan lada benggala dan kubis panjang dan jangan lupa mee kuning.
6. Tabur sedikit serbuk pati ayam knorr dan serbuk lada putih.. Jika suka masin, tabur secubit garam.
7. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke atas masakan untuk memekatkannya.
8. Mee kuning goreng basah siap dan angkat.
9. Renjis dengan sedikit minyak bijan dan tabukan hirisan daun bawang di atasnya.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan