Pages

Ahad, 2 Januari 2011

Ayam Masak Opor

Pertama kali saya masak opor kira-kira 22 tahun yang lalu... tahun 1988 kalau tak silap. Sementara menunggu keputusan untuk diterima masuk ke universiti, saya mencari kerja. Bekerjalah sebagai pembantu... tukang masak. Makcik yang ajar saya masak opor ayam ni.... sangat ringkas tapi juga sangat sedap apabila kuah opor dimakan bersama lemang atau nasi himpit. Bahan-bahannya banyak yang putih... kata makcik tu. Sampai sekarang saya ingat..... santan...warna putih, bawang putih dan jintan putih serta lada merah....

Sebenarnya banyak cara memasak opor. Masakan opor saya ini memang 100% ikut cara makcik sebab pertama kali saya makan opor ayam masakannya memang rasa sedap dan takboleh lupa sampai hari ini. Saya belum pernah mencuba dengan menggunakan bahan-bahan selain bahan yang makcik gunakan.

Bahan-bahan:
600 gram ayam (potong ikut suka)
1 biji kelapa (saya blend dan ambil 3 cawan - sedang2 pekatnya)
10 biji lada merah (kisar)
7 biji bawang putih (kisar)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil cuka makan
garam / kiub ayam

Cara:
1. Masukkan 3 cawan santan ke dalam periuk atau kuali.
2. Campurkan lada merah dan bawang putih kisar serta serbuk jintan putih.
3. Masak di atas api dan tunggu mendidih barulah masukkan ayam.
4. Masak dengan api perlahan sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan garam / kiub ayam.
6. Masukkan 1 sudu kecil cuka makan.
7. Siap dan angkat.
Enak dimakan bersama lemang atau ketupat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan